Isnin, 23 Mac 2009

Sejenak di minda

Cakrawala,Khalifah & Pedang Uhud





Khalifah Othman Affan
salam sejahtera. antara meneropong ke langit, Khalifah Islam Othman Affan dan Pedang Perang Uhud, satu sama lain yang sememangnya ada pautan ada rahsia tersimpan. pakar cakrawala Islam meletakkan astronomi sebagai ibu segala pengetahuan.
rahsia tersembunyi dalam kisah perjuangan khalifah Islam termasuklah Othman Affan yang berjuang di medan tempur peperangan Uhud. Inilah yang dijelaskan oleh Saudara Julaini studinya dari Astronomy Club of Universiti Sains Malaysia (USM) ketika saya temui beliau di tapak Mini Karnival KL Monorail, stesen Tun Sambanthan, Sabtu lalu.
tambah Julaini, rahsia cakrawala menjadi keutamaan dalam setiap kajian sains Islam yang menjadi gerbang segala pengetahuan yang digunakan untuk penciptaan teknologi yang sedang digunakan di muka bumi hari ini.
"Belilah sebuah teleskop semurah RM400 untuk anak dan ajarkan mereka tentang langit dan cakrawala seperti planet Zuhal yang mempunyai gelang. Pasti mereka akan suka dan daripada siu anak-anak akan mula bertanya berbagai perkara," kata Julaini lagi.
insya-Allah, saya akan kumpul dana untuk membeli dua unit untuk sekolah dan kegunaan keluarga, sedikit masa lagi. Mudah-mudahan Allah Taala akan melapangkan urusan ini.
jumpa di lain catatan. Amien.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan