Sabtu, 25 Disember 2010

Pertemuan Blogger 3

Felda Residence Hot Springs pilihan pertemuan blogger 2011

JIKA dua pertemuan sebelum ini diadakan di Taman Rimba Komenwell, Rawang dan terbaru di Ice Room, Kota Damansara (kedua-duanya di Selangor Darul Ehsan), mungkin rakan blogger mengharapkan pertemuan kali ketiga nanti dapat dilangsungkan di luar kota, khasnya pada cuti sekolah penggal pertama, Mac ini.

Pandangan ini bukanlah termaktub lagi. Ia sekadar misi dan memerlukan komitmen 100 peratus daripada semua blogger terutama saudara Mazidul Akmal Sidik, selaku pengasas kepada pertemuan seumpama ini.

Apa yang pastinya saudara Sdr Mazidul mempunyai rancangan bagi pertemuan Ke-3.

Cuma yang saya uar-uarkan ini tidak lain sekadar angan-angan. Saya berpendapat FELDA Residence Hot Springs yang terletak di Sungai Klah, Sungkai, Perak, sangat sesuai menjadi lokasinya.

Ini kerana selain sebagai lokasi pilihan ramai ia sangat sesuai menjalankan aktiviti kekeluargaan dan reunion.

Dengan cara ini para blogger mendapat ruang komunikasi lebih panjang dan mampu melebarkan semangat ukhuwah, apatah lagi jika dapat bermalam di sini (memilih villa atau hotel sebagai tempat penginapan).

Bercerita tentang Felda Residence Hotsprings Resort Sungkai (saudara Mazidul tentu lebih arif sebab beliau anak jati kelahiran Sungai Bil, Slim Rivers, Perak) kawasannya terbentang luas menghijau di kaki Banjaran Titiwangsa.

Hanya mengambil masa sejam tiga puluh minit (1jam 30minit) memandu secara berkonvoi daripada KL dan seterusnya memasuki susur keluar ke Tol Sungkai.

Selepas Tol Sungkai, belok ke kanan dan jaraknya cuma 1km, anda akan dapat melihat papantanda Felda Residence Hotsprings Resort Sungkai. Ini bermakna persinggahan destinati yang ditujui sudahpun tiba.

Menariknya di sini para pengunjung akan merasakan suasana yang tenang dan santai. Terutama kepada mereka yang sudah berusia, berendam di dalam kolam air panas dan Taman Terapi, memberikan pengalaman baru sukar dilupakan.

Segala kepenatan, kelenguhan sendi kaki akan dapat dilegakan dengan berendam kaki di dalam air yang mengalir dari sumber asli. Kesan dari rendaman itu sedikit sebanyak mampu memberi terapi penyembuhan.

Sejak zaman kuno lagi sumber air panas mampu merawat dan diklasifikasikan mempunyai kesan positif seperti kaku sendi dan penyakit stres dan sebagainya.

Bagi mereka yang akrab dengan refleksi pula, inilah masanya mendapatkan sentuhan tangan pengamal terlatih yang disediakan oleh pihak hotel sekaligus dapat memulihkan keseimbangan dalam aliran darah.
Pastinya pertemuan merangkap percutian blogger akan lebih menarik kerana mampu menjanjikan kerehatan minda dan merenggangkan kelesuan tubuh badan.

Maklumat lanjut boleh menghubungi alamat seperti tertera di bawah ini.

PLANTATION RESORTS SDN BHD
No. 2, Jalan Maktab 6,
Anjung Felda
54000 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2697 9772
Faks: 03 2694 5104

FELDA TRAVEL SDN BHD
Ground Floor (CITI),
Jalan Maktab 6
Off Jalan Perumahan Gurney
54200 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2698 3833
Faks: 03 2698 7133










12 ulasan:

  1. Assalam...

    kakcik sekeluarga pernah menginap di sini dan 'bermain2' di Hot Spring itu... harap2nya kita dapat berkumpul di sana nanti. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  2. salam....idea perjumpaan blogger ni mmg best. tapi kalau march saya dah sibuk dgn majlis kawin adik pulak...tapi rugi kalau tak join sebab dah terlepas perjumpaan di ice room. macam mana ni?

    BalasPadam
  3. baru je pegi sana semalam. tempat tu memang awesome!

    BalasPadam
  4. pernah pergi hot spring ni.. best..

    BalasPadam
  5. acu belum penah sampai lagi ke sana
    ada rezeki insyaAllah berjumpa kita di sana

    BalasPadam
  6. Salam,
    Saya pernah ke sini...memang best kalau berendam dalam air panas ni...

    BalasPadam
  7. belum pernah pergi. hehe boleh jadi kalau jadual tak bertindan

    BalasPadam
  8. Salam..
    bagus juga tempat tuh..insyALLAH akan pergi jugak kalau tiada aral :)

    BalasPadam
  9. KALAU KAT SINI..SAYA PUN BOLEH JOIN..MENARIK NI..TERINGIN SANGAT NAK JOIN PERTEMUAN BLOGGER-BLOGGER...

    BalasPadam
  10. Salam rakan blogger.
    terima kasih atas komen anda semua yang telah memberi inspirasi untuk dijayakan. rata-rata rakan bloger semua kata OK tapi harap ramai lagi rakan blogger lain menyatakan persetujuan...
    Insyallah kalau jadi kita semua jumpa di sana, yeah!

    BalasPadam
  11. salam semua... saya pun nak join boleh?

    BalasPadam