Jumaat, 10 Jun 2011

Dua Hari Di Negeri Pahlawan, Melaka Bandaraya Bersejarah

SEPANJANG dua hari bersantai di d’Village Resort Ayer Keroh, Melaka meninggalkan kenangan manis kepada 150 warga Kelab Keluarga Perdana/MKSB yang menyertai konvoi 40 kereta dari Seri Gombak, Selangor menuju ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Antara kenangan manis ialah memeriahkan sukaneka membabitkan penyertaan kanak-kanak, lelaki dan wanita di dalam pelbagain acara seperti baling buah kelapa, belon air, tarik tali, lari dalam guni dan sebagainya.
Pada sebelah malamnya pula diadakan majlis penyampaiaan anugerah kepada staf cemerlang, wartawan, stokis dan ejen produk serta acara kemuncak Anugerah Perdana 2011.
Hos majlis makan malam itu dikemudikan pelakon, pengacara terkenal Pian Cecupak yang Berjaya memberi mood yang segar kepada tetamu sekalipun acara mengambil masa sehingga jam 12.30 malam.
Tidak dapat disangkal lagi, Pengarah Urusan Kumpulan MKSB, Sdr Zulkafli Wahab dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana 2011 yang diumumkan oleh Dr Khairil Azhar.
Hadiah disampaikan Pengerusi Kumpulan Perdana/MKSB, Puan Rohida Daud berupa pakej menunaikan umrah bersama isteri, wang tunai, trofi, hamper dan wang tunai.
Tidak syak lagi pada tahun hadapan program anjuran Kelab Keluarga Perdana/MKSB akan diadakan lagi sekiranya lebih banyak penaja yang sanggup berjasa menaja program ini seperti mana komitmen oleh One Drops Perfumes, Aura Life, Kasturi Syifaa’ dan sebagainya termasuk individu yang menyumbang hamper serta tenaga.
Sebelum check-out, ada kalangan ahli konvoi mengambil peluang mengunjungi Bandar Hilir Melaka, Zoo Negeri Melaka, menaiki kereta kuda dan sebagainya. Sesungguhnya, pengalaman yang manis sukar dipadamkan di dalam memori kepada setiap orang yang mengikuti program ini.
Insya-Allah, jumpa lagi tahun hadapan.












































Tiada ulasan:

Catat Ulasan