Ahad, 12 April 2009

fikir dan renungkan...

Salam sdr.
memang saya tak kenal dan baru muncul mengunjungi laman sesawang sdr. tak kisahlah kenal atau tidak. apa yang penting saya nak berita tau kerana adalah tanggung jawab saya menyampaikan zakat ini kepada mereka yang berhak.
Iaitu janganlah mengikuti dan mempercayai hadis tetapi ambillah al quran sebagai pedoman, maka jika menolaknya al quran akan menjadi rugilah seseorang itu kerana tidak beriman kepada maha pencipta.
Kerana kitab al quran sudah sempurna dan wajar dijadi rujukan dan lebih tepat penjelasannya berbanding hadis! apakah hadis yang direka oleh thagut dan marut (ulamak), cuba menanding kemuliaan al quran?
Saya percaya sdr tidak mengikuti hadis kerana allah telah memberi kita sebuah kitab, agar kita mengikuti, mentaati ayat-ayatNya supaya Dia tidak akan bertanya kepada setiap diri, mana lagi al quran yang mahu diimani?
bukakah al quran itu sudah sempurna? Jika demikian, apakah sdr lupa ayatNya, maka apakah ada kitab lain yang lebih sempurna selain al quran. Jadi janganlah mengambil selain ayat-ayatNya sebagai petunjuk.
terbukti al quran ialah kitab suci - yang diturunkan allah swt oleh para malaikat dari tempat yang tinggi - tiada satu ayatpun yang sama atau termampu manusia tulis hasilkan - al quran ialah petunjuk. tidak layak ada kitab lain yang cuba menandingi isi kandungannya.
al quran ialah nur qarim, tetapi al hadis? muhamad seperti manusia lain yang melakukan kesalahan dan sentiasa memohon ampun dan bertaubat, tidak mengulang kesalahan lalu. dia tidak pernah menyuruh orang lain menulis apa yang diucapkannya - sabda rasulullah ialah tulisan para periwayat yang kita sendiri tidak mengenali secara dekat siapa al bukhari, ahmad, dan ribuan para penulis hadis.
jika muhamad meminta orang lain menulis apa yang beliau kata, pastilah beliau tahu apakah hukumannya dari allah swt. apa yang ditulis oleh ahli hadis seratus peratus dusta, palsu, pembohong yang nyata. mereka mahu meraih populariti dengan tulisan mereka.
tak kan cara nabi bersetubuh atau apa yang berlaku di dalam kelambu ada para pengintai lalu menulis pelakuan beliau? bukankah itu perbuatan yang mereng atau gilak seks? jika anda, mahukan membenarkan orang lain mengendap dan menceritakan kisah sdr kepada tatapan umum?
seperkara lagi yang paling kelakar ialah semasa muhamad naik ke langit naik burak dan memohon kepada allah pengurangan waktu sembahyang, siapakah yang menemani atau mengikuti beliau? para ahli hadis?
usahlah menjadi mangsa penipuan orang yang pandai menipu? sedangkan nabi allah adam pun tertipu oleh iblis, inikan pula manusia? sdr kena sedar, sepanjang hayat sehingga ke hari ini terus-menerus ditipu dan ditipu. tanya kepada diri sendiri, benarkah sembahyang lima waktu (kata allah swt, hendaklah kamu tetap, sentiasa di dalam solat) yang sdr lakukan diterimaNya?
takkan sdr tak baca di dalam surah maryam ayat 42 yang bermaksud: Ingatlah ketika ia berkata kepada bapaknya: Wahai bapakku, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikitpun?
tak kan itupun tak faham? kalau tak faham ertinya, eloklah sdr memohon pertolongan allah agar diberikannya petunjuk atau kefahaman ayat tersebut. terus terang saya katakan sdr telah tertipu oleh hadis yang menyesatkan banyak orang. kembalilah kepada al quran sahaja.
al quran itu tidak lain sebagai peringatan kepada kaum yang lalai. cukuplah petunjuk allah iaiatu al quran nur qarim bukan al hadis yang menjadi sihir menyesatkan manusia dan menghalang-halangi mereka ke jalan allah daripada mereka yang kembali menemuiNya.
Salam dan maaf kerana memberi tahu yang sepatutnya, ramai yang mengetahui kerana selepas 1430 tahun berlalu ramai yang lalai, terpesona

Tiada ulasan:

Catat Ulasan