Jumaat, 29 April 2011

Catatan Ditinggalkan Sepanjang Januari hingga April 2011

April berlalu ettapi sepanjang bulan ini pelbagai assigment berjaya dirakamkan untuk paparan pembaca akhbar warta perdana. antaranya ialah Hari Usahawan Muda SKHK, pelancaran produk KFC sarapan Pagi, makan tengah hari dengan Chicken Chop KFC dan pelancaran Spicy Siam Chicken Rooster di Kedai Ayam Mas di Taman Tun Dr Ismail, seterusnya menghadiri pelancaran Malam Kesatria Seni 2011 di Minangkabau Ballroom Hotel Tristle, Port Dickson Negeri Sembilan, kemudianya muncul dalam sidang akhbar pelancaran single album lagu nyanyian Oshen dan D' Lucky di Muzium Telekon, Jalan Raja Chulan, berada di Restoran Seri Melayu menghadiri sidang akhbar Hari Ibu Bapa yang dihoskan oleh Helmi The Gimmiks serta Datuk M Daud Kilau (walaupun beliau tak hadir), berjumpa, pada petangnya pula ke Restoran Saloma Bistro pelancaran tiga drama dan dua telemovie untuk siaran Astro Prima yang dihadiri ramai selebriti. Kemudia dan yang terakhir bertemu dengan Shuib Sepah di dalam program Maharaja Lawak di Studio 1, Finas pada 1 April 2011. Apa lagi nak ceria? Pada 30 April dan 1 Mei, ada uji bakat lakonan di Finas bermula jam 9.00 pagi untuk mecari pelakon bagi filem berjudul Leftwings arahan Faisal Chal terbitan Bagus Tiasa. Jom hadiri pemilihan ini...kepada yang berminat nak menjadi pelakonlah!











Apa yang berlaku sepanjang Bulan Mac ialah kisah bayi yang mencari ibu kandung, bertemu DJ HotFM di Wangsa maju sempena siaran luar bersama Suraya, Kieran dan Ikhwan, seterusnya melihat kelas tambahan Tahun 6 di Sek Keb Hulu Kelang, menghadiri majlis makan malam Aura Life di PWTC, KL, bersama-sama meraikan sambutan ulang tahun kanak-kanak Tadika Sri Ayu Taman Melati, menziarahi Datuk Yahaya Sulong di Sentul yang masih uzur bersama kru Karyawan seterusnya dua lagi aktiviti iaitu meraikan kunjungan kanak-kanak Tadika Sri Ayu Melati yang berpeluang melawat kilang roti Highfive dan tetamu istimewa yang mengagumi produk berkualiti Barakah edaran Kumpulan MKSB.











Sepanjang Febriari pula berlaku pelbagai program antaranya pelancaran filem Cinta Beruang versi Melayu (asalnya filem Tamil) di Hotel di Hilton Ampang, diikuti Hari Terbuka Finas pada 11 Februari, seterusnya pada 13 Februari dua acara berlangsung iaitu promosi makan Biskut Noraini oleh anak-anakku dan uji bakat filem Misteri Pulau Puaka di De Palma Ampang dan akhir sekali pada 22 Februari di Bora Asmara Sungai Pencala pelancaran program Maharaja Lawak pada 22 Febriuari.






Situasi yang berlaku sepanjang JANUARI 2011 di dalam program Raja Lawak musim kelima di Studio 1 Finas, Hulu Kelang dan majlis minum petang Aquila Emas bersama Media di Bangkok Connection, Jalan Ampang, Kl


1 ulasan: