Rabu, 22 Ogos 2012

Hantu Air muncul selepas 2 tahun

WALAUPUN kebanyakan adegan filem ini membabitkan lokasi sungai dan tasik, sesuai dengan filemnya berjudul Hantu Air, namun tiada siapa yang menyangkakan barisan pelakon yang dipilih oleh pengarah Murali Abdullah tidak boleh berenang. "95% barisan pelakon saya tidak boleh berenang! Malah ada satu insiden di mana Nisha Dirr yang memegang watak peneraju utama bernama Mawar. “Dia kena terjun ke dalam air untuk satu babak walaupun dia tidak boleh berenang. “Nisha tak beritahu, tak tahu berenang, sehinggalah dia hampir lemas dan dipaksa diselamatkan," imbas Murali. Tambah sutradara ini lagi, selain menghadapi isu tersebut, masalah mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran juga menjadi satu isu buat produksi filem ini. “Kami menghadapi kesukaran untuk mencari tasik di Malaysia. Sebelum itu kami pernah ingin lakukan penggambaran di Tioman. “Tetapi tempat itu dikatakan mempunyai buaya, jadi semua pelakon menjadi takut dan enggan masuk ke dalam air. Selepas itu saya perlu mencari lokasi yang lain,” katanya. Dalam satu temubual selepas pra-tonton Hantu Air baru-baru ini, Murali turut memberitahu filem ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Menurut Murali lagi, kebanyakan adegan terpaksa diubah kerana ada pelakon yang tumbuh rambut atau dipotong pendek. Dalam pada itu sutrada ini turut menjelaskan mengapa terdapat ketidak konsistensi untuk beberapa adegan dalam filem tersebut. Ditanya sekiranya ada menghadapi masalah makhluk halus, Murali berkata: "Tidak, kami berhadapan dengan hampir semua masalah kecuali hantu! Saya percaya hantu adalah rekaan manusia. “Seperti hantu dalam filem saya, hanya orang jahat saja yang dibunuh,” kata Murali lagi. Hantu Air dilakonkan oleh pelawak terkenal Saiful Apek, Hairi Safwan dan Nisha Dirr. Ia ditayangkan di pawagam bermula 6 September 2012 ini.

1 ulasan:

  1. assalam seperti tajuk entri ini, banyak masalah tetapi diharap banyak dapat untung selepas ini...insyallah

    BalasPadam