Khamis, 23 Ogos 2012

Pak Aziz: Tak Ada istilah bersara dari berlakon

DALAM usia Datuk Aziz Sattar atau Pak Aziz yang baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-87, beliau meluahkan hasratnya belum bersedia bersara dari dunia lakonan. Sepanjang bergelar seniman, Pak Aziz yang sudah berlakon 44 filem tidak termasuk filem ke-45 berjudul Amukan Buas Frankenstein Tempatan (ABFT)  arahan Mamat Khalid. Seniman yang seangkatan dengan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini, bagaimanapun mengaku akan kembali berlakon sekiranya benar-benar sihat kerana ketika ini dia mempunyai masalah kesihatan iaitu menghidap penyakit jantung. "Masalah kesihatan itu biasa bagi semua orang, kerja atau tidak kita tetap tidak mampu mengelak daripada mempunyai masalah kesihatan. Disebabkan itu, saya tidak pernah menghadkan umur saya untuk berlakon. Bagi saya tiada istilah bersara dalam hidup seorang pelakon. "Ini kerana jiwa dan minat saya dalam bidang lakonan bermula sejak daripada kecil lagi dan ianya tidak pernah pupus dan sebagai seorang umatNya, kita perlu menghargai anugerah sebagai pelakon yang dikuniakan oleh Tuhan ," katanya. Tambah seniman ini lagi, bukan alasan untuk dia meneruskan tugasnya sebagai seorang pelakon kerana dia akui istilah bersara tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.  Pelakon yang terkenal dalam filem Bujang Lapok ini pernah dimasukan ke Hospital Ampang dan dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) pada Jun lalu selepas mengadu sesak nafas di rumahnya. Mengulas lebih lanjut mengenai kesihatannya, Aziz Satar memberitahu dia kini sedang berehat selama lebih 2 bulan sejak seelum ramadan lalu sambil menjalani beberapa rawatan susulan di hospital.

1 ulasan:

  1. semoga Pak Aziz kembali sihat dan kembali semula ke lokasi filem

    BalasPadam