Khamis, 16 Ogos 2012

Penonton Tegak Bulu Roma sekalipun ketawa tonton Seram Sejuk

Seram Sejuk Namun Tetap Komedi KEBANYAKAN penonton mengakui terasa tegak bulu roma semasa menonton filem Seram Sejuk, filem terbitan I-Insan Multimedia dan MIG Production sekalipun bergenre komedi seram. Seram Sejuk berdurasi 92 minit ini, bakal tersenarai filem pecah panggung memandangkan, filem seperti ini, dapat memikat peminat filem Melayu khasnya bagi tontonan seisi keluarga pada hari raya ini. Angah Raja Lawak sebagai teraju filem arahan Azhari Zain, sutradara filem-filem seram seperti Santau, serasi berkomunikasi dengan barisan pelakon yang menjayakan filem ini, antaranya Sabri Yunus, Zul Handyblack, Wawa Zainal, Eddy Afro, Fyza Kadir, Bandi Amuk,Md Eyzendy, Zaidi Omar, Hasnul Rahmat dan Siti Chubby. Sekalipun lambakan filem seram komedi keluar masuk pawagam namun penonton tidak jemu untuk menyaksikan lakonan pelakon kesayangan mereka. Sebagai contoh, Angah Raja Lawak baru sahaja muncul dengan filem terbarunya seperti Suatu Malam Kubur Berasap, Jidin Sengal dan sebagainya namun peminatnya tetap datang menonton aksinya di layar perak. Bintang Angah sebagai anak layar perak semakin terserlah dan terus mencetak namanya sebagai pelakon komedi terlaris selain rakan baiknya, Zizan Razak dan Johan Raja Lawak. Begitu juga dengan pelakon cantik, Wawa yang tampil dengan mood lakonan yang bersahaja dan membawa reaksi penonton untuk sama-sama menyelami apa yang pelakon ini rasai. Sepasang lesung pipit di pipi dan keramahan semula jadi sudah menempatkan Wawa dalam kategori yang menyenangkan. Bersahaja dan manja, apa yang perlu Wawa Zainal kekalkan adalah asuhan dan tunjuk ajar daripada tenaga produksi serta sutradara. Wajah yang sedap dipandang ini punya rezeki tersendiri. Daripada hanya mencuba nasib kemudian berlakon beberapa adegan untuk filem, kini dia sudah terbabit dengan enam buah filem. Antaranya ialah Ajinomoto, Budak Pailang, Hantu Dalam Botol Kicap, Seram Sejuk dan Tiga Temujanji. "Syukur alhamdulillah kerana daripada pengalaman dan ilmu kosong tentang lakonan, saya diberikan peluang dan kepercayaan oleh sutradara," ujarnya manja. "Dekat rumah, saya cakap seorang diri dan tengok balik lakonan saya. Itu cara saya menaikkan kualiti lakonan. Saya turut bertanyakan orang tentang lakonan saya," ujarnya Wawa atau nama sebenarnya, Nurhawa Zainal Abidin. Filem ini yang mula ditayangkan pada 19 Ogos ini di pawagam seluruh negara, turut bersaingan dengan filem SAM (Saya Amat Menyintaimu) terbitan Skop Production namun diramalkan dua filem ini tidak mempunyai masalah untuk menarik penonton. Malah tidak dinafikan, kedua-dua filem ini mampu memberi kepuasan penonoton dan meraih kejayaan sebagai filem untuk tayangan raya pada tahun ini. Jom tonton filem Melayu, kalau bukan anda siapa lagi... Sinopsis: Seram Sejuk mengisahkan seorang penyanyi rock yang ingin membuat video klipnya tetapi mempunyai budget yang ciput….!!. Dalam masa yang sama juga seorang editor saiful yang berusia dalam akhir 20an, yang menyimpan perasaan terhadap seorang rakan setugasnya bernama Ros. Saiful mula merasa cemburu apabila majikannya Che Wan juga turut menaruh minat terhadap gadis tersebut. Kisah-kisah ganjil bermula apabila disatu ketika Saiful telah menjumpai sebuah kalung yang menyimpan seribu misteri. Ros telah menolak pemberian Saiful yang cuba menghadiahkan kalung tersebut kepada beliau. Bermula dari peristiwa tersebut menyebabkan Ros mula dirasuk oleh kuasa dari kalung tersebut dan pekerja-pekerja dipejabat tersebut mula diganggu oleh kuasa jahat yang terdapat pada kalung tersebut. Che Wan dan Saiful mula dilagakan menyebabkann mereka berdua merasa saling tak puas hati. Kejadian-kejadian misteri yang berlaku telah menyebabkan Saiful dan Che Wan mula tuduh-menuduh antara satu sama lain dengan mengatakan masing-masing memakai ilmu hitam untuk mendapatkan Ros. Dari situlah wujudnya dukun palsu yang cuba mengambil kesempatan atas situasi tersebut. Akhirnya misteri kalung tersebut telah terungkai. Kalung tersebut merupakan kalung pusaka peninggalan pasangan kekasih yang telah dibunuh oleh perompak dan merupakan lambang cinta mereka. Kuasa yang terdapat pada kalung tersebut menggangu mereka. Kuasa kalung lagi merasa marah apabila setelah diambil tetapi tidak dhargai. Akhirnya kalung tersebut dapat dipulangkan ketempat asalnya kembali.

1 ulasan:

  1. assalam...ulasn ringkas dan mudah difahami mesejnya...tahniah

    BalasPadam