Khamis, 31 Disember 2009

Tibanya 2010


Salam sejahtera kepada semua rakan dan sahabat
Selamat menyambut 2010 disusuli gerhana bulan yang diharap dapat dirai kedatangan tahun harimau dengan berani dan melindungi anak genarasi masa depan.
Teringat pantun dari seorang abang yang kini berada di situasi yang menguji minda dan ujianNya.
"Banyak hutan bermacam hutan, Hutan bakau di hujung tanjung, Kalau tuan nak jadi pahlawan, jadilah pahlwan yang disanjung..."
Harapan saya agar dengan alaf 21 akan ceria dengan petunjukNya dan rasulNya serta orang beriman.

Jumaat, 25 Disember 2009

Dari Lipatan Sejarah Negara





Apa yang berlaku sepanjang 30 tahun hingga 2009

“LIPATAN sejarah negara sentiasa segar dengan berbagai peristiwa terjadi. Sejak 30 tahun lalu, negara mencatat kenangan manis yang dapat dibanggakan hingga ke anak cucu. Antaranya yang di anggap paling menarik…”


Peristiwa menarik pada 2009

Perdana Menteri Malaysia Ke-6

YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam pada 3 April sekaligus melancarkan Kempen 1Malaysia.

Peristiwa menarik pada 1999

Penyelidikan di Antartika

Empat orang anak Malaysia telah menjadi saintis pertama di dunia yang berjaya mengumpul sampel bahan organik dan bukan organik di utara Antartika pada Oktober 1999. Mereka menjalankan penyelidikan mengenai perbandingan pencemaran udara di Antartika dan kajian lapisan udara permukaan benua tersebut memandangkan kawasan tersebut mempunyai atmosfera paling bersih berbanding dengan tempat yang dipenghuni oleh manusia di dunia ini. Antara mereka yang terlibat adalah Prof Madya Dr Azizan Abu Samah, Prof Madya Dr Nik Mariam Sulaiman, Prof Madya Dr Nor Saadah Abdu Rahman dan Prof Madya Dr Mohd Radzi Abas.

Peristiwa menarik pada 1989

Tiang bendera tertinggi di dunia

Perasmian tiang bendera Malaysia setinggi 100 meter (300 kaki) di Dataran Merdeka pada Julai 1989. Tiang yang tertinggi di dunia ini mengibarkan bendera sebesar 10.62 meter (30 kaki) lebar dan 21.34 meter panjang (70 kaki).

Peristiwa menarik pada 1979

Lahirnya sebutir bintang

Penyanyi kini bergelar datuk, Siti Nurhaliza Taruddin dilahirkan pada 11 Januari

Isnin, 21 Disember 2009

Info Dunia Malaysia


10 TAHUN LALU…
Peristiwa menarik sepanjang 1999


TABIR 2010 bakal menjelma beberapa hari lagi, meninggalkan deretan peristiwa pahit dan manis yang berlaku sepanjang 2009. Sebelum meninggalkan 2009, elok kita imbas kembali pelbagai peristiwa menarik yang meninggalkan kita 10 tahun lalu.

Apa yang berlaku sepuluh tahun lalu, disiarkam di bawah ini. Selamat datang Tahun 2010 yang juga mempunyai berbagai peristiwa berlaku sepuluh tahun lalu...

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad lancar duit syiling emas peringatan 2009 sempena kedatangan alaf baru yang mempunyai nilai muka RM500 setiap satu.

2. Rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo, Datuk Azhar Mansor. Beliau mula belayar 2 Februari 1999, sejauh 40,000km selama 190 hari. Beliau juga merupakan pelayar pertama menggunakan laluan Timur-Barat.

3. Penjelajahan Kutub Utara – 2 orang adik beradik, Justin Maurice Read dan Gerald Malcolm. Read merupakan anak Malaysia pertama menjejakkan kaki ke Kutub Utara. Mereka tiba pada 19 April 1999 setelah berjalan sejauh 111km pada suhu -10 hingga -30 darjah celcius di bawah paras beku.

4. Penerjunan dari Menara Kuala Lumpur - Dua penerjun tempatan, Leftenan (B) A Aziz Ahmad dan Kapten (B) Abdul Rahmat Omar, mencatat sejarah apabila menjadi kumpulan pertama melakukan penerjunan Base dari ketinggian 300 meter di Menara Kuala Lumpur, pada 4 Oktober 1999.

5. Litar Antarabangsa Sepang - Pada 15 - 17 Oktober 1999, Malaysia buat kali pertama telah menganjurkan acara paling berprestij dalam sukan lumba motor iaitu Kejohanan Dunia Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang.

6. Penyelidikan di Antartika – Empat anak Malaysia jadi saintis pertama dunia berjaya mengumpul sampel bahan organik dan bukan organik di utara Antartika pada Oktober 1999.

Mereka menjalankan penyelidikan mengenai perbandingan pencemaran udara di Antartika dan kajian lapisan udara permukaan benua tersebut memandangkan kawasan tersebut mempunyai atmosfera paling bersih berbanding dengan tempat yang dipenghuni oleh manusia di dunia ini.

Antara yang terlibat adalah Prof Madya Dr Azizan Abu Samah, Prof Madya Dr Nik Mariam Sulaiman, Prof Madya Dr Nor saadah Abdu Rahman dan Prof Madya Dr Mohd Radzi Abas.

7. Rosyam Nor, pelakon filem Lenjan menang anugerah Best Supporting Actor di 44th Asia Pacific Film Festival di Bangkok, Thailand, pada 21 hingga 27 November 1999. Inilah trofi tunggal dimenangi negara dalam festival ini.

8. Festival Filem Malaysia (FFM) ke-14 di Hotyel Syuen, Ipoh, Perak pada 5 November 1999. Anugerah Panca Delima menjadi milik Jogho sebagai filem terbaik, U-Wei (sutradara terbaik), Khalid Salleh (pelakon lelaki terbaik filem Jogho), Rosyam Nor (Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik filem Puteri Impian), Amy Mastura (pelakon wanita terbaik filem Puteri Impian), Aliah Lee (Pelakon pembantu wanita filem Bara), U-Wei (lakonlayar terbaik filem Jogho), Saari Amri (skor musik terbaik filem Lenjan), Eizlan Yusof (pelakon harapan lelaki terbaik Puteri Impian), Nasha Aziz (Pelakon harapan wanita terbaik filem Perempuan Melayu Terakhir), Ismail Yaakob (sutradara harapan filem Bara)

9. Siti Nurhaliza menang Juara Pertandingan Lagu-Lagu di Shanghai, China.

10. Dayang Nurfaizah muncul dengan album solo pertamanya berjudul Dayang Nurfaizah terbitan NSR Records.

11. Dhalan Zainuddin menjadi artis pertama rakaman Sony Music muncul dengan album yang diterbitkan dalam bentuk CD. Album tersebut berjudul Diam-Diam Rindu.

Jumaat, 18 Disember 2009

Mesej PM



Ruh hijrah bertepatan idea 1Malaysia: PM

Datuk Seri Najib Razak berkata semangat hijrah yang diamalkan dalam Islam sangat bertepatan dengan konsep Gagasan 1Malaysia yang merupakan kesinambungan prakarsa ke arah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Perdana Menteri berkata gagasan yang berteraskan kepada nilai murni yang berpaksikan prinsip keadilan sosial dan prinsip penerimaan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara demi kemakmuran bersama.

Dalam perutusan Maal Hijrah 1431, beliau berkata cabaran paling besar yang dihadapi sepanjang 52 tahun penubuhan Malaysia ialah membentuk perpaduan rakyat, tetapi ironinya ialah, perpaduan boleh dipupuk melebihi sempadan politik demi kepentingan negara.

"Kejayaan ini tidak datang bergolek sebaliknya memerlukan semangat hijrah yang tinggi, kesetiaan dan ketabahan.

"Kita telah melaksanakan agenda penghijrahan dalam bidang ekonomi dengan melakukan penghijrahan ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian.

"Sekarang, kita melaksanakan pula hijrah ke bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi.

"Ini semua bagi menjayakan transformasi ekonomi ke arah memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi secara holistik dan mapan, mengutamakan bidang inovasi dan kekal relevan dalam persaingan ekonomi global," katanya.

Najib berkata masyarakat negara ini harus berhijrah untuk sentiasa berprestasi lebih baik tanpa mengira peranan sama ada mereka pemimpin, kerajaan ataupun rakyat.

"Kita perlu mengurus kejayaan dan membina kekuatan ummah dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang telah dipupuk selama ini.

"Ingatlah lipatan sejarah yang sarat dengan catatan kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai, sehingga Malaysia kini muncul antara negara membangun paling maju, dinamik dan progresif," katanya.

Perdana menteri berkata, formula yang mendasari kejayaan ini adalah faktor perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada konsep 'wasatiyah' (kesederhanaan) dengan menerima kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan.

"Natijahnya, walau apa pun definisi hijrah menurut perspektif kita, yang penting kita tidak boleh berkovensi dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan dan merintis inovasi baru," katanya.

Menurut Najib, semua kejayaan itu boleh digapai melalui penghijrahan nilai tambah kepada lebih berinovasi tinggi dan daripada perpaduan sesama kepada perpaduan Satu Ummah.

Perdana menteri bekata bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah', sebuah negara yang maju dan progresif memerlukan ummah yang mempunyai potensi dan sahsiah diri yang utuh dan mapan.

"Khaira ummah dicerna melalui satu ukhuwah yang didasari oleh nilai ketamadunan dan peradaban yang tinggi.

"Keperluan mengamalkan konsep wasatiyah perlu dilaksanakan dalam usaha membangun pembangunan spiritual dan fizikal secara seimbang bagi mempertingkatkan nilai kualiti kekitaan, kepunyaan dan kebersamaan dalam memastikan objektif perpaduan Satu Ummah dapat dicapai dengan lebih berkesan," katanya.

Najib berkata konsep persaudaraan dan perpaduan yang diutuhi oleh Rasulullah pada permulaan hijrah adalah secara holistik tanpa mengira warna kulit, keturunan atau kedudukan.

"Masyarakat di Madinah waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh aman dan harmoni, berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan perpaduan dan mempertahankan Islam sebagai agama, keadilan sosial kepada semua dan melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan beragama Islam di bawah pemerintahan Negara Madinah," katanya. - BERNAMA

Sabtu, 12 Disember 2009

Ke Mana Di Mana








Pelanggan Hard Rock Hotel Penang diutamakan

JIKA bernasib baik, wajah anda boleh bertukar menjadi penyanyi Rock 'n Roll terkenal di dunia, Elvis Presley saat menatap ke arah cermin di dalam bilik air hotel terbaru di Pulau Pinang itu. Sebabnya, ada cermin di dalam bilik itu diganti dengan poster besar penyanyi tersebut.

Apa yang pasti, elemen muzik nyata cukup kuat di sana. Hampir setiap ceruk tidak dibiarkan kosong begitu sahaja. Sebaliknya, ruang-ruang yang ada diletakkan dengan alat muzik atau pakaian yang pernah dipakai oleh pemuzik tersohor ketika membuat persembahan.

Tidak cukup dengan itu, tampalan poster dan ukiran batu ikon-ikon muzik seakan-akan menjadikannya sebuah galeri kepada sesiapa sahaja yang mahu tahu lebih lanjut tentang muzik. Semua hiasan itu nyata membuatkan hotel yang mahu dikenali dengan nama Hard Rock Hotel Penang itu begitu istimewa.

Masuk sahaja ke pintu utamanya, pengunjung dialu-alukan dengan tali-tali lampu seperti candeliar berlogo Hard Rock Hotel yang boleh bertukar-tukar warna. Di sebelah kanan pula, 'berdiri' wajah-wajah tembaga anggota kumpulan Beatles.

Ruang lobinya luas dengan susunan beberapa set sofa yang selesa untuk berehat setelah terpaksa menempuh perjalanan jauh dan memenatkan. Tiada irama mendayu-dayu, sebaliknya telinga dihidangkan dengan pelbagai genre muzik yang pasti membangkitkan nostalgia.

Tidak jauh dari kaunter pendaftaran dan di sebalik kabinet kaca, pengunjung boleh meneliti secara dekat deretan baju artis-artis antarabangsa (saya fikir mungkin dari era 80-an) yang antaranya sarat dengan hiasan manik serta labuci.

Satu dinding bersebelahan lif pula terpampang sekali lagi wajah John Lennon, Ringo Starr, Paul McCartney dan George Harrison. Kali ini, wajah-wajah itu terbentuk daripada susunan batu-batu marmar berwarna ceria.

Mengambil lokasi di Batu Ferringhi, pengunjung boleh menjangkakan percutian yang memuaskan di Hard Rock Hotel Penang. Berehatlah sepuasnya dan tenangkan fikiran apabila dihembus oleh angin laut ketika berjalan di pantainya yang bersih.

"Hard Rock Hotel Penang akan menjadi hotel paling popular di pulau ini. Kami menawarkan resort pantai yang moden dan penuh gaya. Semuanya bagi memberikan pengalaman berharga buat setiap pengunjungnya," kata pengurus besar Hard Rock Hotel Penang, John Primmer.

Bangunan setinggi enam tingkat itu menempatkan 250 buah bilik dan suite yang kebanyakannya berhadapan dengan laut. Struktur dan hiasan dalaman biliknya menerapkan ciri moden sama ada dari segi susun atur perabot, mahupun produk yang digunakannya. Semua bilik dilengkapi dengan televisyen LCD bersaiz 32 inci, pemain DVD, radio kompak dan Internet WiFi.

Kemudahan yang ada juga boleh membuatkan anda tersenyum. Rasai keseronokan dan kelegaan apabila diurut di Rock Spa. Mahu bersenam dan keluarkan peluh, kunjungi sahaja Body Rock yang merupakan sebuah gimnasium lengkap dengan peralatan senaman terkini.

Bebaskan anak-anak untuk berseronok di Lil' Rock Kids dan Teens Club. Bagi yang gemar berparti pula, jangan lupa untuk singgah ke Stylista Coiffure.

Kolam mandi seluas 2,415 meter persegi yang 'melingkari' ruang santai mengadap pantai dan terletak di hadapan beberapa buah bilik pasti dapat memuaskan keinginan mereka yang gemar berenang.

Bosan duduk di dalam bilik? Dengan hanya berjalan kaki selama 20 minit, anda boleh pergi ke kawasan jualan atau deretan gerai yang dibuka hingga larut malam.

Di sana, pengunjung bukan hanya boleh mendapatkan cakera video digital (DVD), malah barangan lain seperti beg tangan berjenama mewah, pakaian dan jam tangan turut dicetak rompak dengan jayanya untuk anda miliki.

Selepas penat berjalan, apa kata hiburkan diri dengan alunan muzik band berpengalaman yang membuat persembahan di Hard Rock Cafe. Saya harus akui bahawa sistem audio yang ada di dalamnya memuaskan, sehinggakan tidak sedar sudah agak lama berada di sana.

Walaupun Hard Rock Cafe dibuka kepada orang luar, namun penghuni hotel tetap diberi keutamaan untuk berhibur. Bagi sesiapa yang gemarkan logo Hard Rock pula, barangan seperti kemeja-T, topi dan banyak lagi boleh didapati pada harga berpatutan. - Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN (ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my)

Info:

Hard Rock Hotel Penang

Batu Ferringhi Beach,

11100 Penang, Malaysia

Tel: +60 4 8811711

Fax: +60 4 8812155


Rabu, 2 Disember 2009

Kilpvideo Kisah Perjuangan Tentera!

Salam. Saya berpeluang berhariraya di rumah pemimpin masyarakat, Haji Kassim Othman, di Jalan AU5C, Ulu Kelang.
Ramai tetamu hadir, kebanyakannya bekas tentera yang pernah berkhidmat dengan Unit Semboyan sama ada di Singapura maupun di beberapa buah daerah panas di negara ini.
Saya sempat merakam temubual dengan beberapa orang pejuang yang kini menikmati pencen dan tidak kurang juga berniaga.
Inilah rakaman suara hati mereka dan kejengkelan terhadap musuh negara iaitu komunis! Tonton dan dengarkan klipvideo ini...

Ahad, 29 November 2009

Ulasan Buku!


Ziarah dan Salam Kumpulan Puisi Terbaik Pena Mutiara
Pengulas: DR.TALIB SAMAT, UPSI (dr.talibsamat@yahoo.com)

PENA MUTIARA atau nama sebenarnya Ahmad Sabky Haji Tahir,penulis kelahiran Kuala Kurau,Perak kini muncul lagi dengan sebuah kumpulan puisi persendirian berjudul Ziarah dan Salam yang diterbitkan oleh penerbit terbaik di Malaysia iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pena Mutiara sebelum ini pernah muncul dengan kumpulan puisi Bunga Desa diterbitkan sewaktu saya bertugas di DBP pada era 1990-an.

Kemunculan kumpulan puisi terbaru Pena Mutiara ini memuatkan 116 buah puisi terbaik penyair ini yang menyentuh pelbagai tema kemanusiaan,keagamaan, kesejarahan,perjuangan memartabatkan bahasa Melayu, kenangan terhadap tokoh penyair yang telah pergi dan para sahabatnya.

Tema-tema keagamaan banyak digarap oleh Pena Mutiara menerusi puisinya seperti “Al-Quran”, “Ya Karim”, “Masjid”””Umrah”,”Ziarah”,”Mengerjakan Haji””Berdakwah””Makkah”,”Madinah” “Depan Baitullah” dan sebagainya yang memperlihatkan kepekaannya terhadap perjuangan memartabatkan agama Islam
di muka bumi ini menerusi media puisi.

Sesuai dengan judul kumpulan puisi ini Ziarah dan Salam,Pena Mutiara memperingatkan kepada kita tentang kepentingan amalan ziarah dan salam khususnya kepada jiran atau sahabat yang sedang sakit.Hal ini ketara dalam petikan puisi “Ziarah dan Salam” iaitu:

Siapa antara kita
pergi menziarahi saudaranya
ataupun jiran tetangga
yang sedang sakit
ikhlas kerana Allah
ada hadis daripada Rasulullah
diriwayatkan oleh Tarmizi
yang bermaksud begini:
“akan Allah tempatkan mereka
di dalam syurga.”(hlm.6)



Dalam beberapa buah puisinya juga mengenangkan kembali ingatan dan nostalgianya terhadap beberapa orang tokoh seniman dan sasterawan yang telah meninggal dunia seperti Tan Sri P.Ramlee dalam puisinya “Tiga Dekad Kau Pergi”,T.Alias Taib dalam puisinya “T.Alias Taib Dalam Kenangan”, Pak Sako dalam puisinya “Namamu Tetap Mewangi”, Usman Awang dalam puisinya ‘Namamu Terus Mewangi(2)”.

Begitu juga kenangan dan pertemuannya dengan penulis Norhisham Mustafa terungkap dalam puisi “Pertemuan” dan nostalgianya terhadap penulis dan wartawan Ibrahim Omar terungkap dalam puisinya “Tanda Ingatan.”






Begitu juga pesanan dan ingatannya kepada anak tunggalnya, Hanis Fatini agar menghadapi hidup ini dengan tabah,hati-hati dan waspada dalam menghadapi kerenah manusia terungkap dalam puisi “Pesanan(2)”, “Pesanan Kepada Hanis Fatini”, “Hanis Fatini”, “Hanis Fatini(2)” dan “Hanis Fatini(3). Daya kreativiti

penyair yang tersendiri menyebabkan pemerhatiannya terhadap anaknya sendiri mencetuskan ilham menulis beberapa buah puisi .

Tema keagamaan yang dikupas dan disentuh oleh Pena Mutiara tentang amalan berziarah,salam,umrah,haji, berdakwah, mengikhlaskan diri dalam persahabatan, berbuat baik sesama jiran dan umat manusia begitu ketara dalam puisi-puisinya.

Pena Mutiara yang juga penulis rencana-rencana agama di pelbagai akhbar dan majalah tempatan memang cukup intim dalam penulisan puisi berunsur lslam.

Penglibatan beliau sebagai travel agent yang menguruskan ibadat umrah dan haji tidak sedikit ditumpahkan dalam puisi-puisinya tentang ibadat haji dan umrah.Bukan sesuatu yang mustahil judul kumpulan puisi ini juga diangkat daripada penglibatan beliau dalam kerjaya tersebut.

Saya juga mencadangkan agar kumpulan puisi ini dibaca oleh para jemaah haji dan umrah yang berangkat ke Makkah pada setiap kali.Saya yakin mereka akan mendapat tambahan dan nilai tambah pengalaman rohani sesudah membaca kumpulan puisi ini.

Di samping itu, keprihatinannya terhadap perjuangan memartabatkan bahasa Melayu ketara dalam puisinya “Bahasaku” yang antara lain berbunyi:

Bahasaku
terus unggul dan maju
gagah merentas waktu
menolak segala angkara seteru
yang ingin mengharu-biru (hlm.36)

Pena Mutiara juga prihatin dengan perjuangan tokoh-tokoh Islam yang berjuang menegakkan hidup yang sederhana dan zuhud seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz (hlm.114) dan Ibrahim bin Adham.(hlm.112-113) yang boleh menjadi contoh teladan umat lslam masa kini dan akan datang.

Penyair yang berkemampuan menulis cerpen ini juga menyorot pemikiran pembaca tentang pentingnya menghadapi saat tua dan kematian serta bersiap sedia menghadapinya dengan amalan suci dan mulia.Hal ini ketara dalam beberapa buah puisinya seperti “Usia”, “Usia Muda”, “Senja”,”Senja Kian Dekat Masa Kian Singkat”, “Hari Tua” dan “Hari Tua(2).

Membaca kumpulan puisi Ziarah dan Salam karya Pena Mutiara kita akan menemui kepuasan rohani yang tersendiri kerana saratnya pesanan,peringatan dan mutiara pemikirannya yang berunsur keagamaan sebagai renungan dan panduan hidup manusia sama ada lslam atau bukan lslam.

Kesimpulannya,kumpulan puisi Ziarah dan Salam karya Pena Mutiara bermanfaat dibaca oleh semua peringkat pembaca dan wajar dimiliki oleh rakyat Malaysia.Mereka wajar menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup dan perlu memilih buku-buku berkualiti untuk dibaca.

Di antaranya pilih dan bacalah buku puisi Ziarah dan Salam karya Pena Mutiara penyair kelahiran Kuala Kurau, Perak dan kini menetap di Taman Keramat Permai,Kuala Lumpur.

Judul Buku : Ziarah dan Salam(kumpulan puisi)
Pengarang : Pena Mutiara
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka(2009)
Harga : RM12.00

Ahad, 11 Oktober 2009

Sekitar PC Konsert Malam Kenangan BDB di Studio Cafe

























































Suasana PC Konsert Malam Kenangan Black Dog Bone (BDB) yang diadakan di Studio Cafe, Setiawangsa, petang Sabtu lalu.
Turut hadir empat anggota BDB; Jatt, Hamid, Misron dan James selain Jay Jay dan komposer S Atan.
Lihatkan apa yang berlakus epanjang majlis ini adakan sebagai tatapn kepada peminat No 1 Black Dog Bone yang sudah 20 tahun bergelandangan di persada hiburan tanah air. Foto DIN KOREA

Sabtu, 10 Oktober 2009

Live betrsama Pak Long BDB

Jom saksikan persembahan Pak Long BDB iaitu Bro Misron menyampaikan menerusi lagu favorite berjudul Geram. Jom enjoy mendengarkan persembahan BDB di Studio Cafe, petang Sabtu lalu...

Lagi klipvideo BDB

Jom saksikan persembahan live BDB yang dirakam di Studio Cafe, petang Sabru lalu. Lagu ini disampaikan secara harmoni berjudul Joget Bunga Melur, Selamat berjoget...

Santai Bersama BDB di Studio Cafe

Klipvideo lagu Bila Rindu dirakam secara langsung dan santai selepas PC Konsert Malam Kenangan BDB di Studio Cafe, petang Sabtu 10 Oktober lalu.

PC Konsert Black Dog Bone di Studio Cafe

...PC Konsert Malam Kenangan BDB janji kelainan PEMINAT TUNGGU DI TIGA KOTA SELEPAS sidang akhbar Malam Kenangan Black Dog Bone (BDB) di Studio Cafe Setiawangsa, petang Sabtu lalu, empat pemuzik kumpulan ini; bro Jatt, Hamid, Misron dan James tidak lupa menghibur tetamu dengan persembahan live menerusi tiga buah lagu. Tiga lagu itu ialah Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu, Joget Bunga Melur dan Geram. Persembahan Jatt, Hamid, Misron diiringi kumpulan Black & Wak Long (ASWARA) dengan turut mendapat sentuhan tiupan krinet oleh bro James. Walaupun tanpa dua lagi anggotanya, Ishhar dan Michael, PC ini berjalan dengan sempurna dan bos penganjuran konsert ini, Offshore Entertainment Production (OEP) iaitu Puan Hani Arjob, berjanji persembahan Malam kenangan Kumpulan BDB akan dibawa ke tiga kota, ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching. "Doakan kejayaan konsert mereka di JB nanti," kata Puan Hani yang turut hadiri bersama staf OEP, Sdr Anis. Menurut Puan Hani lagi, pada malam konsert itu nanti komposer S Atan bertindak sebagai konduktor orkestra yang bakal mengiringi 26 lagu siulan peminat BDB. Selain BDB, penonton juga akan dihiburkan oleh penghibur yang juga vokalis kumpulan Carefree, bro Jay Jay. Jay Jay juga akan membariskan lagu-lagu pujaan peminat Carefree selain single terbarunya, yang dijangka mampu menghangatkan sambutan peminat pada malam tersebut. Saksikan konsert Malam Kenangan BDB dengan artis undangan Jay Jay di Pusat Konvensyen Persada Johor pada 31 Oktober ini, bermula jam 8.30 malam. Maklumat lanjut atau tempahan tiket untuk menyaksikan konsert ini, hubungi Rasamusic dengan menghubungi FIDA 019-6699427 dan JURIA 013-2633938. Tapi sebelum itu, saksikan gelagat pemuzik BDB yang sempat dirakam pada petang PC lalu di pentas mini Studio Cafe milik Zahid AF2. Selamat menonton...

Selasa, 6 Oktober 2009

Imbas & Peristiwa
































































Salam.
Sebelum Syawal kru DJ KLfm mengadakan program Ziarah Ramadan ke Rumah Perlindungan Titian kaseh di Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur. lalu terakamlah peristiwa yang dapat mengimbas kembali detik manis penuh sedar apa yang dihadapi oleh penghuni rumah yang menempatkan lebih 80 orang dari warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan OKU.
Semoga Kak Pah, pengasas Rumah Titian Kaseh terus mendapat rezeki yang melimpah dari Allah SWT.

Ahad, 4 Oktober 2009

Rumah Perlindungan Penjagaan Titian Kaseh Rayu Bantuan

Keterangan gambar: DJ Remy menggunakan bandi menahan air bocor

Keterangan gambar: DJ Remy menunjukan dari mana air bocor muncul...



keterangan gambar: lawatan bahagian dapur menemui ibu tunggal yang sibuk menyediakan makanan untuk masjid sebagai sebahagian sumber pendapatan Rumah Titian kasih.

keterangan gambar: seorang anak yatim menjalankan tanggungjawab membersihkan longkang...






keterangan gambar: inilah bangunan Rumah Titian Kasih yang menempatkan ibun tungal, warga emas dan anak yatim yang kini menghadapi masalah apabila pemilik rumah mahu menjual rumah tersebut.


















Salam sejahtera.
Rumah Titian Kasih ditubuhkan pada tahun 1988 adalah sebuah rumah yang memberi perlindungan kepada ibu2 tunggal dan anak yatim. Rumah Titian Kasih ini terletak berhampiran Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Penghuni di sini menjalani kehidupan tanpa kasih sayang suami dan bapa.
Rumah Titian Kaseh (RTK) kini menghadapi masalah tempat tinggal. Hal ini kerana tuan rumah yang dihuni oleh warga RTK ingin menjual rumah tersebut. Oleh yang demikian, ibu tunggal, anak-anak yatim dan miskin, OKU dan warga emas yang tinggal di RTK bakal kehilangan tempat tinggal dan tempat berteduh mereka ini. Kami menyeru kepada orang ramai diluar sana untuk menyalurkan bantuan dari segi kewangan demi mendapatkan rumah tersebut.
Rumah kebajikan ini mempunyai kelainan sedikit dari rumah kebajikan atau rumah anak yatim yang lain. Ibu tunggal yang tinggal di sini biasanya akan berniaga sebagai income untuk Rumah Titian Kaseh ini. Anak-anak yatim di sini pula terdiri daripada perpecahan rumah tangga, sumbang mahram, dan lain-lain yang disebabkan dari kerakusan nafsu serakah.
Maka OKU di sini pula kebanyakannya yang mempunyai masalah mental, seperti schizophernia. Saya kagumi ketabahan MakPah menjaga Rumah Titian Kaseh ini.Kini mereka berhadapan dengan masalah tempat tinggal, kerana rumah yang disewa ini bakal diambil kembali dari Tuan tanah.
MakPah (pengasas RTK) merancang untuk membeli terus atau mengharapkan kepada individu atau korporat yang dapat membeli rumah perlindungan RTK ini untuk masa depan warga RTK. Semoga usaha membantu ini dapat dijadikan saham akhirat yang cukup bermakna, insyaAllah.
Anda boleh dapatkan butiran serta jumlah kos dari MakPah sendiri di 019 - 6455769 atau 03-40255246.
Sekiranya anda mempunyai ruang waktu, berkunjunglaj ke Rumah Titian Kasih (Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak Yatim) di alamat 62A-2, Lorong Maran, Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur

Beberapa hari sebelum Syawal 1430

Salam sejehtera...
Ini yang sempat dirakam untuk siaran dalam akhbar Minggguan Warta Perdana edisi Aidilfitri yang baru lalu. Pasukan editorial bersama staf MKSB.
Foto ini dirakam oleh Sdr Ramlee Rahman Pengarang Majalah Wawancara menggunakan kamera Nikon D5000. Lokasinya di ruang tamu Pejabat Edaran MKSB Sdn Bhd.
Semoga berjumpa lagi dengan sesifoto hari raya, insyallah pada tahun depan!
Kelihatan dalam gambar, duduk barisan depan dari kiri ialah Puan Suhaila (Editorial), Encik Saad (Editorial), Ustaz Husni Tan Sri Asri Muda (Pegawai Agama), Encik Zulkifli Wahab (Pengarah Urusan MKSB), Puan Zuraidah Abdul Halim (Editorial) dan Puan Wan Ila (Editorial).
Berdiri di belakang dari kiri, Encik Wahab Ibrahim (MKSB), Zainizaa (Editorial), Sdr Eddy (Editorial), Sdr Bob (Editorial), Sdr M Rozi Hassan (Editorial), Puan Yanti (MKSB), Puan Shaliza Abdul Saen (MKSB) dan Sdr Ramlee Rahman, pengarang Majalah Wawancara.

Ahad, 27 September 2009

Dalam satu perjalanan di hari raya

Keterangan gambar: antara labu hiasan yang diubahsuai menjadi lampu tidur yang unik. puan Yushaliza Hj Md Yusof menunjukan lampu tidur yang dihasilkan dari bentuk asal labu hiasan oleh artis Yusja Kraf. Ia menarik dan pikat ramai pengunjung ke kios no. 2 di R&R Sungai Perak


Salam. Sewaktu pulang dari kampung selepas beraya di rumah mak di kampung changkat gehor padang rengas, perak kami sempat berhenti rihat dan sarapan di r&r sungai perak.
Antara kios jualan yang terdapat di sini ialah Yusja Kraf di nombor 2 Kawasan Rehat dan Rawat Dataran Sungai Perak Arah Selatan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kuala Kangsar, Perak. Barangan kraftangan yang dijual seperti labu sayong, barangan besi (golok, parang, dan sebagainya), barangan rotan dan paling menarik ialah labu hiasan yang diubahsuai menjadi lampu tidur yang unik. harganya tak mahal sekitar RM48 hingga RM68 seunit dan sangat mendapat sambutan orang ramai.
Menurut pengurus muda yang mengendalikan bisnes cenderahati ini, Yushaliza binti Hj Md Yusof, berkata apa yang menjadi daya tarikan kerana kraftangan yang dijual di sini, ialah keunikan rekabentuk dan harganya sangat berpatutan.
"Apa yang penting pelanggan mendapat kepuasan dalam tawar-menawar dengan barangan yang mereka hajati. Selebihnya rekabentuk yang unik seperti labu hiasan yang sesuai dijadikan lampu tidur," katanya lagi.
Sekiranya anda ingin memesan atau menempah kraftangan yang dihasilkan oleh perekabentuk dari Yusja Kraf, hubungi 016-5433882, 014-3043970 atau faksimili 05-7576467

Sabtu, 26 September 2009

Album Raya 1 Syawal 1430




Salam. Inilah yang sempat dirakam semasa sambutan aidilfitri yang lalu di rumah mak mentua di kampung pasir, hulu kelang, pada hari raya pertama.
Album ini turut memuatkan gambar keluarga di kampung changkat gehor, pedang rengas, perak pada hari raya kedua.