...inilah assigment mengenai filem filem yang ditayangkan di pawagam ketika ini sebagai promosi dan maklumnat kepada penggemar filem tanah air dab dan luar negara. selamat menonton dan berkongsi pengalaman menyaksikan filem terbaru maupun nostalgia filem evergreen menerusi http://ujanglokko.blogspot.com e-mel kami: ujanglokko@gmail.com
Isnin, 18 Oktober 2010
Perhimpunan Agung UMNO 2010 bermula
HARI INI tanggal 19 Oktober 2010, hari Selasa bersamaan 11 Zulkaedah 1431 Hijrah, berlangsung sekali lagi Perhimpunan Agung Umno 2010 dengan majlis perasmian serentak tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
Perasmian akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pukul 8 malam Selasa.
Petang Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno akan menyampaikan amanatnya pada majlis taklimat tertutup pada pukul 3 petang di Dewan Merdeka, PWTC, yang turut dihadiri oleh anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta Ketua-ketua Bahagian.
Perhimpunan Agung kali ini, yang akan berlangsung selama lima hari, melibatkan 4,907 perwakilan.
Sementara itu Forum Antarabangsa 2010 yang julung-julung kali diadakan sempena Perhimpunan Agung kali ini bersambung hari ini dengan dua lagi sesi panel perbincangan dan enam ahli panel menyampaikan pendapat masing-masing mengenai isu-isu antarabangsa.Penutupan forum itu dijadual akan disempurnakan oleh Najib, tengah hari Selasa.
Forum dua hari bertajuk "Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Reliati Baru Politik" itu melibatkan lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara termasuk 63 peserta dari 22 parti politik dari 20 buah negara, 54 peserta dari Kelab Umno Luar Negara serta penganalisis-penganalisis politik.
Semalam, ketika merasmikan pembukaan forum itu, Muhyiddin berkata rakyat malaysia memerlukan akses yang cepat bagi menangani pelbagai cabaran baru.
Turut menyampaikan ucaptama semalam adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mengingatkan kerajaan supaya mendengar pandangan media yang liberal untuk lebih memahami pemikiran semasa orang ramai. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan