WALAUPUN sudah empat hari berlalu, tetapi tidak terlewat aku rasakan untuk mencatat beberapa kenangan pada sambutan ulang tahun pada kali ini.
Aku menyambut ulang tahun ke-47 manakala isteriku ke-39, iaitu pada tarikh yang serupa, 10 Jun. Barangkali menyambut ulang tahun pada tarikh yang sama bagi suami dan isteri, jarang berlaku. tetapi inilah hakikatnya.
Maha Pencipta telah mengatur segala urusan dengan sempurna dan memilih tarikh tersebut menjadi hari kelahiran kami di muka bumi ini. Terima kasih kepadaNya yang Maha Bijaksana dengan kurni ini dan aku menganggap ia amat istimewa, jarang berlaku di antara seribu atau sejuta pasangan.
Pastinya ada hikmah disebalik kejadian ini! Dan apa yang pasti aku bahagia bersama dua orang cahayamata, lelaki dan perempuan, Ahmad Saif Hakimie (ASH) kini berusia lapan tahun dan Aina Shuhada Husna (ASH), berusia enam tahun!
Maka pada tarikh tersebut iaitu jatuh pada hari Rabu, aku tidak berapa sihat. Dalam ertikata lain, demam. Jadi seperti biasa, tiadalah majlis atau sambutan yang dirai kecuali isteriku terlebih dahulu mengucapkan tahniah dan selamat menymbut ulang tahun, dengan kata-kata yang sangat bermakna.
Ketika itu aku berada di pejabat, lewat jam 12.02 minit pagi kerana berhadapan dengan 'dateline' akhbar Warta Perdana edisi 1025. Tak kisah, mana jua aku berada. Apa yang penting Maha Pemurah menganugerahkan sehari lagi dan hari-hari berikutnya kepada kami sekeluarga dengan kasih sayang dan petunjukNya.
Dengan lafaz Puji Pujian kepadaNya, Maha Agung Allah lagi Maha Esa, aku sudahi memohon ampun dan memohon taubat diatas dosa serta kesalahan kami sekeluarga kepadaMu, Ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan