Khamis, 12 Julai 2012

Kejohanan Trek & Padang SKHK kali-37 dan Sukaneka 2012

Hulu Kelang, Selangor: Kejohanan Trek & Padang SKHK edisi ke-37 dan Sukaneka 2012 yang diadakan pada Ahad, 8 Julai, memberi tuah kepada pasukan Rumah Helang. Ini kerana kejohanan yang dirasmikan Haji Abdul Rahim Kamarudin, Ketua Bahagian UMNO Gombak/penyelaras DUN Hulu Kelang merangkap wakil Menteri Pelajaran mengejutkan banyak keputusan sepanjang temasya ini berlangsung. Rumah Helang berjaya meraih 17 emas, lapan perak dan 14 gangsa mengatasi juara bertahan keseluruhan pada tahun lalu, Rumah Kenari sekadar meraih 12 emas, 14 perak dan 14 gangsa. Kejayaan ini sekaligus menobatkan Rumah Helang juara keseluruhan dan merampas dari Rumah Kenari selepas mengungguli kejohanan selama empat tahun berturut-turut. Rumah Bangau meraih lapan emas di tangga ketiga manakala Rumah Merak dengan tujuh emas tangga di keempat kejohanan ini. Murid Tahun 6, Aidil Soleh dari Rumah Helang meraih empat emas dalam acara kegemarannya, 100 meter, 200 meter, 4X100 meter dan 4X200 meter sekaligus dinobatkan sebagai olahragawan kategori Tahun 6 diikuti Haslina, murid Tahun 6 dari Rumah Bangau sebagai olahragawati kategori Tahun 6. Haslina meraih tiga emas dalam acara 200 meter, 4X100 meter dan 4X200 meter. Bagi acara tarik tali kategori terbuka murid, Rumah Merak berjaya meraih emas selepas mengalah Rumah Kenari sementara acara kemuncak tarik tali guru bersama PIBG yang terpaksa menerima kekalahan lima tahun berturut-turut apabila tewas dengan kumpulan bapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan