Senamrobik PAKK pelajar Daerah Gombak & Mini Karnival KL Monorail Ceriakan Warga Kota di Hujung Minggu
salam sejahtera.
setiap minggu pelbagai assigment atau tugasan yang perlu dipenuhi. semuanya mempunyai pengalaman manis dan patut dikongsi bersama anda semua semua. tak kiralah ia sesuai atau tidak. sekurang-kurangnya menjadi bukti di mana saya berada sepanjang minggu tersebut.
minggu ini saya berada di dua lokasi, sebelah pagi di padang Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, bersama lebih kurang 500 pelajar sekolah sekitar Daerah Gombak dalam program senamrobik anjuran Pejabat Belia Gombak, Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kelang dan Pusat Kanak kanak Hulu Kelang.
dan pada sebelah tengah hari saya berada di lokasi tapak Mini Karninal KL Monorail Stesen KTM Tun Sambathan yang meraikan ulang tahun kelima Monorail KL yang berkerjasama dengan stesen No 1 Lembah Kelang, KLfm. pelbagai aktiviti diadakan antaranya kanak-kanak berpeluang berkongsi pengalaman dengan Angkasawan Negara Datuk Sheikh Muszaffar Shukur, menguji bakat dalam acara teh tarik bersama Chef Matt, bermesra dengan dua DJ Klfm, DJ Nia dan DJ Haji Zullastree bermain dengan ular, ada peraduan mewarna, berjumpa Upin dan Ipin watak popular TV yang kini muncul di layar lebar dan sebagainya.
DJ Hezry Hashim bertindak sebagai perantara majlis yang berakhir jam 3 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan