Rabu, 29 April 2009

Disebalik gambar...





antara yang kutemui sepanjang minggu...
inilah wajah mereka yang saya temui sepanjang beberapa minggu ini. berbual mesra dengan adik nik nur madihah semasa pelancaran buku catatan hati di hotel royale mutiara sempat bertanyakan makna madihah yang bermaksud budi perkerti.
dan terbaru hadiri pc juara raja lawak musim kedua, nabil ahmad di seri melayu restoran. kehadiran nabil tidak bersendirian. calon isteri yang mendapat restu keluarga, irma hashmie turut kelihatan memberi sokongan kepada buah hatinya.
selain itu pose kandid oleh cikgu azmi semasa berehat sekejab selepas memasang khemah hari kejohanan sukan tahunan skhk.
insyallah, pada 30 mei ini dapatlah pula melihat pose bersama ustaz akhir hayy di al rawsha restoran, ampang kerana astro melancarkan musim kedua program cafe hayy yang mendapat sambutan hangat di astro ria.
dan malamnya pula selepas isyak ada majlis berbeku dengan satay sebagai menu utama yang dianjurkan teman-teman dari blok 4 pangsapuri subang impian. dah lama tak bikin tentu menarik...nanti akan disiarkan gambar makan satay. jumpa lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan