Selasa, 5 Januari 2010

Misteri Nombor 3


Salam sejahtera.

Bagi pakar metametik nombor tiga, kurang menarik kerana kedudukannya di bawah nombor 1 dan 2.

Mereka meramalkan tahun ini, 2010 pencapaian dalam berbagai aspek tidak berada di situasi cemerlang.

Hitungan mereka, 2 + 0 + 1 + 0 = 3 yang menggambarkan nombor 3 adalah kemunculan tidak diharapkan.

Teringat kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi filem Masam Masam manis - No Class, yang menyifatkan wanita bekerja sebagai penyanyi kelab malam, rendah martabatnya.

Pun begitu, Allahyarham gemar memilih nombor 3 di dalam filem arahannya seperti Madu Tiga atau Tiga Abdul! Mungkin angka 3 begitu mesra di dalam karyanya!

Begitu juga dengan penampilan tiga pemuda di dalam filem berjudul Bujang Lapuk dan DoReMi, tetapi akhirnya berjaya dalam misi mereka.

Apakah misterinya nombor 3 kepada dunia hari ini? Jawapannya ialah keganjilan! Sifat ganjil ini jika dikupas sangat menarik. Dan apakah keanehan akan berlaku di pentas kehidupan manusia pada Tahun Harimau ini dari sudut pandangan masyarakat Cina?

Malah terdapat kursus sains metafizik mengenai pro dan kontra rahsia tarikh lahir yang dianjurkan ramai pakar motivasi, termasuk Datuk Dr Fadzikah Kamsah dengan bayaran yang ditetapkan.

Menurut kajian, mereka yang lahir pada bulan Mac, mempunyai sifat seperti berpersonaliti menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang muzik kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.

Selain itu mereka yang lahir pada tanggal 3 mempunyai elemen seperti sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur dan ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

Jadi apa yang jelas nombor 3 adalah angka ganjil yang membawa beribu makna tersirat termasuk ada kaitan dengan ramalan bahawa Perang Dunia Ke-3 akan meletus!

Namun Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi, dan apa yang manusia sembunyikan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan