Sahabat ku KLfm
sepanjang menjadi Sahabat stesen KLfm sejak April tahun lalu, ramai yang saya kenali menerusi nama-nama unik. antaranya yoblefbone, chefmatt, dingombak, zackmisai, kaksalbangi, yobgmee, mamarockgosip, laksamanamelaka, aina78, borhanserdang, luckygirls, borhanserdang, opahrock, pinangsebatang, oshin, aliuda, sugarcane, jalalkompang, izna, pinanghansem, bawal, sekuntumcinta, datukserigala, kajangberlipat, kerlinna, badangperkasa, mawarmerah, yopsalam, kuliling, yobtalam, lesungsaka, cikguidaman, banjarrock dan ribuan nama yang tak sempat disenaraikan, insya-Allah akan datang. Inilah nama-nama dan gambar mereka saya abadikan dalam blog saya sebagai tanda persahabatan...
Sejarah KLfm
RMIK Radio Malaysia Ibukota (RMIK) ditubuhkan pada 5 Nov 1973. Tujuan penubuhannya ialah untuk menyesuaikan dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang mengandungi lebih kurang 2 juta penduduk terdiri dari berbagai bangsa dan agama, corak kehidupan dan pekerjaan.
RMIK beroperasi setiap hari menerusi gelombang sederhana 800 khz dari pukul 6.30 – 9 pagi dan kemudian dari jam 4 hingga 6 petang. Waktu siaran ketika itu seolah- olah ditujukan kepada pemandu kenderaan, penumpang bas dan kenderaan awam yang minta dihiburkan kerana menghadapi kesesakan lalulintas. Atas sokongan dan minat orang ramai waktu siarannya telah dilanjutkan selama 9 jam bermula 6– 9 pagi dan 1– 7 malam.
Selain daripada menyiarkan rancangan biasa RMIK juga menyediakan rancangan 1 jam dalam bahasa Inggeris iaitu dari pukul 6 ptg – 7 mlm yang dinamakan "Beautiful Malaysia". Rancangan ini khusus untuk pelancong-pelancong luar negeri mengenali Malaysia dari segi keindahan semula jadi, makanan, pakaian dan kebudayaan masyarakat Malaysia. Sejajar dengan kemajuan dan perkembangan di Wilayah Persekutuan, RMIK turut berkembang. RMIK maju selangkah dengan menyusun program berinfomasi serta hiburan segar dan rancak. Personaliti DJ diperkenalkan pada tahun 1983, dimana seorang DJ bertugas setiap hari mengikut waktu tertentu - Isnin hingga Sabtu 6- 9 pagi, 1-4 ptg dan 4-6 ptg. Maka muncullah DJ-DJ seperti Zainal Din Zainal, Kamal Hassan dan Mohd Noor Amin (NORAMIN). Pada waktu itu Noramin telah memperkenalkan satu rancangan belajar bahasa iaitu bahasa Jepun yang diberi nama "Mosyi-Mosyi" yang menjadi kebanggaan RMIK dan wargakota.
Program-program diperkuatkan lagi dengan mengundang tetamu ke studio disamping pendengar boleh berinteraksi melalui "phone-in". Laporan lalulintas ‘live’ menerusi telefon dari Bilik Lampu Isyarat Berkomputer DBKL oleh diperkenalkan disamping laporan lalulintas yang diberikan oleh Trafik Polis. Untuk merapatkan lagi hubungan dengan pendengar, RMIK sentiasa mengadakan siaran luar secara langsung dan menganjurkan rancangan kemasyarakatan. Pada 5 November 1983 RMIK telah mengadakan siaran secara langsung dari Panggung Anniversary dari pukul 9 pagi hingga 10 malam sempena ulangtahun RMIK Ke 10.
Rancangan-rancangan bercorak kemasyarakatan juga diperkenalkan. Ia dijalankan dengan kerjasama pihak swasta seperti rancangan "Pemandu Bersopan" yang bertujuan mengurangkan atau mengelakkan kemalangan jalanraya yang agak tinggi khususnya di Ibukota. Rancangan "Masih Ada Yang Sayang" disediakan khusus untuk golongan istimewa (cacat) bagi menyedarkan masyarakat tempatan betapa mereka memerlukan perhatian dan diterima dalam masyarakat.
Rancangan-rancangan yang cergas, aktif, penuh semangat serta tidak menjemukan telah dijadikan stesen contoh oleh stesen-stesen daerah di seluruh negara. Mulai Ogos 1986 stesen daerah ataupun tempatan mencontohi RMIK dan mempersembahkan rancangan- rancangan mereka "ala RMIK".
Pada setiap hari Ahad 2-3 petang RMIK menyediakan "DJ POP". Rancangan ini mengandungi lagu-lagu paling popular pada minggu tersebut mengikut pilihan pendengar Lagu yang mendapat undi terbanyak dan menjadi johan digelar Puncak Kinabalu, naib johan digelar Puncak Tahan dan tempat ketiga digelar Puncak Jerai. Ini dapat melatih pendengar khususnya anak-anak muda supaya lebih mengenali dan cintakan negara.
RMIK juga menyiarkan "DJ Jemputan". Rancangan ini memberi peluang kepada belia mengelolakan rancangan dan memilih lagu serta bertanding untuk pendengar memilihnya. Rancangan ini menggalakkan penyertaan golongan belia dari pelbagai kaum.
RADIO3 IBUKOTA
Pada tahun 1993, RMIK mencatat sejarah apabila diberi nama baru sebagai Radio 3 Ibukota (R3IK) yang dipancarkan menerusi gelombang FM 97.2 mhz. Peranan Radio 3 Ibukota diperkuatkan lagi sebagai penghubung antara Kerajaan dengan masyarakat dan masyarakat dengan Kerajaan melalui rancangan "Bandaraya Dan Anda", "Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Anda" dan "Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Anda".
Walaupun ketuanya sering bertukar-ganti, tetapi konsep utamanya tidak berubah iaitu mendekatkan hubungan masyarkat kosmopolitan. Memberi penerangan mengenai perkembangan semasa disamping lagu-lagu yang menghiburkan.
Sebagai penghormatan kepada pendengar yang setia, R3IK telah mengadakan pertandingan Karaoke pada tahun 1994. Hasilnya seorang penyanyi bernama Mohd Zaid telah muncul dipersada seni suara.
Untuk wargakota yang ‘bertambah’ usianya diperkenalkan pula rancangan lagu-lagu lama atau evegreen diberi tajuk ‘kadang-kadang – jarang-jarang’ dan juga rancangan "Retro KL". Para pelajar juga tidak dilupakan. Setiap hari Jumaat malam Sabtu dari pukul 9-10 malam rancangan Kelab Studi diperkenalkan bagi pelajar tingkatan 3-5. Dimana satu topik atau mata pelajaran dibentangan oleh penceramah iaitu Tuan Haji Hasni dan pelajar yang kurang memahami topik tersebut akan menelefon dan bertanya. DJ nya adalah Manan. Semasa tragedi bangunan runtuh Highland Towers pada tahun 1994, R3IK telah menyambung waktu siarannya 24 jam tanpa henti selama 7 hari bertujuan memberi maklumat dan laporan terperinci mengenai kejadian tersebut.
RADIO KL
Bagi mengisi cita-cita dan hasrat penduduk Lembah Kelang, R3IK sekali lagi telah bertukar nama kepada Radio KL pada 15 Mac 1996. Walaupun wujud persaingan dari stesen swasta, Radio KL masih mampu mengekalkan kumpulan sasarannya yang berumur antara 15-40 tahun.
KL Hits (carta lagu-lagu popular) memutarkan lagu-lagu hits Melayu dan Inggeris diperkenalkan. Rancangan ini ke udara setiap malam Isnin hingga Jumaat dari pukul 9-11 malam. Ia mendapat sambutan di kalangan wargakota,
RADIO MALAYSIA KUALA LUMPUR
Pada 31 Ogos 1998 RKL dikenali sebagai RMKL (Radio Malaysia Kuala Lumpur) Selaras dengan panggilan radio lain-lain saluran. Kehadiran banyak stesen radio swasta di era digital ini merupakan saingan positif dan merupakan pencabar kepada keunggulan RMKL. Menyahut platfom penyiaran era digital RMKL meyakinkan siarannya dengan menyusun dan menerbitkan beberapa rancangan baru. Pada ulangtahun RMKL, 1 April 1997 telah dilancarkan lagu korporat RMKL. Begitu juga untuk mengeratkan lagi dan memastikan segala usaha kerajaan dalam membina masyarakat di tujuh kawasan parlimen telah dilancarkan Kelab Setia RMKL. Rancangan ini mengundang wakil-wakil rakyat di tujuh-tujuh kawasan parlimen membincangkan perkembangan dan sama-sama mengatasi masalah masing-masing. RMKL terus menyemarakkan siaran dan memaklumatkan pendengar menerusi rancangan berbentuk infotainment dan edutainment. Program-program seperti slot IT, Bersama Polis Kita, Bijak Matematik, KL Dan Kita, Laporan Sukan dan Kuiz merupakan diantara rancangan terbitan RMKL yang mendapat sambutan hebat dari pendengar RMKL. Pada 31 Ogos 1998 RKL dikenali sebagai RMKL (Radio Malaysia Kuala Lumpur) Selaras dengan panggilan radio lain-lain saluran. Kehadiran banyak stesen radio swasta di era digital ini merupakan saingan positif dan merupakan pencabar kepada keunggulan RMKL. Menyahut platfom penyiaran era digital RMKL meyakinkan siarannya dengan menyusun dan menerbitkan beberapa rancangan baru. Pada ulangtahun RMKL, 1 April 1997 telah dilancarkan lagu korporat RMKL. Begitu juga untuk mengeratkan lagi dan memastikan segala usaha kerajaan dalam membina masyarakat di tujuh kawasan parlimen telah dilancarkan Kelab Setia RMKL. Rancangan ini mengundang wakil-wakil rakyat di tujuh-tujuh kawasan parlimen membincangkan perkembangan dan sama-sama mengatasi masalah masing-masing.
Mencecah era teknologi maklumat RMKL bertanggungjawab menggerakkan dan meransangkan minat pendengar menerusi slot Sensasi Cyber dan IT, pelancarannya pada 18 September 1997.
RMKL terus menyemarakkan siaran dan memaklumatkan pendengar menerusi rancangan berbentuk infotainment dan edutainment. Program-program seperti slot IT, Bersama Polis Kita, Bijak Matematik, KL Dan Kita, Laporan Sukan dan Kuiz merupakan diantara rancangan terbitan RMKL yang mendapat sambutan hebat dari pendengar RMKL. Pada 1April 2001 RMKL telah menambahkan siaran daripada 18 jam kepada 24 jam sehari.

Dan kini RMKL sekali lagi mengalami evolusi apabila nama stesen ini di beri nama baru KLfm yang membariskan ramai DJ hebat seperti DJ Hezry, Nazie, Azizah Sulaiman, Julia, Azlan Omar, Nik Aida, PapaRay, Mimie, Haji Zulastree, Ainrin, MK, Nia, Haji Daud, Ninie, Pool, Norine, ND, Kzie, dan akhir sekali DJ veteran Haji Manan Selamat.
KLFM yang kini dipimpin oleh Pengawal stesen Puan Fee Lin Chew, telah menerima Anugerah Inovasi pada Majlis Anugerah Hari Q RTM yang diadakan di Auditorium Perdana, baru-baru ini. Anugerah yang julung kali diperkenalkan tahun ini mengiktiraf stesen atau jabatan yang berjaya melakukan inovasi terbaharu dalam pelaksaan tugasan mahupun pengaplikasian teknologi terkini. Lebih bermakna apabila anugerah ini diberikan menjelang ulangtahun KLfm ke 35 pada 5 November lalu. Syabas dan tahniah!!
Cantik gambar2 disini.....
BalasPadam