Selasa, 21 Ogos 2012

Filem SAM (Saya Amat Menyintaimu) dapat sambutan hangat

KEJEMUAN penonton menyaksikan filem-filem seram dan komedi di pawagam mendorong sambutan luar biasa peminat membanjiri pawagam menonton filem Saya Amat Menyintaimu (SAM), arahan sulung pengarah muda belia, Syafiq Datuk Yusof Haslam. Filem terbitan Skop Production, mula ditayangkan di seluruh negara sejak 19 Ogos lalu iaitu pada hari pertama umat Islam menyambut 1 Syawal, mendapat reaksi positif dari peminat filem Melayu. Bahkan peminat bukan Melayu juga ada menonton filem ini. Ia bagaikan tidak percaya buah tangan pertama dari Syafiq, memang luar biasa, apatah lagi menonjolkan genre filem pyscho thriller. Dengan barisan pelakon serba boleh dari filem KL Ganster dan Kongsi seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa, Adam shah, Harun Salim Bachik dan ramai lagi pelakon, menjadi faktor kedua, peminat ke panggung. Selain itu, turut faktor ketiga mendorong peminat filem khususnya golongan remaja, menonton filem SAM ialah kerana mahu mendengar dua lagu baru, Sempurnakan Aku dan Ajariku yang menjadi lagu runut filem ini dinyanyikan oleh Anuar Zain.

1 ulasan:

  1. Terkejut ramai remaja membanjiri pawagam menonton filem sulung karya pengarah muda Syafiq..tahniah

    BalasPadam