Sabtu, 16 Mei 2009

Opah, Cucu & Cicit 1









salam sejahtera.
kami sekeluarga berada di cemor di rumah mak yu bagi meraikan hari ibu kamariah kulup abdullah. kebetulan pula opah kepada ahmad saif hakimie dam aina shuhaida husna ini, menyambut ulang tahun ke 85 pada selasa 12 Mei lalu.
semoga opah saif, aina akan dilindungi allah sebagaimana doa kepadaNya: Ya Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil. (surah al israa ayat 24). amin
selamat hari ibuku dari kami sekeluarga.

Ahad, 10 Mei 2009

Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan




" Saya percaya bahawa kesemua 8 Nilai 1Malaysia – Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Pendidikan dan Integriti – paling penting kepada usaha bersama kita untuk menambah nilai kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun. Tiada mana-mana satu Nilai yang boleh dipenuhi dengan meninggalkan yang lainnya untuk membentuk 1Malaysia yang sebenar-benarnya. Sungguhpun kesemua Nilai ini telah lama dididik dalam budaya kita, penerapan Nilai-nilai ini mesti diperbaharui. Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar menanam dan memupuk semua Nilai-nilai ini dalam amalan dan tindakan harian kita bukan sahaja di kalangan rakan dan taulan serta keluarga, malah juga di tempat kerja dan masyarakat keseluruhannya."
Kata Dato` Sri Mohd Najib dalam blognya http://www.1malaysia.com.my/ dan dalam laman web rasmi PM http://www.pmo.gov.my/