Selasa, 21 Ogos 2012

Apa kata sutradara Syafiq mengenai filem SAM

“SAYA bertanggungjawab menjaga nama dan maruah keluarga yang sememangnya dihormati umum kerana pencapaian mereka dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem. Ia memberikan tekanan dan kebimbangan kepada saya untuk menghasilkan filem ini dengan sebaik mungkin. Sebab itu saya sanggup bersusah payah selama dua bulan untuk menyiapkan proses pasca produksinya agar ia berkualiti dan berbeza pada visual. Saya berharap SAM dapat diterima peminat. Perasaan itu timbul kerana saya tidak mahu hampakan harapan bapa dan keluarga. Lagipun bapa menaruh harapan amat tinggi pada saya. Pujian dan jolokan pengarah termuda kepada saya tidak memberikan sebarang makna jika filem ini tidak diterima penonton. Saya bimbang jika SAM tidak digemari kerana genre ngeri dan suspens yang asing bagi penonton kita. Saya juga risau dianggap kambing hitam dalam keluarga jika gagal hasilkan filem yang baik. Bagaimanapun saya percaya SAM ada ciri menarik dalam memikat selera penonton. Namun kerisauan saya selain itu ialah SAM terpaksa bersaing dengan satu lagu filem hari raya iaitu Seram Sejuk arahan sutradara Azahari Zain.”

1 ulasan:

  1. assalam dan tahniah buat Syafiq kerana genre filem yang lain daripada lain. wajar catat pecah panggung...

    BalasPadam