Sabtu, 28 Mac 2009

Fikir, renungkanlah...


Disebalik kegelapan...

WALAUPUN bertujuan menjadikan manusia yang perihati kepada bumi yang panas meluap dek pemanasan global akibat arus letrik yang menyelubungi alam ini sejak manusia bernama thomas edison mendapat ilham daripadaNya, menghasilkan mentol lampu yang mengalir arus.
sejak itu manusia tahu peranan dan kegunaannya sehingga pada mulanya untuk aktiviti komuniti yang kecil tetapi hari ini menjadi sumber kekayaan kepada seseorang, agensi maupun kepada negara pengeluar tenaga.
meskipun lampu ditemui tetapi apakah cahaya keimanan kepadaNya juga turut diperolehi? ia sangat tidak sama kerana dengan petunjukNya sahaja orang yang dikehendakiNya akan mempunyai cahaya yang dapat menyuluh jalan pulang kepadaNya.
kejadian 28 mac 2009, selama sejam yang lalu seluruh manusia di muka bumi akur dengan saranan negara maju supaya off swith kediaman, industri, mercu tanda dan sebagainya, dalam menjayakan agenda selamatkan bumi dari kepanasan global akbita perbuatan tangan mereka sendiri.
disebalik mesej kejadian itu, tersembunyi maksud dari maha pencipta yang memberitahu sebenarnya manusia sudah selamanya terbelenggu dalam kegelapan. mereka menyangka mendapat cahaya sebaliknya kegelapan menyelubungi kehidupan mereka sejak seribu empat ratus tiga puluh tahun.
apabila kedatangan cahaya mereka menolak dan lebih senang kepada kegelapan walhal apa yang mereka tolak itu adalah rezeki, nikmat yang dapat membimbing kepada kesejahteraan hidup di dunia dan di kampung akhirat.
itulah yang berlaku, berulang kali dan bersilih ganti para utusan datang dan pergi membawa cahaya namun mereka lebih gemar kepada kegelapan, walaupun sejam sahaja!
salam untuk warga dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan