Sabtu, 10 Oktober 2009

PC Konsert Black Dog Bone di Studio Cafe

...PC Konsert Malam Kenangan BDB janji kelainan PEMINAT TUNGGU DI TIGA KOTA SELEPAS sidang akhbar Malam Kenangan Black Dog Bone (BDB) di Studio Cafe Setiawangsa, petang Sabtu lalu, empat pemuzik kumpulan ini; bro Jatt, Hamid, Misron dan James tidak lupa menghibur tetamu dengan persembahan live menerusi tiga buah lagu. Tiga lagu itu ialah Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu, Joget Bunga Melur dan Geram. Persembahan Jatt, Hamid, Misron diiringi kumpulan Black & Wak Long (ASWARA) dengan turut mendapat sentuhan tiupan krinet oleh bro James. Walaupun tanpa dua lagi anggotanya, Ishhar dan Michael, PC ini berjalan dengan sempurna dan bos penganjuran konsert ini, Offshore Entertainment Production (OEP) iaitu Puan Hani Arjob, berjanji persembahan Malam kenangan Kumpulan BDB akan dibawa ke tiga kota, ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching. "Doakan kejayaan konsert mereka di JB nanti," kata Puan Hani yang turut hadiri bersama staf OEP, Sdr Anis. Menurut Puan Hani lagi, pada malam konsert itu nanti komposer S Atan bertindak sebagai konduktor orkestra yang bakal mengiringi 26 lagu siulan peminat BDB. Selain BDB, penonton juga akan dihiburkan oleh penghibur yang juga vokalis kumpulan Carefree, bro Jay Jay. Jay Jay juga akan membariskan lagu-lagu pujaan peminat Carefree selain single terbarunya, yang dijangka mampu menghangatkan sambutan peminat pada malam tersebut. Saksikan konsert Malam Kenangan BDB dengan artis undangan Jay Jay di Pusat Konvensyen Persada Johor pada 31 Oktober ini, bermula jam 8.30 malam. Maklumat lanjut atau tempahan tiket untuk menyaksikan konsert ini, hubungi Rasamusic dengan menghubungi FIDA 019-6699427 dan JURIA 013-2633938. Tapi sebelum itu, saksikan gelagat pemuzik BDB yang sempat dirakam pada petang PC lalu di pentas mini Studio Cafe milik Zahid AF2. Selamat menonton...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan