Jumaat, 24 Jun 2011

Masjid Jamek Alam Shah Pudu KL

INILAH gambar terbaru Masjid Jamek Alam Shah, Jalan Pudu, KL yang menjadi lokasi sembahyang hari raya Tunku Abdul Rahman al-Haj pada tahun 1957, di mana umat Islam di Persekutuan Tanah Melayu yang ketika itu menyambut Hari Raya pada 1 Mei.

Pada ketika itu masjid ini dikenali sebagai Masjid Alam Shah di Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Foto dirakam dan disiarkan di dalam akhbar The Malay Mail. Tunku, pada ketika itu Ketua Menteri Wilayah Persekutuan.

Terima kasih Sdr Mazidul. Saya sekadar tumpang uar-uarkan subjek dari medium tuan. Harap maaf jika tersilap...

Isnin, 13 Jun 2011

Program Permaufakatan PIBG Daerah Gombak

TANGGAL 3 Mei lalu, berlangsung majlis Permaufakatan PIBG Daerah Gombak Ke Arah Kecemerlangan Akademik yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, Selangor.

Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran II Dr Haji Puad Zakarshi, turut dihadiri ramai AJK PIBG dari SMK dan SK sekitar Gombak, Selangor tekun mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang Dipertuan PIBG SKM Sungai Pusu, Selangor, Haji Mohd Asri Mohd Nasir.

Sementaraq itu Dr Puad dalam ucapannya, meminta PIBG sekolah lebih berdikari dalam menjayakan pelbagai aktiviti melibatkan ibu bapa.

Beliau yang juga menekankan komitmen yang lebih mantap antara guru dan ibu bapa bagi mencapai matlamat menjadi PIBG yang disegani.

PIBG SK Hulu Kelang yang diwakili Yang Dipertuanya, Abdul Razak Hussin, guru kaunselor Radzuan Ariffin dan AJK PIBG lain menyifatkan majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara Kementerian Pelajaran dengan PIBG.

“Bagaimanapun program ini masih terdapat kekurangannya kerana ramai yang berharap ia menjadi kesempatan AJK PIBG bersoal jawab.

“Namun ramai yang hampa kerana ia tidak berlaku sebagaimana yang diharapkan. Pun begitu di harap pada masa akan datang pihak Kementerian meluangkan masanya menghadiri program seumpama ini,” kata Abdul Razak yang memuji program anjuran PIBG & SMK Sungai Pusu ini.

Turut hadir di dalam majlis yang diadakan di Dewan Mutiara Bistari, SMK Sungai Pusu ialah Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Sulaiman Wak, pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Gombak, Puan Dayang, Pengetua SMK Sungai Pusu, Hajah Muslimah Haji Tahir dan ketua serta pemimpin masyarakat setempat.











Jumaat, 10 Jun 2011

Dua Hari Di Negeri Pahlawan, Melaka Bandaraya Bersejarah

SEPANJANG dua hari bersantai di d’Village Resort Ayer Keroh, Melaka meninggalkan kenangan manis kepada 150 warga Kelab Keluarga Perdana/MKSB yang menyertai konvoi 40 kereta dari Seri Gombak, Selangor menuju ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Antara kenangan manis ialah memeriahkan sukaneka membabitkan penyertaan kanak-kanak, lelaki dan wanita di dalam pelbagain acara seperti baling buah kelapa, belon air, tarik tali, lari dalam guni dan sebagainya.
Pada sebelah malamnya pula diadakan majlis penyampaiaan anugerah kepada staf cemerlang, wartawan, stokis dan ejen produk serta acara kemuncak Anugerah Perdana 2011.
Hos majlis makan malam itu dikemudikan pelakon, pengacara terkenal Pian Cecupak yang Berjaya memberi mood yang segar kepada tetamu sekalipun acara mengambil masa sehingga jam 12.30 malam.
Tidak dapat disangkal lagi, Pengarah Urusan Kumpulan MKSB, Sdr Zulkafli Wahab dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana 2011 yang diumumkan oleh Dr Khairil Azhar.
Hadiah disampaikan Pengerusi Kumpulan Perdana/MKSB, Puan Rohida Daud berupa pakej menunaikan umrah bersama isteri, wang tunai, trofi, hamper dan wang tunai.
Tidak syak lagi pada tahun hadapan program anjuran Kelab Keluarga Perdana/MKSB akan diadakan lagi sekiranya lebih banyak penaja yang sanggup berjasa menaja program ini seperti mana komitmen oleh One Drops Perfumes, Aura Life, Kasturi Syifaa’ dan sebagainya termasuk individu yang menyumbang hamper serta tenaga.
Sebelum check-out, ada kalangan ahli konvoi mengambil peluang mengunjungi Bandar Hilir Melaka, Zoo Negeri Melaka, menaiki kereta kuda dan sebagainya. Sesungguhnya, pengalaman yang manis sukar dipadamkan di dalam memori kepada setiap orang yang mengikuti program ini.
Insya-Allah, jumpa lagi tahun hadapan.