Khamis, 30 April 2009

Memori di Al Rawsha Restoran







Ustaz Akhil Hayy masih perlukan Waheeda, Afiq AF5
Salam Sejahtera.
Seperti yang dijanjikan, sekeping foto bersama hos program Cafe Akhil Hayy di majlis pelancaran musim kedua rancangan yang disiarkan setiap Rabu, jam 7.30 malam di saluran Astro Oasis 106. Rancangan ini turut disertai Waheeda, Afiq AF5 dan pendatang baru Mimi Haris sebagai tunjang utama selain artis jemputan setiap minggu seperti Azmil Mustafa, Tan Sri Jin Shamsudin, Datuk Aziz Satar, Ruminah Sidek, Ustaz Radhi, vokalis kumpulan Melissa dan ramai lagi.
Pengurus Saluran Astro Oasis Haji Izelan Basar, berkata jika dalam musim pertama, lokasi rakaman hanya di dalam studio tetapi musim kedua berbagai perubahan dapat disaksikan termasuk rakaman penggambaran setiap epsiod di luar.
"Kali ini berbagai topik sensasi dan isu global akan dibincangkan secara lebih terperinci. Alhamdulillah, kami dapat respon yang baik pada setiap minggu semenjak musim pertama disiarkan," kata Haji Izelan Basar.
Sementara itu, Ustaz Akhil Hayy yang ceria dengan komitmen Wahee, Afiq AF5 dan pendatang baru Mimi Haris yakin musim kedua akan lebih mantap dan meningkatkan rating tontonan dengan berbagai topik sensasi, global dan kontemporari.
"Program ini berkonsep santai. Inilah pendekatan yang kami cuba teruskan dari masa ke semasa bagi mendekat golongan sasar iaitu remaja. Kami harap program ini akan menjadi sebahagian rancangn TV popular di kalangan mereka," kata Ustaz Akhil Hayy.
Jom saksikan musim baru Cafe Akhil Hayy setiap Rabu, 7.30 malam di saluran 106, Astro Oasis, saluran Inspirasi Sanubari.



Santai hujung minggu











Aroma satay eratkan salitulrahim
Seperti dijanjikan dalam catatan sebelum ini, dipaparkan acara makan satay. Sudah lama tidak dapat diadakan majlis seperti ini. Makan satay. Walaupun simple dan santai, tradisi Sahabat Blok 4 Pangsapuri Subang Impian - Amir, Sham, Bro Adnan, Otai, Rizal, Azhari dan Fahmi serta ahli keluarga masing-masing, menghadiri majlis ini terus diadakan yang bermula sejak tiga tahun lalu.
Turut ceriakan majlis Abe Johari yang terpaksa meninggalkan majlis kerana ada urusan peribadai. Walaupun bermenukan satay (dua tahun berpengalaman bakar satay), mi goreng, air oren sudah cukup diterjemahkan sebagai hidangan mengenyangkan. Diharap acara seperti ini terus diadakan dari masa ke semasa. Jumpa lagi dilain aktiviti dan selamat bercuti...

Rabu, 29 April 2009

Disebalik gambar...





antara yang kutemui sepanjang minggu...
inilah wajah mereka yang saya temui sepanjang beberapa minggu ini. berbual mesra dengan adik nik nur madihah semasa pelancaran buku catatan hati di hotel royale mutiara sempat bertanyakan makna madihah yang bermaksud budi perkerti.
dan terbaru hadiri pc juara raja lawak musim kedua, nabil ahmad di seri melayu restoran. kehadiran nabil tidak bersendirian. calon isteri yang mendapat restu keluarga, irma hashmie turut kelihatan memberi sokongan kepada buah hatinya.
selain itu pose kandid oleh cikgu azmi semasa berehat sekejab selepas memasang khemah hari kejohanan sukan tahunan skhk.
insyallah, pada 30 mei ini dapatlah pula melihat pose bersama ustaz akhir hayy di al rawsha restoran, ampang kerana astro melancarkan musim kedua program cafe hayy yang mendapat sambutan hangat di astro ria.
dan malamnya pula selepas isyak ada majlis berbeku dengan satay sebagai menu utama yang dianjurkan teman-teman dari blok 4 pangsapuri subang impian. dah lama tak bikin tentu menarik...nanti akan disiarkan gambar makan satay. jumpa lagi!

Ahad, 12 April 2009

dari menara kl, klcc & malek noor


salam.
sekali lagi berpeluang berada di set lokasi santai bersama hezry dari menara kuala lumpur lalu sempat merakam imej klcc dari tingkat bawah menara kl menggunakan kamera kompak yang saya fikir patut jadi renungan kepada warga kota mengenai kehidupan yang dilalui hari ini - sama ada kegelapan atau sekadar cukup api dari lighter yang dinyalakan oleh bekas bina badan negara
datuk malek nor, sewaktu saya meminta beliau membuat demo.
dua sketsa yang memberi berbagai makna dan sekiranya anda mendapat petunjuk daripadaNya pastilah jelas dan terang benderang dari kegelapan yang menyelubungi banyak manusia yang menyangka sudah mendapat petunjuk sedang disisi tuhan bagaikan debu-debu berterbangan.
sebabnya syaitan menjadikan perbuatan mereka nampak cantik, elok dan menyakinkan sehingga langsung tidak nampak perbuatan yang mencampakkan diri ke lembah keseksaan dan kehinaan.

catatan Ibrahim, ayahnya pada suatu hari...



kisah nabi ibrahim a.s dengan bapaknya.

ceritakanlah kisah ibrahim di dalam al kitab ini. sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan lagi seorang nabi.

ingatlah ketika ia berkata kepada bapaknya: "wahai bapakku, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikitpun?

wahai bapakku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, niscaya akan akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus.

wahai bapakku, janganlah kamu menyembah syaitan. sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada tuhan yang maha pemurah.

wahai bapakku, sesungguhnya aku khawatir bahawa kamu akan ditimpa azab dari tuhan yang maha pemurah, maka kamu menjadi kawan bagi syaitan.

-dari surah maryam, ayat 41 hingga 45.

fikir dan renungkan...

Salam sdr.
memang saya tak kenal dan baru muncul mengunjungi laman sesawang sdr. tak kisahlah kenal atau tidak. apa yang penting saya nak berita tau kerana adalah tanggung jawab saya menyampaikan zakat ini kepada mereka yang berhak.
Iaitu janganlah mengikuti dan mempercayai hadis tetapi ambillah al quran sebagai pedoman, maka jika menolaknya al quran akan menjadi rugilah seseorang itu kerana tidak beriman kepada maha pencipta.
Kerana kitab al quran sudah sempurna dan wajar dijadi rujukan dan lebih tepat penjelasannya berbanding hadis! apakah hadis yang direka oleh thagut dan marut (ulamak), cuba menanding kemuliaan al quran?
Saya percaya sdr tidak mengikuti hadis kerana allah telah memberi kita sebuah kitab, agar kita mengikuti, mentaati ayat-ayatNya supaya Dia tidak akan bertanya kepada setiap diri, mana lagi al quran yang mahu diimani?
bukakah al quran itu sudah sempurna? Jika demikian, apakah sdr lupa ayatNya, maka apakah ada kitab lain yang lebih sempurna selain al quran. Jadi janganlah mengambil selain ayat-ayatNya sebagai petunjuk.
terbukti al quran ialah kitab suci - yang diturunkan allah swt oleh para malaikat dari tempat yang tinggi - tiada satu ayatpun yang sama atau termampu manusia tulis hasilkan - al quran ialah petunjuk. tidak layak ada kitab lain yang cuba menandingi isi kandungannya.
al quran ialah nur qarim, tetapi al hadis? muhamad seperti manusia lain yang melakukan kesalahan dan sentiasa memohon ampun dan bertaubat, tidak mengulang kesalahan lalu. dia tidak pernah menyuruh orang lain menulis apa yang diucapkannya - sabda rasulullah ialah tulisan para periwayat yang kita sendiri tidak mengenali secara dekat siapa al bukhari, ahmad, dan ribuan para penulis hadis.
jika muhamad meminta orang lain menulis apa yang beliau kata, pastilah beliau tahu apakah hukumannya dari allah swt. apa yang ditulis oleh ahli hadis seratus peratus dusta, palsu, pembohong yang nyata. mereka mahu meraih populariti dengan tulisan mereka.
tak kan cara nabi bersetubuh atau apa yang berlaku di dalam kelambu ada para pengintai lalu menulis pelakuan beliau? bukankah itu perbuatan yang mereng atau gilak seks? jika anda, mahukan membenarkan orang lain mengendap dan menceritakan kisah sdr kepada tatapan umum?
seperkara lagi yang paling kelakar ialah semasa muhamad naik ke langit naik burak dan memohon kepada allah pengurangan waktu sembahyang, siapakah yang menemani atau mengikuti beliau? para ahli hadis?
usahlah menjadi mangsa penipuan orang yang pandai menipu? sedangkan nabi allah adam pun tertipu oleh iblis, inikan pula manusia? sdr kena sedar, sepanjang hayat sehingga ke hari ini terus-menerus ditipu dan ditipu. tanya kepada diri sendiri, benarkah sembahyang lima waktu (kata allah swt, hendaklah kamu tetap, sentiasa di dalam solat) yang sdr lakukan diterimaNya?
takkan sdr tak baca di dalam surah maryam ayat 42 yang bermaksud: Ingatlah ketika ia berkata kepada bapaknya: Wahai bapakku, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikitpun?
tak kan itupun tak faham? kalau tak faham ertinya, eloklah sdr memohon pertolongan allah agar diberikannya petunjuk atau kefahaman ayat tersebut. terus terang saya katakan sdr telah tertipu oleh hadis yang menyesatkan banyak orang. kembalilah kepada al quran sahaja.
al quran itu tidak lain sebagai peringatan kepada kaum yang lalai. cukuplah petunjuk allah iaiatu al quran nur qarim bukan al hadis yang menjadi sihir menyesatkan manusia dan menghalang-halangi mereka ke jalan allah daripada mereka yang kembali menemuiNya.
Salam dan maaf kerana memberi tahu yang sepatutnya, ramai yang mengetahui kerana selepas 1430 tahun berlalu ramai yang lalai, terpesona