Ahad, 19 Disember 2010

Aiskrim, Flash Kamera dan Kongsi Cerita...

Salam Rakan Blogger. Selepas sembilan bertemu kini kembali bersuara muka.
Jika pertemuan pertama di keliling kehijauan dau-daunan dari pohon merimbun kini di ceriakan dengan warna hijau menjalar di dinding dan tiang yang menempatkan Ice Room lokasi pertemuan blogger yang membabitkan Saudara Mazidul dan 20 lagi rakan blogger sekitar KL, Selangor.
Hasilnya, malam Sabtu 18 Disember menjadi bukti pada pertemuan yang disambut riang dan aluan daripada pemilik Ice Room, Datuk Razali Mohd Daud dan isteri, Datin Faridah Kasim.
Sesungguhnya keceriaan pada setiap wajah blogger yang turut datang bersama keluarga sambil berbual dan menikmati pelbagai citarasa 17 ais krim terbaik selain menu lazat yang seadikan pastinya menjadi nostalgia manis sukar dilupakan kepada setiap yang hadir.
Kepada rakan blogger yang hadir seperti The Red Rambutan, Jinkamen, Jard The Great (sekadar menyebut beberapa nama) serta yang baru dikenali seperti Gapisman (Ruslie Sophian) dan AzMask (maaf, sekadar menyebut beberapa nama), semoga terus berkomunikasi setiap hari menerusi blog masing-masing.
Tahniah juga kepada blogger Kak Cik Seroja dan Azieazah yang memenangi baucer makan percuma di Bawal bersama keluarga. Pertemuan yang berakhir tepat jam 12.00 tengah malam menyaksikan Saudara Mazidul mengakhri download entry terbarunya itu, sebelum meninggalkan majlis bersama rakan karibnya, Saudara Shamsul (Onthescene) dengan rasa puas pada wajah…








7 ulasan:

  1. salam tuan,
    hehehe catatan yang menarik dan mantap :)

    BalasPadam
  2. gembira gaks bertemu abg.. x sangka wartawan/jurugambar paper sebegitu ramah dan menulis blog pula...ehehehe

    BalasPadam
  3. Semoga ada lagi pertemuan selepas ini... :)

    BalasPadam
  4. salam abg zaini

    semoga ukhwah kita semua berpanjangan

    BalasPadam
  5. Salam en. zaini zaa..
    seronok jugak dapat bertemu bertentang mata.. walau tidak secara realnya. mintak mahap sebab tak dapat nak berjumpa dekat2 almaklumlah saya tak boleh tinggalkan Adam sihero saya tu.. tu pu kena tinggalkan sekejap aje dah bertanda kat dahi..

    BalasPadam
  6. Salam bro Zaini,

    Saya cukup terharu pada kemesraan rakan2 blogger pada malam itu. Ia adalah satu himpunan yang mantap dan penuh erti. Namun sedikit sayang tak sempat nak kenal semua kerana blogger pompuan yang malu2 kucing hanya berkelompok sesama mereka. Diharap lain kali mereka lebih open dalam himpunan sebegini.

    Apapun himpunan atas usaha bro Mazidul ini satu kejayaan dan patut diteruskan. Cadangan saya awal tahun nanti untuk adakan satu aktiviti camping overnight di Slim River.

    BalasPadam
  7. Slam encik zaini, baru berkesempatan melawat blog encik.

    BalasPadam