Khamis, 31 Disember 2009

Tibanya 2010


Salam sejahtera kepada semua rakan dan sahabat
Selamat menyambut 2010 disusuli gerhana bulan yang diharap dapat dirai kedatangan tahun harimau dengan berani dan melindungi anak genarasi masa depan.
Teringat pantun dari seorang abang yang kini berada di situasi yang menguji minda dan ujianNya.
"Banyak hutan bermacam hutan, Hutan bakau di hujung tanjung, Kalau tuan nak jadi pahlawan, jadilah pahlwan yang disanjung..."
Harapan saya agar dengan alaf 21 akan ceria dengan petunjukNya dan rasulNya serta orang beriman.

Jumaat, 25 Disember 2009

Dari Lipatan Sejarah Negara





Apa yang berlaku sepanjang 30 tahun hingga 2009

“LIPATAN sejarah negara sentiasa segar dengan berbagai peristiwa terjadi. Sejak 30 tahun lalu, negara mencatat kenangan manis yang dapat dibanggakan hingga ke anak cucu. Antaranya yang di anggap paling menarik…”


Peristiwa menarik pada 2009

Perdana Menteri Malaysia Ke-6

YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam pada 3 April sekaligus melancarkan Kempen 1Malaysia.

Peristiwa menarik pada 1999

Penyelidikan di Antartika

Empat orang anak Malaysia telah menjadi saintis pertama di dunia yang berjaya mengumpul sampel bahan organik dan bukan organik di utara Antartika pada Oktober 1999. Mereka menjalankan penyelidikan mengenai perbandingan pencemaran udara di Antartika dan kajian lapisan udara permukaan benua tersebut memandangkan kawasan tersebut mempunyai atmosfera paling bersih berbanding dengan tempat yang dipenghuni oleh manusia di dunia ini. Antara mereka yang terlibat adalah Prof Madya Dr Azizan Abu Samah, Prof Madya Dr Nik Mariam Sulaiman, Prof Madya Dr Nor Saadah Abdu Rahman dan Prof Madya Dr Mohd Radzi Abas.

Peristiwa menarik pada 1989

Tiang bendera tertinggi di dunia

Perasmian tiang bendera Malaysia setinggi 100 meter (300 kaki) di Dataran Merdeka pada Julai 1989. Tiang yang tertinggi di dunia ini mengibarkan bendera sebesar 10.62 meter (30 kaki) lebar dan 21.34 meter panjang (70 kaki).

Peristiwa menarik pada 1979

Lahirnya sebutir bintang

Penyanyi kini bergelar datuk, Siti Nurhaliza Taruddin dilahirkan pada 11 Januari

Isnin, 21 Disember 2009

Info Dunia Malaysia


10 TAHUN LALU…
Peristiwa menarik sepanjang 1999


TABIR 2010 bakal menjelma beberapa hari lagi, meninggalkan deretan peristiwa pahit dan manis yang berlaku sepanjang 2009. Sebelum meninggalkan 2009, elok kita imbas kembali pelbagai peristiwa menarik yang meninggalkan kita 10 tahun lalu.

Apa yang berlaku sepuluh tahun lalu, disiarkam di bawah ini. Selamat datang Tahun 2010 yang juga mempunyai berbagai peristiwa berlaku sepuluh tahun lalu...

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad lancar duit syiling emas peringatan 2009 sempena kedatangan alaf baru yang mempunyai nilai muka RM500 setiap satu.

2. Rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo, Datuk Azhar Mansor. Beliau mula belayar 2 Februari 1999, sejauh 40,000km selama 190 hari. Beliau juga merupakan pelayar pertama menggunakan laluan Timur-Barat.

3. Penjelajahan Kutub Utara – 2 orang adik beradik, Justin Maurice Read dan Gerald Malcolm. Read merupakan anak Malaysia pertama menjejakkan kaki ke Kutub Utara. Mereka tiba pada 19 April 1999 setelah berjalan sejauh 111km pada suhu -10 hingga -30 darjah celcius di bawah paras beku.

4. Penerjunan dari Menara Kuala Lumpur - Dua penerjun tempatan, Leftenan (B) A Aziz Ahmad dan Kapten (B) Abdul Rahmat Omar, mencatat sejarah apabila menjadi kumpulan pertama melakukan penerjunan Base dari ketinggian 300 meter di Menara Kuala Lumpur, pada 4 Oktober 1999.

5. Litar Antarabangsa Sepang - Pada 15 - 17 Oktober 1999, Malaysia buat kali pertama telah menganjurkan acara paling berprestij dalam sukan lumba motor iaitu Kejohanan Dunia Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang.

6. Penyelidikan di Antartika – Empat anak Malaysia jadi saintis pertama dunia berjaya mengumpul sampel bahan organik dan bukan organik di utara Antartika pada Oktober 1999.

Mereka menjalankan penyelidikan mengenai perbandingan pencemaran udara di Antartika dan kajian lapisan udara permukaan benua tersebut memandangkan kawasan tersebut mempunyai atmosfera paling bersih berbanding dengan tempat yang dipenghuni oleh manusia di dunia ini.

Antara yang terlibat adalah Prof Madya Dr Azizan Abu Samah, Prof Madya Dr Nik Mariam Sulaiman, Prof Madya Dr Nor saadah Abdu Rahman dan Prof Madya Dr Mohd Radzi Abas.

7. Rosyam Nor, pelakon filem Lenjan menang anugerah Best Supporting Actor di 44th Asia Pacific Film Festival di Bangkok, Thailand, pada 21 hingga 27 November 1999. Inilah trofi tunggal dimenangi negara dalam festival ini.

8. Festival Filem Malaysia (FFM) ke-14 di Hotyel Syuen, Ipoh, Perak pada 5 November 1999. Anugerah Panca Delima menjadi milik Jogho sebagai filem terbaik, U-Wei (sutradara terbaik), Khalid Salleh (pelakon lelaki terbaik filem Jogho), Rosyam Nor (Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik filem Puteri Impian), Amy Mastura (pelakon wanita terbaik filem Puteri Impian), Aliah Lee (Pelakon pembantu wanita filem Bara), U-Wei (lakonlayar terbaik filem Jogho), Saari Amri (skor musik terbaik filem Lenjan), Eizlan Yusof (pelakon harapan lelaki terbaik Puteri Impian), Nasha Aziz (Pelakon harapan wanita terbaik filem Perempuan Melayu Terakhir), Ismail Yaakob (sutradara harapan filem Bara)

9. Siti Nurhaliza menang Juara Pertandingan Lagu-Lagu di Shanghai, China.

10. Dayang Nurfaizah muncul dengan album solo pertamanya berjudul Dayang Nurfaizah terbitan NSR Records.

11. Dhalan Zainuddin menjadi artis pertama rakaman Sony Music muncul dengan album yang diterbitkan dalam bentuk CD. Album tersebut berjudul Diam-Diam Rindu.

Jumaat, 18 Disember 2009

Mesej PM



Ruh hijrah bertepatan idea 1Malaysia: PM

Datuk Seri Najib Razak berkata semangat hijrah yang diamalkan dalam Islam sangat bertepatan dengan konsep Gagasan 1Malaysia yang merupakan kesinambungan prakarsa ke arah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Perdana Menteri berkata gagasan yang berteraskan kepada nilai murni yang berpaksikan prinsip keadilan sosial dan prinsip penerimaan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara demi kemakmuran bersama.

Dalam perutusan Maal Hijrah 1431, beliau berkata cabaran paling besar yang dihadapi sepanjang 52 tahun penubuhan Malaysia ialah membentuk perpaduan rakyat, tetapi ironinya ialah, perpaduan boleh dipupuk melebihi sempadan politik demi kepentingan negara.

"Kejayaan ini tidak datang bergolek sebaliknya memerlukan semangat hijrah yang tinggi, kesetiaan dan ketabahan.

"Kita telah melaksanakan agenda penghijrahan dalam bidang ekonomi dengan melakukan penghijrahan ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian.

"Sekarang, kita melaksanakan pula hijrah ke bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi.

"Ini semua bagi menjayakan transformasi ekonomi ke arah memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi secara holistik dan mapan, mengutamakan bidang inovasi dan kekal relevan dalam persaingan ekonomi global," katanya.

Najib berkata masyarakat negara ini harus berhijrah untuk sentiasa berprestasi lebih baik tanpa mengira peranan sama ada mereka pemimpin, kerajaan ataupun rakyat.

"Kita perlu mengurus kejayaan dan membina kekuatan ummah dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang telah dipupuk selama ini.

"Ingatlah lipatan sejarah yang sarat dengan catatan kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai, sehingga Malaysia kini muncul antara negara membangun paling maju, dinamik dan progresif," katanya.

Perdana menteri berkata, formula yang mendasari kejayaan ini adalah faktor perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada konsep 'wasatiyah' (kesederhanaan) dengan menerima kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan.

"Natijahnya, walau apa pun definisi hijrah menurut perspektif kita, yang penting kita tidak boleh berkovensi dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan dan merintis inovasi baru," katanya.

Menurut Najib, semua kejayaan itu boleh digapai melalui penghijrahan nilai tambah kepada lebih berinovasi tinggi dan daripada perpaduan sesama kepada perpaduan Satu Ummah.

Perdana menteri bekata bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah', sebuah negara yang maju dan progresif memerlukan ummah yang mempunyai potensi dan sahsiah diri yang utuh dan mapan.

"Khaira ummah dicerna melalui satu ukhuwah yang didasari oleh nilai ketamadunan dan peradaban yang tinggi.

"Keperluan mengamalkan konsep wasatiyah perlu dilaksanakan dalam usaha membangun pembangunan spiritual dan fizikal secara seimbang bagi mempertingkatkan nilai kualiti kekitaan, kepunyaan dan kebersamaan dalam memastikan objektif perpaduan Satu Ummah dapat dicapai dengan lebih berkesan," katanya.

Najib berkata konsep persaudaraan dan perpaduan yang diutuhi oleh Rasulullah pada permulaan hijrah adalah secara holistik tanpa mengira warna kulit, keturunan atau kedudukan.

"Masyarakat di Madinah waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh aman dan harmoni, berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan perpaduan dan mempertahankan Islam sebagai agama, keadilan sosial kepada semua dan melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan beragama Islam di bawah pemerintahan Negara Madinah," katanya. - BERNAMA

Sabtu, 12 Disember 2009

Ke Mana Di Mana








Pelanggan Hard Rock Hotel Penang diutamakan

JIKA bernasib baik, wajah anda boleh bertukar menjadi penyanyi Rock 'n Roll terkenal di dunia, Elvis Presley saat menatap ke arah cermin di dalam bilik air hotel terbaru di Pulau Pinang itu. Sebabnya, ada cermin di dalam bilik itu diganti dengan poster besar penyanyi tersebut.

Apa yang pasti, elemen muzik nyata cukup kuat di sana. Hampir setiap ceruk tidak dibiarkan kosong begitu sahaja. Sebaliknya, ruang-ruang yang ada diletakkan dengan alat muzik atau pakaian yang pernah dipakai oleh pemuzik tersohor ketika membuat persembahan.

Tidak cukup dengan itu, tampalan poster dan ukiran batu ikon-ikon muzik seakan-akan menjadikannya sebuah galeri kepada sesiapa sahaja yang mahu tahu lebih lanjut tentang muzik. Semua hiasan itu nyata membuatkan hotel yang mahu dikenali dengan nama Hard Rock Hotel Penang itu begitu istimewa.

Masuk sahaja ke pintu utamanya, pengunjung dialu-alukan dengan tali-tali lampu seperti candeliar berlogo Hard Rock Hotel yang boleh bertukar-tukar warna. Di sebelah kanan pula, 'berdiri' wajah-wajah tembaga anggota kumpulan Beatles.

Ruang lobinya luas dengan susunan beberapa set sofa yang selesa untuk berehat setelah terpaksa menempuh perjalanan jauh dan memenatkan. Tiada irama mendayu-dayu, sebaliknya telinga dihidangkan dengan pelbagai genre muzik yang pasti membangkitkan nostalgia.

Tidak jauh dari kaunter pendaftaran dan di sebalik kabinet kaca, pengunjung boleh meneliti secara dekat deretan baju artis-artis antarabangsa (saya fikir mungkin dari era 80-an) yang antaranya sarat dengan hiasan manik serta labuci.

Satu dinding bersebelahan lif pula terpampang sekali lagi wajah John Lennon, Ringo Starr, Paul McCartney dan George Harrison. Kali ini, wajah-wajah itu terbentuk daripada susunan batu-batu marmar berwarna ceria.

Mengambil lokasi di Batu Ferringhi, pengunjung boleh menjangkakan percutian yang memuaskan di Hard Rock Hotel Penang. Berehatlah sepuasnya dan tenangkan fikiran apabila dihembus oleh angin laut ketika berjalan di pantainya yang bersih.

"Hard Rock Hotel Penang akan menjadi hotel paling popular di pulau ini. Kami menawarkan resort pantai yang moden dan penuh gaya. Semuanya bagi memberikan pengalaman berharga buat setiap pengunjungnya," kata pengurus besar Hard Rock Hotel Penang, John Primmer.

Bangunan setinggi enam tingkat itu menempatkan 250 buah bilik dan suite yang kebanyakannya berhadapan dengan laut. Struktur dan hiasan dalaman biliknya menerapkan ciri moden sama ada dari segi susun atur perabot, mahupun produk yang digunakannya. Semua bilik dilengkapi dengan televisyen LCD bersaiz 32 inci, pemain DVD, radio kompak dan Internet WiFi.

Kemudahan yang ada juga boleh membuatkan anda tersenyum. Rasai keseronokan dan kelegaan apabila diurut di Rock Spa. Mahu bersenam dan keluarkan peluh, kunjungi sahaja Body Rock yang merupakan sebuah gimnasium lengkap dengan peralatan senaman terkini.

Bebaskan anak-anak untuk berseronok di Lil' Rock Kids dan Teens Club. Bagi yang gemar berparti pula, jangan lupa untuk singgah ke Stylista Coiffure.

Kolam mandi seluas 2,415 meter persegi yang 'melingkari' ruang santai mengadap pantai dan terletak di hadapan beberapa buah bilik pasti dapat memuaskan keinginan mereka yang gemar berenang.

Bosan duduk di dalam bilik? Dengan hanya berjalan kaki selama 20 minit, anda boleh pergi ke kawasan jualan atau deretan gerai yang dibuka hingga larut malam.

Di sana, pengunjung bukan hanya boleh mendapatkan cakera video digital (DVD), malah barangan lain seperti beg tangan berjenama mewah, pakaian dan jam tangan turut dicetak rompak dengan jayanya untuk anda miliki.

Selepas penat berjalan, apa kata hiburkan diri dengan alunan muzik band berpengalaman yang membuat persembahan di Hard Rock Cafe. Saya harus akui bahawa sistem audio yang ada di dalamnya memuaskan, sehinggakan tidak sedar sudah agak lama berada di sana.

Walaupun Hard Rock Cafe dibuka kepada orang luar, namun penghuni hotel tetap diberi keutamaan untuk berhibur. Bagi sesiapa yang gemarkan logo Hard Rock pula, barangan seperti kemeja-T, topi dan banyak lagi boleh didapati pada harga berpatutan. - Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN (ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my)

Info:

Hard Rock Hotel Penang

Batu Ferringhi Beach,

11100 Penang, Malaysia

Tel: +60 4 8811711

Fax: +60 4 8812155


Rabu, 2 Disember 2009

Kilpvideo Kisah Perjuangan Tentera!

Salam. Saya berpeluang berhariraya di rumah pemimpin masyarakat, Haji Kassim Othman, di Jalan AU5C, Ulu Kelang.
Ramai tetamu hadir, kebanyakannya bekas tentera yang pernah berkhidmat dengan Unit Semboyan sama ada di Singapura maupun di beberapa buah daerah panas di negara ini.
Saya sempat merakam temubual dengan beberapa orang pejuang yang kini menikmati pencen dan tidak kurang juga berniaga.
Inilah rakaman suara hati mereka dan kejengkelan terhadap musuh negara iaitu komunis! Tonton dan dengarkan klipvideo ini...
video video