Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Salam kepada semua rakan blogger di mana jua berada.
Semoga hari ini menjadi langkah terbaik mengubah hala tju dengan lebih mantap dan berkesan. Sambutan Tahun Baru 2011 dirai di seluruh bandar dan kota dengan percikan bunga api dan orang ramai menyaksikan detik 12 tenha malam dengan penuh kesyukuran di tanah air yang tercinta - penuh aman damai.
Berlainan di luar negara seperti di Queenland, Australia, banjir besar mengenggelamkan separuh badaraya ini, musibah paling teruk selepas kejadian banjir besar yang berlaku pada 1918.
Maka sesungguhnya bersyukurlah, tanah air tercinta Malaysia yang makmur masih sentiasa mendapat perlindungan daripada Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dengan kesejahteraan. Amien.



Sabtu, 25 Disember 2010

Pertemuan Blogger 3

Felda Residence Hot Springs pilihan pertemuan blogger 2011

JIKA dua pertemuan sebelum ini diadakan di Taman Rimba Komenwell, Rawang dan terbaru di Ice Room, Kota Damansara (kedua-duanya di Selangor Darul Ehsan), mungkin rakan blogger mengharapkan pertemuan kali ketiga nanti dapat dilangsungkan di luar kota, khasnya pada cuti sekolah penggal pertama, Mac ini.

Pandangan ini bukanlah termaktub lagi. Ia sekadar misi dan memerlukan komitmen 100 peratus daripada semua blogger terutama saudara Mazidul Akmal Sidik, selaku pengasas kepada pertemuan seumpama ini.

Apa yang pastinya saudara Sdr Mazidul mempunyai rancangan bagi pertemuan Ke-3.

Cuma yang saya uar-uarkan ini tidak lain sekadar angan-angan. Saya berpendapat FELDA Residence Hot Springs yang terletak di Sungai Klah, Sungkai, Perak, sangat sesuai menjadi lokasinya.

Ini kerana selain sebagai lokasi pilihan ramai ia sangat sesuai menjalankan aktiviti kekeluargaan dan reunion.

Dengan cara ini para blogger mendapat ruang komunikasi lebih panjang dan mampu melebarkan semangat ukhuwah, apatah lagi jika dapat bermalam di sini (memilih villa atau hotel sebagai tempat penginapan).

Bercerita tentang Felda Residence Hotsprings Resort Sungkai (saudara Mazidul tentu lebih arif sebab beliau anak jati kelahiran Sungai Bil, Slim Rivers, Perak) kawasannya terbentang luas menghijau di kaki Banjaran Titiwangsa.

Hanya mengambil masa sejam tiga puluh minit (1jam 30minit) memandu secara berkonvoi daripada KL dan seterusnya memasuki susur keluar ke Tol Sungkai.

Selepas Tol Sungkai, belok ke kanan dan jaraknya cuma 1km, anda akan dapat melihat papantanda Felda Residence Hotsprings Resort Sungkai. Ini bermakna persinggahan destinati yang ditujui sudahpun tiba.

Menariknya di sini para pengunjung akan merasakan suasana yang tenang dan santai. Terutama kepada mereka yang sudah berusia, berendam di dalam kolam air panas dan Taman Terapi, memberikan pengalaman baru sukar dilupakan.

Segala kepenatan, kelenguhan sendi kaki akan dapat dilegakan dengan berendam kaki di dalam air yang mengalir dari sumber asli. Kesan dari rendaman itu sedikit sebanyak mampu memberi terapi penyembuhan.

Sejak zaman kuno lagi sumber air panas mampu merawat dan diklasifikasikan mempunyai kesan positif seperti kaku sendi dan penyakit stres dan sebagainya.

Bagi mereka yang akrab dengan refleksi pula, inilah masanya mendapatkan sentuhan tangan pengamal terlatih yang disediakan oleh pihak hotel sekaligus dapat memulihkan keseimbangan dalam aliran darah.
Pastinya pertemuan merangkap percutian blogger akan lebih menarik kerana mampu menjanjikan kerehatan minda dan merenggangkan kelesuan tubuh badan.

Maklumat lanjut boleh menghubungi alamat seperti tertera di bawah ini.

PLANTATION RESORTS SDN BHD
No. 2, Jalan Maktab 6,
Anjung Felda
54000 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2697 9772
Faks: 03 2694 5104

FELDA TRAVEL SDN BHD
Ground Floor (CITI),
Jalan Maktab 6
Off Jalan Perumahan Gurney
54200 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2698 3833
Faks: 03 2698 7133










Ahad, 19 Disember 2010

Aiskrim, Flash Kamera dan Kongsi Cerita...

Salam Rakan Blogger. Selepas sembilan bertemu kini kembali bersuara muka.
Jika pertemuan pertama di keliling kehijauan dau-daunan dari pohon merimbun kini di ceriakan dengan warna hijau menjalar di dinding dan tiang yang menempatkan Ice Room lokasi pertemuan blogger yang membabitkan Saudara Mazidul dan 20 lagi rakan blogger sekitar KL, Selangor.
Hasilnya, malam Sabtu 18 Disember menjadi bukti pada pertemuan yang disambut riang dan aluan daripada pemilik Ice Room, Datuk Razali Mohd Daud dan isteri, Datin Faridah Kasim.
Sesungguhnya keceriaan pada setiap wajah blogger yang turut datang bersama keluarga sambil berbual dan menikmati pelbagai citarasa 17 ais krim terbaik selain menu lazat yang seadikan pastinya menjadi nostalgia manis sukar dilupakan kepada setiap yang hadir.
Kepada rakan blogger yang hadir seperti The Red Rambutan, Jinkamen, Jard The Great (sekadar menyebut beberapa nama) serta yang baru dikenali seperti Gapisman (Ruslie Sophian) dan AzMask (maaf, sekadar menyebut beberapa nama), semoga terus berkomunikasi setiap hari menerusi blog masing-masing.
Tahniah juga kepada blogger Kak Cik Seroja dan Azieazah yang memenangi baucer makan percuma di Bawal bersama keluarga. Pertemuan yang berakhir tepat jam 12.00 tengah malam menyaksikan Saudara Mazidul mengakhri download entry terbarunya itu, sebelum meninggalkan majlis bersama rakan karibnya, Saudara Shamsul (Onthescene) dengan rasa puas pada wajah…








Sabtu, 18 Disember 2010

Lima jam Lagi...

Salam rakan blogger...
Tinggal lima jam lagi pertemuan blogger di Ice Room, Kota Damansara akan menjadi rialiti. Semoga pertemuan ini mencetuskan ide baru dan megeratkan silaturahim sesama blogger.
Selamat bertemu...

Jumaat, 17 Disember 2010

Keratan Akhbar Warta Perdana Pertemuan Blogger Di Ice Room, 18 Disember

PERTEMUAN blogger siri ketiga diadakan di Ice Room, Kota Damansara, PJ, dijangka akan menjadi kesempatan bertemu dan berbincang secara santai selama dua jam.
Aktiviti ini yang sentiasa mendapat liputan akhbar Mingguan Warta Perdana sejak siri pertemuan pertama di Taman Rimba Komenwel Rawang.
Kepada semua blogger yang berminat, jomlah bertandang ke Ice Room, selamat bertemu semula sambil menikmati kelazatan 17 aiskrim dan menu lain yang ingin anda mencubanya.
Selamat berdiskusi dan mengeratkan salam ukhuwah...

Ahad, 12 Disember 2010

Pertemuan Ke-2 Blogger Selepas 9 Bulan...

Salam sejahtera. Imbasan suasana yang dirakam pada siri pertemuan blogger pertama yang diada adakan pada 6 Mac lalu. Kini selepas sembilan bulan, Insya-Allah akan kembali berulang apabila pengasas pertemuan ini, Saudara Mazidul Akmal Sidik, merancang satu lagi pertemuan yang diadakan pada 18 Disember ini, hari sabtu bertempat di Ice Room, Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya jam 9.00 malam.
Rata-rata blogger bersetuju dengan pertemuan yang bakal mengimbas kembali pada pertemuan yang pertama. Semoga pertemuan ini akan menjadi nyata, insya-Allah kita doakan ia menjadi realiti.
Menurut Sdr Mazidul, pertemuan ini antara lain merapatkan kembali hubungan selain menjadi medan bertukar-tukar idie serta membincangkan isu semasa. Sambil menikmati juadah makan malam, rakan blogger boleh bersantai dengan suasana ceria bersama keluarga.
Selamat bertemua kembali...




Selasa, 19 Oktober 2010

Zizie Izette sibuk niaga di Perhimpunan Agung Umno


HARI ini Perhimpunan Agung UMNO memasuki hari kedua. Kemeriahan ruang lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) riuh dengan usahawan memasarkan produk terbaru termasuklah beberapa selebriti terkenal antaranya pelakon sensasi Zizie Izette Ab Samad.
Meskipun Zizie Izette berstatus selebriti serta isteri kepada Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, ia tidak menghalang kepada pelakon ini untuk turut berniaga di Perhimpunan Agung Umno 2010.
Gerai di Aras 3, PWTC itu kelihatan dikerumuni ramai pengunjung termasuk peminat yang mahu bergambar bersama Zizie selain membeli barangan jualannya antara lain seperti busana muslimah, gaun serta aksesori wanita.
Zizie berkata idea untuk berniaga pada perhimpunan agung Umno kali ini timbul kerana minatnya yang suka berniaga di samping mendapat sokongan penuh daripada suami tersayang.
"Kakak ipar saya berniaga di Uptown. Rakan perniagaan dia (kakak ipar) pernah terlibat dengan buka gerai jualan di perhimpunan Umno. Dia tanya saya tak mahu buka gerai di sini ke (PWTC) dan apabila tanya suami, beliau beri sepenuhsokongan, itu yang timbulnya idea untuk berniaga di sini.
Zizie menegaskan bahawa beliau tidak mendapat sebarang layanan istimewa untuk mendapat unit ruang niaga berkenaan. Terdapat sebanyak 320 tapak ruang niaga disediakan sempena perhimpunan agung kali ini.
"Ingin saya tegaskan yang saya dapat ruang niaga ini sama seperti orang lain dan tidak timbul menggunakan jalan mudah (Bung Mokhtar) untuk dapatkan ruang niaga ini," katanya.
Zizie berkata setiap hari beliau akan turun padang dan memantau hasil jualannya, sekaligus mengambil kesempatan untuk merapatkan hubungan dengan peminat.
"Saya akan sentiasa berada di situ dan kalau tiada pun mungkin saya pergi makan atau ada janji temu tetapi saya akan berada di situ setiap hari sehinggalah habis perhimpunan Umno ini dari pagi hingga malam," katanya.
Jika sambutan jualannya pada perhimpunan kali ini memberangsangkan, beliau berminat untuk terus berniaga pada perhimpunan Umno yang akan datang. - BERNAMA

Isnin, 18 Oktober 2010

Perhimpunan Agung UMNO 2010 bermula


HARI INI tanggal 19 Oktober 2010, hari Selasa bersamaan 11 Zulkaedah 1431 Hijrah, berlangsung sekali lagi Perhimpunan Agung Umno 2010 dengan majlis perasmian serentak tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
Perasmian akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pukul 8 malam Selasa.
Petang Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno akan menyampaikan amanatnya pada majlis taklimat tertutup pada pukul 3 petang di Dewan Merdeka, PWTC, yang turut dihadiri oleh anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta Ketua-ketua Bahagian.
Perhimpunan Agung kali ini, yang akan berlangsung selama lima hari, melibatkan 4,907 perwakilan.
Sementara itu Forum Antarabangsa 2010 yang julung-julung kali diadakan sempena Perhimpunan Agung kali ini bersambung hari ini dengan dua lagi sesi panel perbincangan dan enam ahli panel menyampaikan pendapat masing-masing mengenai isu-isu antarabangsa.Penutupan forum itu dijadual akan disempurnakan oleh Najib, tengah hari Selasa.
Forum dua hari bertajuk "Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Reliati Baru Politik" itu melibatkan lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara termasuk 63 peserta dari 22 parti politik dari 20 buah negara, 54 peserta dari Kelab Umno Luar Negara serta penganalisis-penganalisis politik.
Semalam, ketika merasmikan pembukaan forum itu, Muhyiddin berkata rakyat malaysia memerlukan akses yang cepat bagi menangani pelbagai cabaran baru.
Turut menyampaikan ucaptama semalam adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mengingatkan kerajaan supaya mendengar pandangan media yang liberal untuk lebih memahami pemikiran semasa orang ramai. - BERNAMA

Jumaat, 15 Oktober 2010

Dua Assigment Menunngu...

Salam.
Hari ini merupakan hari kedua catatan dirakamkan menerusi blog ini. Pertama, assigment menanti di SACC, Shah Alam dan di Wangsa Maju, KL, kedua-duanya libatkan selebriti.
Assigment rancangan Kamilah Bintang, terbitan Astro mengundang artis popular seperti Mawi, Shahir, Bunkface dan kumpulan Hujan yang berlangsung di SACC Mall, Shah Alam, mulai jam 12 tengah hari.
Keduanya, di program Juara Rock jam 3 petang di Wangsa Maju, KL, menampilkan gitaris otai, Rosli Mohalim, anggota kumpulan Sweet Charity. Program ini mencari bakat baru di persada pemuzik rock yang bakal menjadi tetamu di dalam rakaman album rock era 2010.
Selain itu, tugasan lain menghubungi beberapa DJ radio untuk temubual bagi mengisi ruangan DJ Pilihan Perdana pada minggu ini. Siapa DJ itu, masih bermain-main di fikiran? Mungkin anda ada cadangan, DJ radio mana yang patut ditonjolkan?
Nantikan kisah DJ tersebut di dalam akhbar Mingguan Warta Perdana minggu depan...

Khamis, 14 Oktober 2010

Setelah tujuh bulan berlalu...

Salam semua rakan.
Hari ni genap tujuh bulan, kembali mencoret catatan di dalam bolg ini. Pelbagai perkara berlaku sepanjang tempuh tersebut. Namun tak perlu diungkit semula. Lagipun sebahagian catat itu telah saya tempelkan di dalam facebook iaitu zaini zaa / facebook.
Cuma yang saya mahu kongsi bersama paling terbaru mengenai komen penulis novel veteran Haji Yahaya Samah (Pak Ya) mengenai isu kempen bulan bahasa kebangsaan yang sedang berlangsung sekarang.
Menurut beliau sudah 53 tahun negara merdeka dan persoalan rakyat di negara ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam pelbagai perkara, tidak perlu dipersoalan.
Semuanya sudah tahun peraturannya. Jadi tidak perlu diriuh-rendahkan lagi. Juga tidak perlu adanya aktiviti seperti ini. Ia membazir dan lebih banyak isu lain yang patut dijadikan perbicangan atau berkongsi idea membina agar menjadi nyata.
Pak Ya juga memberitahu isu bahasa ini tidak lagi dimainkan atau bahan perbincangan hangat di mana-mana negara didunia termasuk di negara jiran iaitu di Indonesia. Jadi, kenapa harus dibangkitkan isu ini. Setiap rakyat di negara ini perlu melunaskan tanggung jawab sebagai penegak bahasa kebangsaan ini agar di hormati.
Jika masyarakatnya enggan menobatkan atau menambahbaikan bahasa kebangsaan, bererti ia menghalalkan kemerosotan bahasa Melayu dan tidak mustahil menjadi seperti bahasa Sunkrit, suatu ketika dahulu menjadi kebangaan kini berkubur tanpa nisan.
Mahukan bahasa Melayu mengalami nasib yang sama? Atau hari ini bahasa rojak lebih istimewa digunakan seharian? Apa yang nyata gaya masakini tulisan ringkas SMS kini menjadi budaya genarasi muda hari ini...

Isnin, 15 Mac 2010

Lagi gambar semasa pertemuan blogger di Taman Rimba Komenwell

Keteranga gambar: Dua blogger termuda, Muhammad Afeef dan Adini dari Taman Amanputra, Kepong, Selangor.
Keterangan gambar: Ibu bersama sikecil turut hadir memeriahkan lagi majlis yang cukup santai

Keterangan gambar: Asyiknya tetamu blogger menatap akhbar Mingguan Warta Perdana edisi terkini.


Ada lagi gambar yang belum disiarkan, dipaparkan untuk tatapan blogger dan pengunjung yang tidak berkesempatan hadir pada tarikh tersebut.

Lebih menarik lagi dua kanak-kanak, Muhammad Afeed B Mazlan dan Adini Bt Mohd Jailani, masing-masing berusia 11 tahun, menjadi tetamu blogger paling muda.

Mereka tinggal di taman perumahan yang sama iaitu Amanputra, Puchong, menjadi rakan baik sejak tahun 1 lagi. Muhammad Afeet menjanakan blognya, http://www.afeetbudaksekolah.blogspot.com/ sementara Adini menerusi blog iaitu http://www.didi-dihati.blogspot.com/

Luahan hati mereka ialah berbangga dapat menghadiri pertemuan blogger yang julung kali diadakan ini. Kesungguhan dua kanak-kanak ini menjadi cabaran kepada blogger berusia yang pastinya sekadar mampu membayangkan generasi hari ini sudah memasuki gerbang IT di kala usia rebung...

Selain itu aksi blogger mengisi masa terluang menatap akhbar Mingguan Warta Perdana yang disumbangkan oleh Kumpulan KTH. Seorang ibu membawa sikecil turut mendapat perhatian dan sekumpulan kanak-kanak bermain pasir dan air dalam anak sungai yang sejuk dan jernih sambil beberapa anak ikan berenang lincah...

Ahad, 7 Mac 2010

Sang ular tamu istimewa di pertemuan blogger








Salam kepada semua blogger yang saya temui sepanjang berada di tapak Perhimpunan Blogger Pertama di Taman Rimba Komenwell, Sabtu lalu.

Ini catatan yang dapat saya muatkan dalam blog ini selepas sehari dua malam mengadap komputer.


Kelewatan memasukan catatan, disebabkan menyelesaikan beberapa assignment tertunggak sejak hari Khamis (sidang akhbar Fiesta Nasi Lemak 1Malaysia), Jumaat dua tugasan (liputan sambutan Maulidur Rasul Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang) dan (menyediakan bahan untuk ruangan resipi dari Hotel Renceny KL).


Sementara pada pagi Sabtu pula menghadiri Seminar Ibu Bapa dan Murid bagi persiapan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) September depan. Tengah harinya pula ‘cabut’ ke Taman Rimba Komenwell, Rawang.


Walaupun perlu segera menyiapkan semua laporan tersebut, namun kesibukan ini tidak mengalpakan saya untuk memuatkan paparan pertemuan di dalam blog ini.


Pertama-tamanya, saya bersyukur, kepadaNya kerana memudahkan urusan saya pada tengah hari Sabtu lalu untuk bersama-sama 43 blogger yang berjaya diketemukan dalam suasana mesra, ceria dan seronok melihat gelagat mencuit hari para blogger yang datang bersama suami, isteri dan anak-anak.


Tahniah kepada Sdr Mazidul, Hazrey dan Shamsul yang gigih lagi lagi ketagih mertabatkan hasrat blogger untuk bertemu para blogger seluruh negeri, kini menjadi satu realiti.


Selain itu, trio ini layak menerima anugerah selempang merah kerana menjadi perintis kepada program bersifat mesra alam ini (dipayungi keredupan rimbun buloh).


Sepanjang enam jam, bersantai bersama blogger yang buat kali pertama bersua,dan beramah mesra serta berjumpa dari dekat, kelihatan terpancar di wajah mesra mereka yang sebelum ini hanya dapat di lihat alam maya, menjadi sejarah dan memori manis di dalam hidup saya pada tahun ini.


Lebih manis lagi, petang yang diceriakan dengan cabutan bertuah (sayangnya, seketul kekpun tak merasa. Dah tak ada rezeki), dikecohkan dengan kemunculan sangular yang secara otometik mengubah wajah manis blogger kepada seram sejuk.


Ini kerana mereka sama sekali dikejut dan tergamam kemanjaan sang ular bertamu di petang yang disimbah hujan lebat di akhir pertemuan. Malah ramai blogger wanita dari lelaki, yang hadir menjerit dan lari lintang pukang, bila disapa sang ular.


acara lain sebelum itu ialah berbual dengan para blogger mengenai berbagai isu semasa menambah luas skop perhatian saya dan disarankan jika program ini diadakan lagi, sebelum Ramadan menjelma, tentu dapat melengkapkan misi blogger – erat dan bermatlamat!


Justeru itu kepada 43 blogger yang hadir, salam penuh ukhuwah dari saya semoga berterusan kita berintraksi selepas ini.


Inilah blogger baru saya yang disediakan senarainya oleh sdr Shamsul….

1- Mazidul - http://mazidulakmal.blogspot.com/
2.- Shamsul - http://ondscene.blogspot.com/
3.- Hazrey - http://bapak-gulagula.blogspot.com/
4.- Husni - http://mediacom999.blogspot.com/
5.- Azie Azah - http://azieazah.blogspot.com/
6.- Acu Sayang - http://sephiasayang.blogspot.com/
7. Vic Diana – http://lovelyvic.blogspot.com/
8. Kakcik Seroja – http://kakcikseroja.blogspot.com/
9. Andy @ Lanun Perak – http://lanunperak.blogspot.com/
10. Muhammad Hamka – http://ohpelik.blogspot.com/
11. Azrul Hisham – http://azrulhisham.blogspot.com/
12. Hairil Anuar – http://sugar-brain.blogspot.com/
13. Nadia Yusuf – http://cangkirbiru.blogspot.com/
14. Muhammad Afeef – http://afeefbudaksekolah.blogspot.com/
15. Rosilawati – http://nice2craft.blogspot.com/
16. Adini – http://dini-dihati.blogspot.com/
17. Mohamad Faizal – http://from-the-news.blogspot.com/
18. Zaini Zaa – http://ujanglokko.blogspot.com/
19. Mohamad Fahmi – http://rastamat4.blogspot.com/
20. Noor Azam – http://softcatcher.blogspot.com/
21. Salman – http://mantong69.blogspot.com/
22. Ku Fauziah – http://kujie2.com/
23. Nor Azizah – http://azizah-aling.blogspot.com/
24. Intan Safura - http://namakuintan.blogspot.com/
25. Rosnizah – http://ummufarhans.blogspot.com/
26. Ezreen – http://ezreentalip.blogspot.com/
27. Mohd Rahman – http://morase.blogspot.com/
28. Azaham – http://yoblabun.blogspot.com/
29. Norita - http://livelifeloudandproud.blogspot.com/
30. Sh. F-Z – http://shafaza-zara.blogspot.com/
31. Nor Mashitah – http://kesahkisah.blogspot.com/
32. Nazlin – http://66lyn99.blogspot.com/
33. Ahmad Azhan – http://kingdom-of-ice.blogspot.com/
34. Dalia – http://daliaismail.blogspot.com/
35. Raziff – http://raziffphotomateur.blogspot.com/
36. Norhaslinda – http://3boys1girl.blogspot.com/
37. Noraida – http://ny-mind.blogspot.com/
38. Nadhrah – http://mizzyn.blogspot.com/
39. Shaik Dawood – http://shaikskl.blogspot.com/
40. Zakiah – http://zakiahbintiponrahono.blogspot.com/
41. Saiful Anuar – http://epoi8787.blogspot.com/ , http://djepoi.blogspot.com/
42. Fuzayme – http://fuzayme.blogspot.com/
43. Nur Azrini – http://biesalski.blogspot.com/


Seperti kata Bro Mazidul semasa sidang akhbar yang turut dihadiri teman wartawan dari Sinar Harian, enam blogger datang pun dah catat di dalam Buku Rekod Malaysia, ini dah lebih 43 blogger, maka selayaknya disenaraikan ke dalam MBR pada tahun ini.


“Saya gembira kerana program yang dirancang hanya selama seminggu dapat diterjemahkan seperti kejadian pada hari ini. Bagi saya ini peristiwa besar dan insya-Allah akan diteruskan pada masa hadapan.


“Jika terus mendapat dokongan semua blogger di negara ini, tidak mustahil program ini akan menjadi acara tahunan,” kata bro Mazidul yang penuh ceria dan sentiasa berkongsi cerita dengan rakan blogger lain.


Kepada penaja minuman Sparkling Tongkat Ali X-10 iaitu Pengarah Urusan Miraxis Sdn. Bhd, Zaidi Md Yasin dan Pengarah Urusan Futures World Avenues yang menaja hadiah cabutan bertuah bermalam di Commonwell Forest Park & Resort, Sdr Noradzman Mat Idris, diucapkan jutaan terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik tuan…

Ahad, 14 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina 2010


"Kepada pengunjung blog, kru mengambil kesempatan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua pembaca dan rakan berketurunan Cina
Semoga pada Tahun Harimau ini akan membawa keamanan, kesejahteraan dan kebaikan serta keadilan kepada semua warga di negara tercinta ini…”

Selasa, 5 Januari 2010

Misteri Nombor 3


Salam sejahtera.

Bagi pakar metametik nombor tiga, kurang menarik kerana kedudukannya di bawah nombor 1 dan 2.

Mereka meramalkan tahun ini, 2010 pencapaian dalam berbagai aspek tidak berada di situasi cemerlang.

Hitungan mereka, 2 + 0 + 1 + 0 = 3 yang menggambarkan nombor 3 adalah kemunculan tidak diharapkan.

Teringat kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi filem Masam Masam manis - No Class, yang menyifatkan wanita bekerja sebagai penyanyi kelab malam, rendah martabatnya.

Pun begitu, Allahyarham gemar memilih nombor 3 di dalam filem arahannya seperti Madu Tiga atau Tiga Abdul! Mungkin angka 3 begitu mesra di dalam karyanya!

Begitu juga dengan penampilan tiga pemuda di dalam filem berjudul Bujang Lapuk dan DoReMi, tetapi akhirnya berjaya dalam misi mereka.

Apakah misterinya nombor 3 kepada dunia hari ini? Jawapannya ialah keganjilan! Sifat ganjil ini jika dikupas sangat menarik. Dan apakah keanehan akan berlaku di pentas kehidupan manusia pada Tahun Harimau ini dari sudut pandangan masyarakat Cina?

Malah terdapat kursus sains metafizik mengenai pro dan kontra rahsia tarikh lahir yang dianjurkan ramai pakar motivasi, termasuk Datuk Dr Fadzikah Kamsah dengan bayaran yang ditetapkan.

Menurut kajian, mereka yang lahir pada bulan Mac, mempunyai sifat seperti berpersonaliti menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang muzik kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.

Selain itu mereka yang lahir pada tanggal 3 mempunyai elemen seperti sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur dan ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

Jadi apa yang jelas nombor 3 adalah angka ganjil yang membawa beribu makna tersirat termasuk ada kaitan dengan ramalan bahawa Perang Dunia Ke-3 akan meletus!

Namun Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi, dan apa yang manusia sembunyikan..