Jumaat, 31 Ogos 2012

Bengkel Penulisan Skrip Kamal Ishak

BENGKEL Penulisan Skrip anjuran Kamal Ishak lebih di kenali dengan panggilan Tuisyen Skrip kerana bengkel ini cuma memerlukan peserta sehingga lima orang sahaja yang akan di latih/fokus terpeinci kaedah menulis skrip dari peringkat asas. Bengkel selama tiga hari berterusan secara intensif dan fokus. Dengan yuran sebanyak RM1000, peserta akan diberi nota-nota bengkel, tayangan filem/drama contoh, senaskah skrip contoh, latihan dan semakan. Sijil penyertaan juga diberi. Peserta di jamin boleh menulis secara pro selepas mengikuti bengkel ini. Bengkel ini bukan bengkel kali pertama. Sudah banyak kali bengkel seperti ini di jalankan termasuk bengkel pengarahan, bengkel acting for camera, bengkel skrip advance, bengkel skrip dokumentari dan bengkel adaptasi novel ke skrip. Antara yang pernah menyertai ialah Sofea Jane, Vanida Imran, Era Fazira, Yaya Maembong (artis) dan lain-lain orang termasuk penulis skrip yang sudah ada pengalaman menulis.  Tarikh: 15hb hingga 17hb September 2012 Tempat: Takar Emas Sdn Bhd, No. 6-1, Jalan 5/4C, Desa melawati, Klang Gate, Ulu Klang, Kuala Lumpur Jam: 9 pagi hingga 5 petang Yuran: RM1000 Tutor: Kamal Ishak (pengarah filem/drama/dokumentari/penyunting/panel skrip/penceramah perfilaman/perunding kreatif perfileman) Email: kerismadura@yahoo.com  (untuk keterangan lanjut) Blog:  www.bagusfilem.blogspot.com  (untuk biodata)

12 Filem ceriakan Festival Filem Jepun

SEBANYAK 11 filem bahasa Jepun bakal ditayangkan selama 10 hari bersempena Festival Filem Jepun 2012 (JFF 2012) di Malaysia bermula 13 September ini. JFF 2012 dianjurkan oleh Pertubuhan Jepun Kuala Lumpur bersama dengan Golden Screen Cinemas (GSC) dan Konsulat Besar Jepun di Pulau Pinang menyenaraikan filem Key of Life, penerima anugerah Lakon Layar Terbaik Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-15, menerusi filem Key of Life. Peminat filem bahasa Jepun tanah air bukan sahaja berpeluang menonton filem arahan Kenji Uchida ini, malah di anggap beruntung kerana filem Key of Life ditayangkan di Malaysia tiga hari lebih awal daripada tarikh tayangannya di Jepun iaitu pada 15 September 2012. Key Of Life mengisahkan seorang pemuda bernama Sakurai (Masato Sakai) yang menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang pelakon. Kecewa dengan hidup, Sakurai nekad untuk membunuh diri. 11 lagi filem turut ditayangkan sepanjang JFF 2012, ialah filem A Good Husband, arahan Yukisada Isao, ALWAYS – Sunset On Third Street – 3 (Yamazaki Takashi), Hayabusa (Tsutsumi Yukihiko), I Wish (Kore-eda Hirokazu), Ninja Kids! (Miike Takashi), Permanent Nobara (Yoshida Daihachi), Rebirth (Narushima Izuru), Someday (Sakamoto Junji), The Last Ronin (Sugita Shigemichi), Wonder Child (Hagiuda Koji), dan filem Death Of A Japanese Salesman, arahan Sunada Mami. JFF 2012 yang memulakan tayangan di pawagam di Lembah Kelang pada 13 hingga 18 September membabitkan pawagam di GSC Mid Valley, GSC Pavilion KL dan GSC 1 Utama. Manakala pada 20 September sehingga 23 September di GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang. Tiket untuk menyaksikan filem-filem JFF 2012 dijual dengan harga RM5.00 setiap satu dan ia boleh dibeli dua hari sebelum tarikh tayangan di kaunter GSC, GSC E-Payment dan juga aplikasi mobil GSC. JFF 2012 akan mengakhiri acara tahunannya ini pada 23 September.

Khamis, 30 Ogos 2012

Giliran Cicak-Man 3, jadi filem 3D

SELEPAS menghasilkan filem Melayu pertama menggunakan format tiga dimensi (3D) menerusi filem 29 Februari, kini giliran filem Cicak-Man 3 bakal dihasilkan dalam format 3D. Cicak-Man 3, filem terbaru terbitan KRU ini, akan memulakan penggambaran pada Oktober ini. Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, berkata Cicak-Man 3 tidak akan dirakam menggunakan kamera dua lensa seperti yang dilakukan pada filem 29 Februari. Sebaliknya hanya akan menggunakan satu lensa, dan pengalihan ke bentuk 3D hanya akan dilakukan ketika proses pasca produksinya. "Dengan cara itu, kos penggambaran dapat dijimatkan, walaupun perbelanjaan ketika proses pasca produksi dijangka lebih tinggi," kata Norman. Selain itu Cicak-Man 3 bakal dibarisi pelakon baru, namun enggan mendedahkan adiwira membintangi filem arahan Yusry Abdul Halim ini.

Fiffy sahut lakon watak hitam

PELAKON remaja Fiffy Natasya, mengakui bersedia menyahut tawaran berlakon watak hitam. Kemunculannya dalam filem terbaru Leftwings, sekaligus menjadi realiti dalam mengasah bakat lakonannya. "Memang orang cakap watak hitam banyak bawa kesan buruk kepada artis. Saya akui takut orang kata saya liar, tapi pada masa sama, apa yang saya lakonkan itu hanya rekaan watak semata-mata. “Sedangkan dalam realiti kehidupan saya sebenarnya orang biasa yang punya keluarga yang bersedia ditegur jika membuat kesilapan," katanya. Anak wayang yang kini berusia 19 tahun, turut teruja membintangi Leftwings, kerana pernah menyimpan hasrat berlakon di dalam filem bertemakan muzikal rock. Filem Leftwings arahan Faisal Chal Ahmad, menemui penonton pada 30 Ogos ini, turut dibintangi oleh Aweera, Zouladeq, Wan Zaimie dan ramai lagi pelakon pembantu.

Rabu, 29 Ogos 2012

Edry akui ambil masa 6 bulan buat kajian

SUTRADARA Edry Abdul Halim mengakui mengambil masa hampir enam bulan untuk membuat kajian di Filem Negara serta mencari visual yang sesuai untuk digunakan dalam filem itu. Ini kerana kebanyakan visual sudah berada dalam keadaan yang tidak memuaskan dan perlu mengambil masa untuk diperbaiki supaya ia sesuai dengan format 3 Dimensi (3D) yang cuba dilaksanakan dalam filem 29 Februari ini. "Kami turut mengambil masa selama dua bulan mencantikkan visual hitam putih itu dengan memasukkan warna bagi memberikan impak berbeza kepada penonton terutama yang menonton menerusi 3D "Penggunaan visual lama ketika penjajahan British, Jepun sehinggalah sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 adalah sebagai bentuk naratif penceritaan menggambarkan kehidupan lelaki istimewa bernama Budi yang kelihatan masih muda walaupun dilahirkan pada tahun 1892,” kata Edry. Sementara itu Edry nafikan filem 29 Februari tiada kaitan dengan tema patriotik. Ini kerana karya terbarunya itu bukan bertemakan patriotik walaupun banyak memasukkan elemen sejarah. "Tema filem ini bukan patriotik kerana saya mengangkat konsep biografi fantasi sebagai asas utama yang belum pernah dibuat oleh mana-mana penerbit atau pengarah di negara ini. "Visual lama digunakan seiring dengan perkembangan watak Budi yang melalui pelbagai peristiwa penting dalam negara sehingga tahun 2012," katanya. Edry, 36, bagaimanapun tidak menafikan semua visual lama yang dimasukkan dalam filem itu secara tidak langsung dapat mengingatkan semula memori terhadap kejadian-kejadian yang pernah berlaku di negara ini sebelum kemerdekaan. "Pada yang pernah melalui beberapa peristiwa yang dipaparkan ia dapat menyegarkan memori mereka dan pada generasi baru ia sebagai satu bentuk pengetahuan secara tidak langsung buat mereka,” katanya yang berharap 29 Februari akan mendapat perhatian penonton. 29 Februari, filem pertama di Malaysia menggunakan konsep 3D, sentuhan berbeza daripada KRU Studios. Selain itu dua lagi format iaitu 2D dan 35mm ditayang secara serentak di 79 buah pawagam di seluruh negara mulai 30 Ogos ini. “Filem ini bukan sahaja mempunyai kekuatan daripada segi jalan cerita dan lakonan para pelakonnya tetapi teknologi 3D serta kesan khas (CGI) dan skor muzik, penataan bunyi memberikan kelainan. "Lakonan mantap daripada Remy dan Jojo Goh memang tidak dapat disangkal namun kelainan yang tidak pernah ditonjolkan dalam filem lain di Malaysia menjadi filem ini istimewa," kata Edry lagi.

SAM catat RM1.5 juta

Tahniah kepada Syafiq pengarah muda yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Record 2012 kerana filem pertama arahannya, SAM setakad ini berjaya mencatat kutioan RM1.5 juta dalam masa sembilan hari tayangan. Diharap angka ini akan berubah dalam masa beberapa hari lagi...

Selasa, 28 Ogos 2012

Aksi Ceria Selebriti Meriahkan Tayangan Filem 29 Februari

MERIAH. Kehadiran ramai tetamu khasnya selebriti menjayakan malam gala tayangan filem 29 Februari di Sunway mendapat liputan meluas dari rakan media. Karpet merah 29 Februari menjadi tumpuan lensa jurukamera. Tahniah kepada KrRU Film khasnya Edry Halim, berjaya menjadikan filem ini sangat menarik dengan penampilan 3D yang mencetuskan kelaian di persada filem tempatan.

Remy, Jac dan Forteen ceriakan Filem 29 Februari

Percubaan pertama Remy nyanyikan lagu Kelip-kelip, berjaya SEBAGAI pelakon utama filem 29 Februari, Remy Ishak mengakui teruja menyanyikan lagu Kelip Kelip-Kelip untuk filem ini. Ini percubaan pertama Remy dan ternyata tidak menghampakan. “Ini pertama kali saya menyanyi di dalam filem. Walaupun pernah ada pengalaman menyanyi di pentas teater muzikal, namun perasaan dan pengalamannya jauh berbeza. Saya terpaksa menyanyi sambil berlari diiringi dengan tangisan ketika itu. “ Itu merupakan antara babak nyanyian yang saya tidak boleh lupakan. Terpaksa lakukan tiga perkara dalam satu masa yang sama. Filem ini betul-betul menguji kredibiliti saya sebagai pelakon kerana penat bermain dengan emosi. “Mungkin juga, ini pengalaman pertama saya bekerja di bawah Edry Abd. Halim, disebabkan itu saya tidak dapat fahami apa yang pengarah mahukan. Namun semuanya berakhir dengan jayanya diatas kerja kuat dari produksi KRU Studios,” kata Remy.
Vokal Jac mantapkan lagu Jagalah Diri KEMANTAPAN lagu Jagalah Diri berkonsepkan ballad amat sinonim dengan kekuatan vokal yang dimiliki Jaclyn Victor. Lagu ini menceritakan apabila kehilangan orang tersayang, tangisan dan kesedihan tidak akan mengubah keadaan. Lagu ini bersifat keakuran dengan ujian takdir bagi mereka yang terpisah selamanya-lamanya. Dengan kemampuan vokal mantap Jac dan berbekalkan lagu yang berskala besar, ia dilihat amat berpotensi dan mampu meneruskan kejayaan filem ini.
Forteen dapat kepercayaan Edry IMPAK positif daripada aura lagu Berdua Bersatu, memberi peluang kepada Forteen, band berkonsepkan vokal berkumpulan, menyanyikan lagu Seperti Dulu untuk runut album lagu filem 29 Februari. Kemampuan Forteen menyakinkan Edry memberi kepercayaan kepada kumpulkan ini membawakan lagu Seperti Dulu memandangkan konsep lagu ini amat bersesuaian dengan kumpulan tersebut. Klip video lagu ini boleh dilayari laman web www.krustudios.com, Facebook www.facebook.com/29februari atau rangkaian “krustudios” di You Tube.
4 Lagu Runut Bunyi 29 Februari KRU Music menerbitkan empat lagu untuk filem 29 Februari, namun hanya tiga utama dipilih untuk dikeluarkan secara single untuk siaran radio. Tiga lagu itu ialah Kelip-kelip nyanyian Remy Ishak, Jagalah Diri nyanyian Jaclyn Victor dan Seperti Dulu nyanyian Forteen. Selain mengarah filem ini, Edry Abdul Halim, turut bertanggung jawab mencipta dan menulis lirik lagu ini. “Bagi menyemarakkan lagi promosi filem ini tiga lagu dipilih untuk dikeluarkan secara berperingkat untuk siaran radio khususnya untuk langganan nada dering bagi peminat-peminat muzik di Malaysia. “Tiga lagu daripada tiga penyanyi yang mempunyai latarbelakang yang berbeza serta masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri” kata KC Ismail, Timbalan Presiden KRU Music di majlis perlancaran album runut bunyi filem ini, baru-baru ini. Sementara itu Edry menambah, cabaran tetap ada menghasilkan lagu ini walaupun sebahagian daripada lagu terbabit sudah berada dalam genggaman namun harus mempersembahkannya mengikut era yang dipaparkan dalam filem ini. 

Tayangan 29 Februari di Singapura, 6 Sept

Filem arahan pengarah terkenal, Edry Abdul Halim berjudul 29 Februari mula ditayangkan di negara Kota Singa, Singapura pada 6 September ini. Ia disahkan pengurusan dan komunikasi KRU Studios filem bakal mencatat kutipan pecah panggung mula ditayangkan seminggu selepas tayangannya di Malaysia. Filem 29 Februari ditayangkan di pawagam tanah air pada 30 Ogos ini. 29 Februari dibintangi Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam,   Fizz Fairuz, Dian P.Ramlee, Riz Amin, Ramli Hassan, Chew Kin Wah, Teng Ti Chan, Jing Ling, Muniff, Namron, Wan Hanafi Su, Johan Abdullah dan Khathir.         Filem berkisar mengenai kehidupan seorang anak muda yang terpaksa berhadapan dengan umurnya setelah di dilahirkan pada 29 Februari dimana umurnya meningkat hanya empat tahun sekali. Filem yang akan diedarkan sendiri oleh pihak KRU Singapura di sana bakal menemui penonton di lebih 6 panggung wayang seluruh Singapura.

Isnin, 27 Ogos 2012

Sinopsis Filem 29 Februari

FILEM muzikal sejarah mengisahkan kehidupan Budi lakonan Remy Ishak yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan faktor tarikh lahirnya yang hanya muncul empat tahun sekali, memberi kesan kepada perjalanan hidupnya. Malah dia sendiri merasa pelik kerana masih hidup sehingga era 90-an selain memiliki wajah yang masih tidak nampak tua walaupun lahir pada 1896. Dengan keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap kecacatan itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah kepada Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka.    Atas faktor tersebut, Budi yang kehilangan orang yang tersayang, apabila ibubapanya meninggal dunia semasa penjajahan Jepun pada 1941, telah diasuh di rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, lakonan Izzue Islam yang cacat penglihatan.   Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah negara dari penjajahan Jepun kepada pemerintahan British, negara mencapai kemerdekaan sehingga era kemodenan Malaysia. Dia mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily pada tahun negara mencapai kemerdekaan. Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan cinta terlarang. Lily melarikan diri apabila dipaksa berkahwin dengan Alex, kenalan keluarganya. Kehilangan Lily membuatkan Budi menghabiskan masa selama 40 tahun mencari kekasihnya. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang tidak dimakan usia? Tonton sehingga ke penghujung kisah ini yang akan membuatkan segenap emosi penonton bercampur-baur.  

Ahad, 26 Ogos 2012

Ciri S3D beri kelainan filem 29 Februari

SELEPAS mengarah filem muzikal Magika, pemenang Pengarah Harapan FFM23, Edry Abdul Halim menampilkan kelainan pada filem terbarunya, 29 Februari dengan menggunakan konsep elemen Streeskopik 3D (S3D) pertama di Malaysia. Sebagai peneraju penerbitan filem dengan penggunaan kesan khas (CGI), KRU Studios sekali lagi meneruskan tradisi untuk memberikan kelainan kepada peminat industri perfileman tempatan. Filem bergenre biografi fantasi ini menelan belanja sebanyak RM3.5juta ini, mempunyai banyak keistimewaannya. Antaranya barisan pelakon yang mantap, teknologi S3D serta CGI selain skor muzik, penataan bunyi serta muzik asal yang dinyanyikan oleh para pelakon sendiri. Ini termasuklah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Remy Ishak seperti Kelip-Kelip, Jagalah Diri dan Seperti Dulu. "Kami antara syarikat produksi pertama di rantau ini yang menghasilkan filem dalam format 3D stereoskopik. Namun begitu, kebergantungan bukannya terletak kepada teknologi semata-mata. “Ia hanyalah bonus kepada judul terbabit. Fokus utama masih kepada jalan cerita serta persembahannya sebagai sebuah filem. "Matlamat kami menggunakan teknologi 3D pula adalah untuk membawa penonton ke dalam segala peristiwa ini. Kami mahukan mereka berada dalam situasi yang dipaparkan saat itu. “Cuba bayangkan kita kini mampu berada sama dalam detik pengisytiharan kemerdekaan dan beberapa kejadian bersejarah lain,” kata Edry yang berbangga menjadi negara kedua selepas Thailand menggunakan teknologi ini. Justeru kata Edry, pengajarannya, mereka ingin melihat penonton lebih menghargai kehidupan. “Usah ditanya mengenai faktor kebenaran atau saintifik jalan cerita filem itu kerana ia pada hakikatnya tetap sebuah cerita rekaan,” kata pengarah ini yang bersyukur 29 Februari memasuki pawagam di Singapura seminggu selepas ditayangkan di Malaysia.

Sabtu, 25 Ogos 2012

Aweera mahu berjaya sebagai penyanyi, pelakon

PENDATANG baru persada lakonan filem, Aweera berkata dia mengambil keputusan untuk serius dalam bidang lakonan kerana ingin mengembangkan kerjaya seninya selain nyanyian. “Saya ingin lebih serius dalam dunia lakonan selepas ini dan berharap filem berkenaan akan mendapat sambutan baik daripada peminat. "Saya mendapat tawaran berlakon filem berkenaan selepas menghadiri uji bakat yang diadakan dan apabila merasai pengalaman berada di set penggambaran saya jadi seronok dan ingin melakukannya lagi," katanya. Bagaimanapun vokalis kumpulan Mojo ini, berkata tidak bermakna dunia lakonan mendorongnya meninggalkan dunia nyanyian kerana baginya kumpulan Mojo adalah keutamaannya buat masa ini. Dalam pada itu Aweera atau nama sebenar Nasharul Aweera Noriyissham berkata dia tidak sabar menonton filem lakonan pertamanya di pawagam bersama peminat filem. Malah turut mengakui berdebar mendengar reaksi penonton namun sudah bersedia menerima kritikan sama ada positif atau sebaliknya. "Memang saya teruja menunggu tayangan filem ini. Malah berharap peminat Mojo akan datang beramai-ramai menonton Leftwings sebagai sokongan," kata Aweera. Filem arahan Faisal Caal Ahmad itu turut menampilkan pelakon Shikin Kamal dan akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula pada 30 Ogos ini. Aweera sebelum ini terkilan apabila kenyataannya dalam akhbar telah disalah erti sehingga menimbulkan salah faham dikalangan peminatnya dan penyanyi rock, Awie. Dia tidak pernah memberitahu meniru cara nyanyian Awie ketika ditanya mengenai persamaan yang berlaku di antara mereka sebaliknya mengagumi dan menjadikan penyanyi itu sebagai idola. "Saya cuma kata Awie adalah idola saya dan bukannya meniru gayanya. Kalau bercakap pasal nak jadi seperti Awie dan menyanyi sepertinya memang tidak akan ada orang boleh lawan beliau. "Saya sebagai penyanyi baru memang kagum dengannya dan meminatinya sejak kecil," katanya. Dalam pada itu, Aweera berkata dia tidak pernah berniat untuk menimbulkan kontroversi dengan kenyataannya itu sebaliknya cuba bekerjasama dengan wartawan apabila ditanya pelbagai soalan. Aweera mengakui, sikapnya yang suka bergurau mungkin telah menyebabkan salah faham dengan apa yang dikatakannya sehingga dipandang serius oleh sesetengah pihak. "Bukan nak salahkan sesiapa tetapi memang tiada niat untuk cetuskan apa-apa kontroversi sebegini dan perkara ini juga saya sudah dijelaskan kepada wartawan yang menulis artikel itu," katanya lagi. Dalam perkembangan lain, Aweera akan menyambut Hari Raya di kampung halamannya di Kangar, Perlis selama seminggu.

Filem Leftwings lebih rock?

SEBAGAI salah sebuah kumpulan rock tempatan yang telah mencipta nama dalam persada muzik tanah air sejak lebih 25 tahun lalu, Wings bukan sahaja diminati oleh ramai peminat yang menjadikan mereka sebagai idola. Malah pengarah filem seperti Faisal Chal Ahmad yang pernah terkenal dengan filem Gila-gila Remaja suatu masa dahulu kini kembali dengan filem muzikal rock yang mempunyai elemen sama, tetapi dengan gaya lebih rock. Beliau turut mengangkat aura dan populariti Wings ke layar perak menerusi filem pertama arahannya berjudul Leftwings. Bagi Chal, idea untuk menjadikan kredibiliti Wings sebagai kumpulan yang terkenal sebagai bahan cerita menerusi medium perfileman bukanlah baru sebaliknya ia telah mula berlegar dalam fikirannya sejak hampir 10 tahun lalu. Dibarisi para pelakon yang kebanyakannya masih baru lagi dalam dunia lakonan, filem Leftwings ini bertujuan memberikan kelainan kepada industri filem tempatan yang penuh dengan stereotaip drama romantik dan komedi seram. "Tekanan dan saingan hebat di kalangan pembikin membuatkan pelakon baru sukar menaikkan nama di Malaysia. Saya memilih banyak pelakon baru untuk filem Leftwings, dengan harapan agar masalah sebegini boleh diatasi," kata Faisal. Bukan itu sahaja cabaran yang harus dihadapi beliau, malah, filem bergenre muzikal rock itu merupakan filem arahan sulung beliau. Filem ini berkisarkan tentang empat pemuda yang diilhamkan oleh kumpulan rock Wings untuk menubuhkan kumpulan Indie bernama Leftwings, dan memasang impian untuk berjaya dalam dunia muzik. Filem Leftwings yang ditayangkan pada 30 Ogos ini dibintangi oleh vokalis kumpulan MOJO, Aweera, Zouladeq, Wan Zaimie, Paly dan Ebi Kornelis. Dalam perkembangan lain, Faisal memberitahu kini beliau sedang sibuk dengan penggambaran filem sekuel Gila-gila Remaja.

Khamis, 23 Ogos 2012

Pak Aziz: Tak Ada istilah bersara dari berlakon

DALAM usia Datuk Aziz Sattar atau Pak Aziz yang baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-87, beliau meluahkan hasratnya belum bersedia bersara dari dunia lakonan. Sepanjang bergelar seniman, Pak Aziz yang sudah berlakon 44 filem tidak termasuk filem ke-45 berjudul Amukan Buas Frankenstein Tempatan (ABFT)  arahan Mamat Khalid. Seniman yang seangkatan dengan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini, bagaimanapun mengaku akan kembali berlakon sekiranya benar-benar sihat kerana ketika ini dia mempunyai masalah kesihatan iaitu menghidap penyakit jantung. "Masalah kesihatan itu biasa bagi semua orang, kerja atau tidak kita tetap tidak mampu mengelak daripada mempunyai masalah kesihatan. Disebabkan itu, saya tidak pernah menghadkan umur saya untuk berlakon. Bagi saya tiada istilah bersara dalam hidup seorang pelakon. "Ini kerana jiwa dan minat saya dalam bidang lakonan bermula sejak daripada kecil lagi dan ianya tidak pernah pupus dan sebagai seorang umatNya, kita perlu menghargai anugerah sebagai pelakon yang dikuniakan oleh Tuhan ," katanya. Tambah seniman ini lagi, bukan alasan untuk dia meneruskan tugasnya sebagai seorang pelakon kerana dia akui istilah bersara tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.  Pelakon yang terkenal dalam filem Bujang Lapok ini pernah dimasukan ke Hospital Ampang dan dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) pada Jun lalu selepas mengadu sesak nafas di rumahnya. Mengulas lebih lanjut mengenai kesihatannya, Aziz Satar memberitahu dia kini sedang berehat selama lebih 2 bulan sejak seelum ramadan lalu sambil menjalani beberapa rawatan susulan di hospital.

Rabu, 22 Ogos 2012

Hantu Air muncul selepas 2 tahun

WALAUPUN kebanyakan adegan filem ini membabitkan lokasi sungai dan tasik, sesuai dengan filemnya berjudul Hantu Air, namun tiada siapa yang menyangkakan barisan pelakon yang dipilih oleh pengarah Murali Abdullah tidak boleh berenang. "95% barisan pelakon saya tidak boleh berenang! Malah ada satu insiden di mana Nisha Dirr yang memegang watak peneraju utama bernama Mawar. “Dia kena terjun ke dalam air untuk satu babak walaupun dia tidak boleh berenang. “Nisha tak beritahu, tak tahu berenang, sehinggalah dia hampir lemas dan dipaksa diselamatkan," imbas Murali. Tambah sutradara ini lagi, selain menghadapi isu tersebut, masalah mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran juga menjadi satu isu buat produksi filem ini. “Kami menghadapi kesukaran untuk mencari tasik di Malaysia. Sebelum itu kami pernah ingin lakukan penggambaran di Tioman. “Tetapi tempat itu dikatakan mempunyai buaya, jadi semua pelakon menjadi takut dan enggan masuk ke dalam air. Selepas itu saya perlu mencari lokasi yang lain,” katanya. Dalam satu temubual selepas pra-tonton Hantu Air baru-baru ini, Murali turut memberitahu filem ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Menurut Murali lagi, kebanyakan adegan terpaksa diubah kerana ada pelakon yang tumbuh rambut atau dipotong pendek. Dalam pada itu sutrada ini turut menjelaskan mengapa terdapat ketidak konsistensi untuk beberapa adegan dalam filem tersebut. Ditanya sekiranya ada menghadapi masalah makhluk halus, Murali berkata: "Tidak, kami berhadapan dengan hampir semua masalah kecuali hantu! Saya percaya hantu adalah rekaan manusia. “Seperti hantu dalam filem saya, hanya orang jahat saja yang dibunuh,” kata Murali lagi. Hantu Air dilakonkan oleh pelawak terkenal Saiful Apek, Hairi Safwan dan Nisha Dirr. Ia ditayangkan di pawagam bermula 6 September 2012 ini.

Selasa, 21 Ogos 2012

Sebalik Tabir Kru Filem SAM

Pengarah: Syafiq Yusof Barisan pelakon: Shaheizy Sam(Pelakon Utama) Lisa Surihani(Pelakon Utama) Syamsul Yusof(Pelakon Utama) Neelofa(Pelakon Pembantu) Azad (Pelakon Pembantu) Penerbit :Skop Production Penerbit eksekutif :Datuk Yusof Haslam Kategori :Filem Cereka Genre :Aksi, ngeri Durasi :94 minit Audio :Dolby Format :35mm

Apa kata sutradara Syafiq mengenai filem SAM

“SAYA bertanggungjawab menjaga nama dan maruah keluarga yang sememangnya dihormati umum kerana pencapaian mereka dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem. Ia memberikan tekanan dan kebimbangan kepada saya untuk menghasilkan filem ini dengan sebaik mungkin. Sebab itu saya sanggup bersusah payah selama dua bulan untuk menyiapkan proses pasca produksinya agar ia berkualiti dan berbeza pada visual. Saya berharap SAM dapat diterima peminat. Perasaan itu timbul kerana saya tidak mahu hampakan harapan bapa dan keluarga. Lagipun bapa menaruh harapan amat tinggi pada saya. Pujian dan jolokan pengarah termuda kepada saya tidak memberikan sebarang makna jika filem ini tidak diterima penonton. Saya bimbang jika SAM tidak digemari kerana genre ngeri dan suspens yang asing bagi penonton kita. Saya juga risau dianggap kambing hitam dalam keluarga jika gagal hasilkan filem yang baik. Bagaimanapun saya percaya SAM ada ciri menarik dalam memikat selera penonton. Namun kerisauan saya selain itu ialah SAM terpaksa bersaing dengan satu lagu filem hari raya iaitu Seram Sejuk arahan sutradara Azahari Zain.”

Reaksi komen penonton mengenai filem SAM...

Ucapan tahniah dari peminat kepada pengarah muda Syafiq Yusof dan barisan pelakon kerana sambutan hangat peminat filem yang rata-rata berpuas hati selepas keluar dari panggung. Inilah reaksi peminat mengenai filem Saya Amat Menyintaimu (SAM). “PELAKON semua best. Tahniah buat kru Skop Production dan mereka yang terlibat di dalam pembikinan filem ni. Semuanya memang hebat. Cubaan berani daripada Syafiq.” “FILEM terbaik Malaysia tahun 2012. Sejujurnya saya paling tak suka tengok wayang tetapi selepas menonton filem SAM, rasa excited.” “KELUARGA Datuk Yusof Haslam, mempunyai ramai insane yang berbakat. Macam inilah berbaloi. Berdasarkan penonton yang memenuhi pawagam, saya percaya SAM mampu menggegarkan industri filem Malaysia.” “SAYA yakin jika dicalonkan dalam festival filem Asia boleh meraih kejayaan, insyaAllah.” “ALHAMDULILLAH semakin lama industri perfileman tanah air semakin bagus. Menerujakan dan meremang bulu roma menonton filem pyscho thriller.” “TERBAIK, saya sokong cara pengarahan filem orang muda di Malaysia, masa ini. Tahniah Syafiq. Kami sekeluarga sudah menonton. Memang berbaloi.” “SAYA berpeluang tengok prabiu filem ini. Boleh dikatakan memang wajar diberi pujian kepada Syafiq kerana pemuda seusia dengan saya dapat memberikan kelainan dalam industri ini. Filem ini tidak klishe dan lari jauh dari tema merempit atau gangsterism dan cinta. A must watch movie.” “KALAU abang buat filem aksi, adik buat filem thriller. Saingan yang terbaik bagi dua beradik ini.” “SAYA tengok trailer ini, memang gempak. Memang lain dari cerita filem-filem Melayu yang ada kat Malaysia ni. Tahniah bro Syafiq.”

Filem SAM (Saya Amat Menyintaimu) dapat sambutan hangat

KEJEMUAN penonton menyaksikan filem-filem seram dan komedi di pawagam mendorong sambutan luar biasa peminat membanjiri pawagam menonton filem Saya Amat Menyintaimu (SAM), arahan sulung pengarah muda belia, Syafiq Datuk Yusof Haslam. Filem terbitan Skop Production, mula ditayangkan di seluruh negara sejak 19 Ogos lalu iaitu pada hari pertama umat Islam menyambut 1 Syawal, mendapat reaksi positif dari peminat filem Melayu. Bahkan peminat bukan Melayu juga ada menonton filem ini. Ia bagaikan tidak percaya buah tangan pertama dari Syafiq, memang luar biasa, apatah lagi menonjolkan genre filem pyscho thriller. Dengan barisan pelakon serba boleh dari filem KL Ganster dan Kongsi seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa, Adam shah, Harun Salim Bachik dan ramai lagi pelakon, menjadi faktor kedua, peminat ke panggung. Selain itu, turut faktor ketiga mendorong peminat filem khususnya golongan remaja, menonton filem SAM ialah kerana mahu mendengar dua lagu baru, Sempurnakan Aku dan Ajariku yang menjadi lagu runut filem ini dinyanyikan oleh Anuar Zain.