Ahad, 5hb Julai 2009
Lokasi: Pangsapuri Subang Impian.
Waktu: 21.55 malam
Salam sejahtera.
JULAI ini usiaku sudah mencecah 47 tahun 35 hari. Apa yang ingin kucatatkan dalam blog ini ialah perjalanan yang telah kutempuh sepanjang usia ini. Berbagai yang kuhadapi dan dirasai. Semuanya, memberi penjelasan dan jawapan yang kucari. Tiada yang tersembunyi melain terang dan nyata.
Segala puji hanya milikNya kerana ampunan dan penyayangnya, aku berada bersama keluarga tersayang menikmati hari-hari yang dilalui dengan nikmatNya. Maha suciNya yang memberi apa yang sebelum ini tidak mampu kumiliki.
Iaitu cahaya yang menunjuki aku sekeluarga menuju ke jalan kembali kepadaNya. Tanpa petunjukNya pasti aku sekeluarga tersesat dan meraba-raba mencari jalan pulang. Mudah-mudahan Allah tetapkan perjalanan ku sekeluarga sehingga selama-lamanya.
Bangsaku, orang Melayu majoritinya didapati menyembah Islam, iaitu agama nenek moyang yang menganjurkan sembahyang 5 kali sehari, mengucap dua kalimah syahadah, puasa sebulan, menunai haji dan segala macama bentuk penyembahan.
Mereka berkata Islam di bawa oleh Nabi Muhammad sejak dahulu lahi dari tanah Arab. Jadi kena ikut dan akur tanpa membantah!
Walhal agama yang sebenarnya wajar ditaati, diikuti ialah agama Allah yang dibawa oleh para nabi dan rasul.
Itulah yang apa kufahami bahawa Islam bukanlah agama yang Allah suruh patuhi tetapi agama yang sama tarafnya dengan agama lain dimuka bumi seperti Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya iaitu agama yang menyembah bumi! Islam ialah agama nenek moyang yang berlandaskan akal yang sempit, mentaati ulamak, hadis bukan dari wahyu Allah!
Agama Allah adalah bersih turun dari langit, iaitu tempat yang tinggi. Tidak tercemar dengan segala bentuk penyambahan! Wahyu yang dibawa turun oleh malaikat Jabrail yang sangat taat lagi kuat dan membenarkan segala yang diperintahkan Allah kepada hamba-hambaNya yang mendapat keredhaan dan kasih sayangNya.
Aku menjadi saksi kepada kaum bangsaku yang lalai dan sudah tergelincir dari landasan jalanNya. Mereka menyangka, sudah beriman dan mengikuti Allah sedang realitinya mereka menjadi kaum yang ditenggelamkan oleh kesesatan dan kegelapan.
Mereka kini berada di alam terumbang-ambing. Mereka lupa dan lalai. Mereka menyangka Islam adalah agama sebenarnya yang diturun Allah dan menganggap muhamad adalah nabi dan rasul terakhir.
Sebenarnya, rasul demi rasul iaitu para utusanNya diutus dimuka bumi. Tetapi kebanyakan manusia menolak dan lebih yakin tiada lagi rasul. Hanya Muhammad sahaja yang terakhir. Tiada lagi selepas ini!
Kekuasaan Allah meliputi langit dan bumi. Dia maha kuasa mengutus para rasul sejak dahulu, kini dan di masa akan datang! Maha suci Allah memberi tahu kami sekeluarga tentang hal-hal yang ghaib!
Salam, jumpa lagi…
Jumaat, 21 November 2008
Lokasi: Restoran Sayed, AU Taman Permata
Salam sejahtera. Seperti dirancangkan saya bertemu dengan Zul di Sayed dan sepuluh minit kemudian, muncul pula Suhaimi menunggang basikal.
Alhamdulillah dapat berkumpul dengan dengan Zul dan Suhaimi lalu berceritakan pelbagai kejadian yang berlaku disekeliling. Terutama masyarakat Melayu hari ini yang telah tertipu sejak ribuan tahun dengan fahaman nenek moyang - sembahyang jumaat yang dikaitkan dengan Jumu’ah (surah 62).
Antaranya yang berlaku, makan dulu sebelum sembahyang, berselipar sedangkan berpakaian pejabat, merokok dan dengar khutbah sekadar syarat aje. Inilah yang berlaku setiap kali sembahyah beramai-ramai pada hari jumaat di seluruh dunia. Walhalnya, jauh tersasar dari perintah Allah.
Surah Juma’ah antara lain yang Allah beritahu di dalam ayat kedua mengenai kaum yang buta huruf dan allah utusan rasul membacakan ayat-ayatnya, menscukan mereka, dan mengajar kepada mereka kitab dan hikmah. Dan allah memberi tahu lagi sesungguhnya mereka sebelum ini benar-benar dalam kesesatan.
Sebelum itu kisah Nabi Allah Ibrahim juga turut dibangkitkan. Bagaimana Penghulu segala Nabi ini berjaya membuatkan penduduk yang menyembah selain allah terhenyak dengan jawapan dari soalan yang penduduk tersebut tanyakan kepadanya – tanyalah kepada orang sebelum ini para pemimpin yang mengada-adakan sembahan yang kebanyak orang laku. Jawapan yang bernas dan berjaya mengalah hujah orang ramai mengenai sembahan mereka selama ini.
Kedatangan Suhaimi menambah teguh jawapan kepada situasi yang sedang berlaku – penduduknya golongan buta huruf sebagaimana ayat ke dua dalam surah Juma’ah sehingga tidak memahami perbezaan antara Juma’ah dan hari Jumaat.
Ini juga dikaitkan dengan pengakuan abang Haji Kahar Ahmad sebagai rasul bagi masyarakat Melayu – masyarakat khasnya orang melayu sukar menerima pengistiharan Haji Abdul Kahar Ahmad sebagai rasul. Ini juga sebahagian dari kejadian buta huruf yang kerana itu lalu allah utus rasul untuk mensucikan, mengajar orang melayu tentang kitab al quran dan hikmahnya kerana orang melayu benar-benar di dalam kesesatan yang yang nyata.
Seperkara lagi Suhaimi menghadapi kemelut untuk berkahwin dengan wanita beragama Kristian yang dicintainya. Ini kerana mengikut amalan agama Shafie kena peluk islam, bersunat dan menyertai kelas agama sebelum bernikah. Suhaimi yang tidak mahu akur dengan peraturan agama nenek moyang enggan membayar denda kalau bernikah di luar negara dan mahu mengikuti Al Quran sebagai landasan termasuk berkahwin dan mempunyai anak-anak yang mempunyai surat beranak.
Persoalan ini masih belum selesai dan menanti hidayah dari allah swt. Insyallah minggu depan ada jawapan yang allah sediakan untuk dilaksanakan.
Jumpa lagi. Salam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan