...inilah assigment mengenai filem filem yang ditayangkan di pawagam ketika ini sebagai promosi dan maklumnat kepada penggemar filem tanah air dab dan luar negara. selamat menonton dan berkongsi pengalaman menyaksikan filem terbaru maupun nostalgia filem evergreen menerusi http://ujanglokko.blogspot.com e-mel kami: ujanglokko@gmail.com
Ahad, 26 Ogos 2012
Ciri S3D beri kelainan filem 29 Februari
SELEPAS mengarah filem muzikal Magika, pemenang Pengarah Harapan FFM23, Edry Abdul Halim menampilkan kelainan pada filem terbarunya, 29 Februari dengan menggunakan konsep elemen Streeskopik 3D (S3D) pertama di Malaysia.
Sebagai peneraju penerbitan filem dengan penggunaan kesan khas (CGI), KRU Studios sekali lagi meneruskan tradisi untuk memberikan kelainan kepada peminat industri perfileman tempatan.
Filem bergenre biografi fantasi ini menelan belanja sebanyak RM3.5juta ini, mempunyai banyak keistimewaannya.
Antaranya barisan pelakon yang mantap, teknologi S3D serta CGI selain skor muzik, penataan bunyi serta muzik asal yang dinyanyikan oleh para pelakon sendiri.
Ini termasuklah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Remy Ishak seperti Kelip-Kelip, Jagalah Diri dan Seperti Dulu.
"Kami antara syarikat produksi pertama di rantau ini yang menghasilkan filem dalam format 3D stereoskopik. Namun begitu, kebergantungan bukannya terletak kepada teknologi semata-mata.
“Ia hanyalah bonus kepada judul terbabit. Fokus utama masih kepada jalan cerita serta persembahannya sebagai sebuah filem.
"Matlamat kami menggunakan teknologi 3D pula adalah untuk membawa penonton ke dalam segala peristiwa ini. Kami mahukan mereka berada dalam situasi yang dipaparkan saat itu.
“Cuba bayangkan kita kini mampu berada sama dalam detik pengisytiharan kemerdekaan dan beberapa kejadian bersejarah lain,” kata Edry yang berbangga menjadi negara kedua selepas Thailand menggunakan teknologi ini.
Justeru kata Edry, pengajarannya, mereka ingin melihat penonton lebih menghargai kehidupan.
“Usah ditanya mengenai faktor kebenaran atau saintifik jalan cerita filem itu kerana ia pada hakikatnya tetap sebuah cerita rekaan,” kata pengarah ini yang bersyukur 29 Februari memasuki pawagam di Singapura seminggu selepas ditayangkan di Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalam...nak tonton filem ini pada 28 Ogos ini semasa prabiu untuk media. harap filem ini mantap sebagai yang dikabarkan oleh pengarahnya..
BalasPadam