Selasa, 19 Oktober 2010

Zizie Izette sibuk niaga di Perhimpunan Agung Umno


HARI ini Perhimpunan Agung UMNO memasuki hari kedua. Kemeriahan ruang lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) riuh dengan usahawan memasarkan produk terbaru termasuklah beberapa selebriti terkenal antaranya pelakon sensasi Zizie Izette Ab Samad.
Meskipun Zizie Izette berstatus selebriti serta isteri kepada Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, ia tidak menghalang kepada pelakon ini untuk turut berniaga di Perhimpunan Agung Umno 2010.
Gerai di Aras 3, PWTC itu kelihatan dikerumuni ramai pengunjung termasuk peminat yang mahu bergambar bersama Zizie selain membeli barangan jualannya antara lain seperti busana muslimah, gaun serta aksesori wanita.
Zizie berkata idea untuk berniaga pada perhimpunan agung Umno kali ini timbul kerana minatnya yang suka berniaga di samping mendapat sokongan penuh daripada suami tersayang.
"Kakak ipar saya berniaga di Uptown. Rakan perniagaan dia (kakak ipar) pernah terlibat dengan buka gerai jualan di perhimpunan Umno. Dia tanya saya tak mahu buka gerai di sini ke (PWTC) dan apabila tanya suami, beliau beri sepenuhsokongan, itu yang timbulnya idea untuk berniaga di sini.
Zizie menegaskan bahawa beliau tidak mendapat sebarang layanan istimewa untuk mendapat unit ruang niaga berkenaan. Terdapat sebanyak 320 tapak ruang niaga disediakan sempena perhimpunan agung kali ini.
"Ingin saya tegaskan yang saya dapat ruang niaga ini sama seperti orang lain dan tidak timbul menggunakan jalan mudah (Bung Mokhtar) untuk dapatkan ruang niaga ini," katanya.
Zizie berkata setiap hari beliau akan turun padang dan memantau hasil jualannya, sekaligus mengambil kesempatan untuk merapatkan hubungan dengan peminat.
"Saya akan sentiasa berada di situ dan kalau tiada pun mungkin saya pergi makan atau ada janji temu tetapi saya akan berada di situ setiap hari sehinggalah habis perhimpunan Umno ini dari pagi hingga malam," katanya.
Jika sambutan jualannya pada perhimpunan kali ini memberangsangkan, beliau berminat untuk terus berniaga pada perhimpunan Umno yang akan datang. - BERNAMA

Isnin, 18 Oktober 2010

Perhimpunan Agung UMNO 2010 bermula


HARI INI tanggal 19 Oktober 2010, hari Selasa bersamaan 11 Zulkaedah 1431 Hijrah, berlangsung sekali lagi Perhimpunan Agung Umno 2010 dengan majlis perasmian serentak tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
Perasmian akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pukul 8 malam Selasa.
Petang Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno akan menyampaikan amanatnya pada majlis taklimat tertutup pada pukul 3 petang di Dewan Merdeka, PWTC, yang turut dihadiri oleh anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta Ketua-ketua Bahagian.
Perhimpunan Agung kali ini, yang akan berlangsung selama lima hari, melibatkan 4,907 perwakilan.
Sementara itu Forum Antarabangsa 2010 yang julung-julung kali diadakan sempena Perhimpunan Agung kali ini bersambung hari ini dengan dua lagi sesi panel perbincangan dan enam ahli panel menyampaikan pendapat masing-masing mengenai isu-isu antarabangsa.Penutupan forum itu dijadual akan disempurnakan oleh Najib, tengah hari Selasa.
Forum dua hari bertajuk "Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Reliati Baru Politik" itu melibatkan lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara termasuk 63 peserta dari 22 parti politik dari 20 buah negara, 54 peserta dari Kelab Umno Luar Negara serta penganalisis-penganalisis politik.
Semalam, ketika merasmikan pembukaan forum itu, Muhyiddin berkata rakyat malaysia memerlukan akses yang cepat bagi menangani pelbagai cabaran baru.
Turut menyampaikan ucaptama semalam adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mengingatkan kerajaan supaya mendengar pandangan media yang liberal untuk lebih memahami pemikiran semasa orang ramai. - BERNAMA

Jumaat, 15 Oktober 2010

Dua Assigment Menunngu...

Salam.
Hari ini merupakan hari kedua catatan dirakamkan menerusi blog ini. Pertama, assigment menanti di SACC, Shah Alam dan di Wangsa Maju, KL, kedua-duanya libatkan selebriti.
Assigment rancangan Kamilah Bintang, terbitan Astro mengundang artis popular seperti Mawi, Shahir, Bunkface dan kumpulan Hujan yang berlangsung di SACC Mall, Shah Alam, mulai jam 12 tengah hari.
Keduanya, di program Juara Rock jam 3 petang di Wangsa Maju, KL, menampilkan gitaris otai, Rosli Mohalim, anggota kumpulan Sweet Charity. Program ini mencari bakat baru di persada pemuzik rock yang bakal menjadi tetamu di dalam rakaman album rock era 2010.
Selain itu, tugasan lain menghubungi beberapa DJ radio untuk temubual bagi mengisi ruangan DJ Pilihan Perdana pada minggu ini. Siapa DJ itu, masih bermain-main di fikiran? Mungkin anda ada cadangan, DJ radio mana yang patut ditonjolkan?
Nantikan kisah DJ tersebut di dalam akhbar Mingguan Warta Perdana minggu depan...

Khamis, 14 Oktober 2010

Setelah tujuh bulan berlalu...

Salam semua rakan.
Hari ni genap tujuh bulan, kembali mencoret catatan di dalam bolg ini. Pelbagai perkara berlaku sepanjang tempuh tersebut. Namun tak perlu diungkit semula. Lagipun sebahagian catat itu telah saya tempelkan di dalam facebook iaitu zaini zaa / facebook.
Cuma yang saya mahu kongsi bersama paling terbaru mengenai komen penulis novel veteran Haji Yahaya Samah (Pak Ya) mengenai isu kempen bulan bahasa kebangsaan yang sedang berlangsung sekarang.
Menurut beliau sudah 53 tahun negara merdeka dan persoalan rakyat di negara ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam pelbagai perkara, tidak perlu dipersoalan.
Semuanya sudah tahun peraturannya. Jadi tidak perlu diriuh-rendahkan lagi. Juga tidak perlu adanya aktiviti seperti ini. Ia membazir dan lebih banyak isu lain yang patut dijadikan perbicangan atau berkongsi idea membina agar menjadi nyata.
Pak Ya juga memberitahu isu bahasa ini tidak lagi dimainkan atau bahan perbincangan hangat di mana-mana negara didunia termasuk di negara jiran iaitu di Indonesia. Jadi, kenapa harus dibangkitkan isu ini. Setiap rakyat di negara ini perlu melunaskan tanggung jawab sebagai penegak bahasa kebangsaan ini agar di hormati.
Jika masyarakatnya enggan menobatkan atau menambahbaikan bahasa kebangsaan, bererti ia menghalalkan kemerosotan bahasa Melayu dan tidak mustahil menjadi seperti bahasa Sunkrit, suatu ketika dahulu menjadi kebangaan kini berkubur tanpa nisan.
Mahukan bahasa Melayu mengalami nasib yang sama? Atau hari ini bahasa rojak lebih istimewa digunakan seharian? Apa yang nyata gaya masakini tulisan ringkas SMS kini menjadi budaya genarasi muda hari ini...