Apakah pendapat anda mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?
Itulah poll yang disiarkan di dalam portal sesawang MStar.com baru-baru ini. Dan hasil poll tersebut, lebih 83 peratus bersetuju akta ini dihapuskan berbanding peratusan yang kecil memihak kepada setuju dikekalkan.
Namun kata seorang teman, poll yang dijalankan di laman sesawang itu, sukar untuk dijadikan kayu ukur. Dalam lain perkataan, ia tidak boleh dipercayai, lemah serta boleh dilakukan berulang kali dengan hanya sekali klik sahaja oleh seorang individu. Berbanding undian melalui kertas! Itupun ia tetap berhadapan dengan risiko.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaporkan bersetuju untuk mengkaji semula keberkesanan akta ini tetapi tidak bersedia untuk dihapuskan ketika ini.
Tentu ada rasional disebalik kenyataan PM yang wajar rakyat perlu memikirkannya. Namun dari segi kemajuan dan penambahbaikkan, ia bergerak selari dengan hasrat rakyat dari satu fasa ke fasa yang lain.
Begitu juga dengan hasrat pemimpin kerajaan yang mahu rakyat tidak bertindak melulu dan yakin perubahan ini nanti akan tidak mengecewakan semua pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan