Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Salam kepada semua rakan blogger di mana jua berada.
Semoga hari ini menjadi langkah terbaik mengubah hala tju dengan lebih mantap dan berkesan. Sambutan Tahun Baru 2011 dirai di seluruh bandar dan kota dengan percikan bunga api dan orang ramai menyaksikan detik 12 tenha malam dengan penuh kesyukuran di tanah air yang tercinta - penuh aman damai.
Berlainan di luar negara seperti di Queenland, Australia, banjir besar mengenggelamkan separuh badaraya ini, musibah paling teruk selepas kejadian banjir besar yang berlaku pada 1918.
Maka sesungguhnya bersyukurlah, tanah air tercinta Malaysia yang makmur masih sentiasa mendapat perlindungan daripada Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dengan kesejahteraan. Amien.



Sabtu, 25 Disember 2010

Pertemuan Blogger 3

Felda Residence Hot Springs pilihan pertemuan blogger 2011

JIKA dua pertemuan sebelum ini diadakan di Taman Rimba Komenwell, Rawang dan terbaru di Ice Room, Kota Damansara (kedua-duanya di Selangor Darul Ehsan), mungkin rakan blogger mengharapkan pertemuan kali ketiga nanti dapat dilangsungkan di luar kota, khasnya pada cuti sekolah penggal pertama, Mac ini.

Pandangan ini bukanlah termaktub lagi. Ia sekadar misi dan memerlukan komitmen 100 peratus daripada semua blogger terutama saudara Mazidul Akmal Sidik, selaku pengasas kepada pertemuan seumpama ini.

Apa yang pastinya saudara Sdr Mazidul mempunyai rancangan bagi pertemuan Ke-3.

Cuma yang saya uar-uarkan ini tidak lain sekadar angan-angan. Saya berpendapat FELDA Residence Hot Springs yang terletak di Sungai Klah, Sungkai, Perak, sangat sesuai menjadi lokasinya.

Ini kerana selain sebagai lokasi pilihan ramai ia sangat sesuai menjalankan aktiviti kekeluargaan dan reunion.

Dengan cara ini para blogger mendapat ruang komunikasi lebih panjang dan mampu melebarkan semangat ukhuwah, apatah lagi jika dapat bermalam di sini (memilih villa atau hotel sebagai tempat penginapan).

Bercerita tentang Felda Residence Hotsprings Resort Sungkai (saudara Mazidul tentu lebih arif sebab beliau anak jati kelahiran Sungai Bil, Slim Rivers, Perak) kawasannya terbentang luas menghijau di kaki Banjaran Titiwangsa.

Hanya mengambil masa sejam tiga puluh minit (1jam 30minit) memandu secara berkonvoi daripada KL dan seterusnya memasuki susur keluar ke Tol Sungkai.

Selepas Tol Sungkai, belok ke kanan dan jaraknya cuma 1km, anda akan dapat melihat papantanda Felda Residence Hotsprings Resort Sungkai. Ini bermakna persinggahan destinati yang ditujui sudahpun tiba.

Menariknya di sini para pengunjung akan merasakan suasana yang tenang dan santai. Terutama kepada mereka yang sudah berusia, berendam di dalam kolam air panas dan Taman Terapi, memberikan pengalaman baru sukar dilupakan.

Segala kepenatan, kelenguhan sendi kaki akan dapat dilegakan dengan berendam kaki di dalam air yang mengalir dari sumber asli. Kesan dari rendaman itu sedikit sebanyak mampu memberi terapi penyembuhan.

Sejak zaman kuno lagi sumber air panas mampu merawat dan diklasifikasikan mempunyai kesan positif seperti kaku sendi dan penyakit stres dan sebagainya.

Bagi mereka yang akrab dengan refleksi pula, inilah masanya mendapatkan sentuhan tangan pengamal terlatih yang disediakan oleh pihak hotel sekaligus dapat memulihkan keseimbangan dalam aliran darah.
Pastinya pertemuan merangkap percutian blogger akan lebih menarik kerana mampu menjanjikan kerehatan minda dan merenggangkan kelesuan tubuh badan.

Maklumat lanjut boleh menghubungi alamat seperti tertera di bawah ini.

PLANTATION RESORTS SDN BHD
No. 2, Jalan Maktab 6,
Anjung Felda
54000 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2697 9772
Faks: 03 2694 5104

FELDA TRAVEL SDN BHD
Ground Floor (CITI),
Jalan Maktab 6
Off Jalan Perumahan Gurney
54200 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2698 3833
Faks: 03 2698 7133










Ahad, 19 Disember 2010

Aiskrim, Flash Kamera dan Kongsi Cerita...

Salam Rakan Blogger. Selepas sembilan bertemu kini kembali bersuara muka.
Jika pertemuan pertama di keliling kehijauan dau-daunan dari pohon merimbun kini di ceriakan dengan warna hijau menjalar di dinding dan tiang yang menempatkan Ice Room lokasi pertemuan blogger yang membabitkan Saudara Mazidul dan 20 lagi rakan blogger sekitar KL, Selangor.
Hasilnya, malam Sabtu 18 Disember menjadi bukti pada pertemuan yang disambut riang dan aluan daripada pemilik Ice Room, Datuk Razali Mohd Daud dan isteri, Datin Faridah Kasim.
Sesungguhnya keceriaan pada setiap wajah blogger yang turut datang bersama keluarga sambil berbual dan menikmati pelbagai citarasa 17 ais krim terbaik selain menu lazat yang seadikan pastinya menjadi nostalgia manis sukar dilupakan kepada setiap yang hadir.
Kepada rakan blogger yang hadir seperti The Red Rambutan, Jinkamen, Jard The Great (sekadar menyebut beberapa nama) serta yang baru dikenali seperti Gapisman (Ruslie Sophian) dan AzMask (maaf, sekadar menyebut beberapa nama), semoga terus berkomunikasi setiap hari menerusi blog masing-masing.
Tahniah juga kepada blogger Kak Cik Seroja dan Azieazah yang memenangi baucer makan percuma di Bawal bersama keluarga. Pertemuan yang berakhir tepat jam 12.00 tengah malam menyaksikan Saudara Mazidul mengakhri download entry terbarunya itu, sebelum meninggalkan majlis bersama rakan karibnya, Saudara Shamsul (Onthescene) dengan rasa puas pada wajah…








Sabtu, 18 Disember 2010

Lima jam Lagi...

Salam rakan blogger...
Tinggal lima jam lagi pertemuan blogger di Ice Room, Kota Damansara akan menjadi rialiti. Semoga pertemuan ini mencetuskan ide baru dan megeratkan silaturahim sesama blogger.
Selamat bertemu...

Jumaat, 17 Disember 2010

Keratan Akhbar Warta Perdana Pertemuan Blogger Di Ice Room, 18 Disember

PERTEMUAN blogger siri ketiga diadakan di Ice Room, Kota Damansara, PJ, dijangka akan menjadi kesempatan bertemu dan berbincang secara santai selama dua jam.
Aktiviti ini yang sentiasa mendapat liputan akhbar Mingguan Warta Perdana sejak siri pertemuan pertama di Taman Rimba Komenwel Rawang.
Kepada semua blogger yang berminat, jomlah bertandang ke Ice Room, selamat bertemu semula sambil menikmati kelazatan 17 aiskrim dan menu lain yang ingin anda mencubanya.
Selamat berdiskusi dan mengeratkan salam ukhuwah...

Ahad, 12 Disember 2010

Pertemuan Ke-2 Blogger Selepas 9 Bulan...

Salam sejahtera. Imbasan suasana yang dirakam pada siri pertemuan blogger pertama yang diada adakan pada 6 Mac lalu. Kini selepas sembilan bulan, Insya-Allah akan kembali berulang apabila pengasas pertemuan ini, Saudara Mazidul Akmal Sidik, merancang satu lagi pertemuan yang diadakan pada 18 Disember ini, hari sabtu bertempat di Ice Room, Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya jam 9.00 malam.
Rata-rata blogger bersetuju dengan pertemuan yang bakal mengimbas kembali pada pertemuan yang pertama. Semoga pertemuan ini akan menjadi nyata, insya-Allah kita doakan ia menjadi realiti.
Menurut Sdr Mazidul, pertemuan ini antara lain merapatkan kembali hubungan selain menjadi medan bertukar-tukar idie serta membincangkan isu semasa. Sambil menikmati juadah makan malam, rakan blogger boleh bersantai dengan suasana ceria bersama keluarga.
Selamat bertemua kembali...