Khamis, 30 April 2009

Memori di Al Rawsha Restoran







Ustaz Akhil Hayy masih perlukan Waheeda, Afiq AF5
Salam Sejahtera.
Seperti yang dijanjikan, sekeping foto bersama hos program Cafe Akhil Hayy di majlis pelancaran musim kedua rancangan yang disiarkan setiap Rabu, jam 7.30 malam di saluran Astro Oasis 106. Rancangan ini turut disertai Waheeda, Afiq AF5 dan pendatang baru Mimi Haris sebagai tunjang utama selain artis jemputan setiap minggu seperti Azmil Mustafa, Tan Sri Jin Shamsudin, Datuk Aziz Satar, Ruminah Sidek, Ustaz Radhi, vokalis kumpulan Melissa dan ramai lagi.
Pengurus Saluran Astro Oasis Haji Izelan Basar, berkata jika dalam musim pertama, lokasi rakaman hanya di dalam studio tetapi musim kedua berbagai perubahan dapat disaksikan termasuk rakaman penggambaran setiap epsiod di luar.
"Kali ini berbagai topik sensasi dan isu global akan dibincangkan secara lebih terperinci. Alhamdulillah, kami dapat respon yang baik pada setiap minggu semenjak musim pertama disiarkan," kata Haji Izelan Basar.
Sementara itu, Ustaz Akhil Hayy yang ceria dengan komitmen Wahee, Afiq AF5 dan pendatang baru Mimi Haris yakin musim kedua akan lebih mantap dan meningkatkan rating tontonan dengan berbagai topik sensasi, global dan kontemporari.
"Program ini berkonsep santai. Inilah pendekatan yang kami cuba teruskan dari masa ke semasa bagi mendekat golongan sasar iaitu remaja. Kami harap program ini akan menjadi sebahagian rancangn TV popular di kalangan mereka," kata Ustaz Akhil Hayy.
Jom saksikan musim baru Cafe Akhil Hayy setiap Rabu, 7.30 malam di saluran 106, Astro Oasis, saluran Inspirasi Sanubari.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan